Thursday 22 November 2012

Terpanah Asmara Akan Cintamu

OST Adam & Hawa
Terpanah Asmara - Bunga Citra Lestari

Mencintaimu
Sesuatu yang tak bisa aku hindari
Begitu kuat perasaan yang kurasakan
Dirimu hadir di saat aku rindukan belaian 
Terpanah aku akan cinta yang kau tancapkan


  
Reff :
Dan kau bawa aku ke awan menghias langit
Merangkai bintang-bintang menjadi sebuah kata 
Sebuah kata cinta
Seindah-indahnya bila tersentuh hangatnya asmara 
Sebentuk cinta yang kau beri apa adanya 
Repeat Reff



Reff2 :
Dan tercipta pelangi jiwa warnai hatiku
Engkau anugerah terindah dariNya untukku 
Engkaulah kekasih separuh jiwaku

 

Wednesday 31 October 2012

Makaroni Bakar

Assalamualaikum..

cik ted comel.. kan..


Tengah seronok-seronok layan cerita Adam & Hawa, feeling-feeling bagai kejap senyum kejap gelak hehe.. tetiba teringat requast husband nak makan makaroni air tangan isteri yang belum tertunai. Alamakkk.. dah tak boleh tangguh ni, nanti penuh to do list nak masak tak termasuk list-list dari adik Min yang requast nak tiramisu bagai. Rasa dah macam Chef Selebriti lak.. ehem ehem "Chef Zue", lum ada lagi kot nama tu. Pause dulu cerita & mulakan pencarian resepi. Oleh kerana husband tak tetapkan nak makaroni goreng atau makaroni bakar, chef tetapkan nak masak makaroni bakar coz kawan-kawan & sepupu chef kata kata makaroni bakar sedap, so sesuai la dengan tema husband "janji sedap", bukan janji ditepati ye.


Oleh sebab ni 1st trial, Chef Zue tak ada lagi resepi default untuk makaroni bakar ni. So chef campur, tolak, darab & bahagi resepi dari pak cik google & sepupu chef sesuai dengan citarasa husband chef coz nanti dia juga yang nak bagi pin kebal. Oh tetiba chef teringat zaman sek. men. dulu chef pernah makan makaroni bakar yang sedap hasil masakan sepupu chef di sekolah mungkin. Tak apa kali ni kita cuba masak sendiri, janji ikhlas kan. Biar tak pandai masak janji ada hati nak masak dari pandai masak tapi tak nak masak. Wah kelazzz ayat chef. Aktiviti diet terpaksa diberhentikan seketika ye demi memenuhi permintaan husband coz "kau boleh" kau masak tapi kau kau kau jangan makan.. hehe.. sangat tak sesuai kan.


harap2 jadi la macam ni ye..


Bahan-Bahan
2 cawan makaroni 
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dikisar) 
1/2 inci halia (dikisar)
4 biji telur 
1 tin susu cair 
2 labu bawang besar kuning (dipotong dadu) 
2 sudu besar rempah kari daging (dicampur dengan sedikit air) 
250 gm daging kisar (Ramly) 
1/2 tin cendawan butang (dipotong nipis) 
1/2 batang karot (dipotong nipis) 
Sedikit air 
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
Garam
Serbuk lada hitam
Serbuk buah pala
Serbuk sup cendawan (Maggi) 
Sedikit mentega
1 cawan keju parut (mozarela)
1 tangkai daun sup (dipotong kecil) 
1 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
1 biji cili merah (dipotong dadu) 
4 sudu besar bawang goreng


Cara-caranya 
  1.    Rebus makaroni hingga lembut & toskan. 
  2.    Mesin bawang putih, bawang besar & halia.
  3.    Pukul telur bersama susu cair & ketepikan.
  4.    Panaskan minyak, tumis bawang besar, bahan-bahan yang dikisar & rempah kari hingga naik bau.
  5.    Masukan daging & kacau hingga hampir kering.
  6.    Masukkan cendawan butang, karot & makaroni.
  7.    Masukkan garam, serbuk lada hitam, serbuk buah pala, & serbuk sup cendawan. 
  8.    Kacau hingga sebati, tutup api & sejukkan sebentar.
  9.    Lengserkan mentega pada dulang pembakar.
10.    Masukkan adunan telur ke dalam makaroni & kacau hingga sebati.
11.    Tuangkan makaroni ke dalam dulang pembakar & taburkan keju parut.
12.    Bakar 180 darjah selama 10-20 minit.
13.    Angkat & sejukkan makaroni yang telah masak.
14.    Juraikan sos cili & mayonis serta taburkan daun bawang, daun sup, cili merah & bawang goreng.


Thursday 4 October 2012

Happy 30 years birthday hubby..

 
pic lama..bday boy esok baru balik Seremban..
 

angin..tolong sampaikan pesanan..


Suamiku..
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun..
Zue doakan semoga kita diberi  kesihatan yang amat baik,
panjang umur, dimurahkan rezeki anak & kewangan,
sabar & tabah menempuh apa jua cabaran, 
gembira & bahagia selalu serta dimakbulkan doa
kita walau dimana berada.
Amin.


Monday 1 October 2012

Eat Right For Your Type



Diet Untuk Darah O


Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan kamu lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur &  kacang namun menghindari produk susu & gandum. Hadkan pengambilan buah-buahan. Hindari semua jenis bijirin, pasta & nasi termasuk sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan & kentang. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus.

Wednesday 26 September 2012

Mee wholemeal bersama cendawan dan sayur campur


Bahan-bahannya :
1 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih
3 ulas cili padi
1 keping fish cake
2 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk tumix
2 sudu besar sos tiram
1 batang karot (*karot cina@Tesco coz rangup & manis)
1 kuntum bunga kobis
2 batang jagung muda
2 kepolak sawi putih
5 keping cendawan tiram
1/2 keping mee wholemeal kering

Cara-caranya :
Rebus mee wholemeal, tos & ketepikan.
Panaskan minyak zaitun.
Tumis bawang putih, cili padi, fish cake & kacau sehingga naik bau.
Masukkan air, serbuk lada hitam, serbuk tumix, sos tiram & biarkan mendidih.
Masukkan karot, bunga kobis & biarkan empuk.
Masukkan jagung muda, sawi putih, cendawan tiram & biarkan sebentar.
Hidangkan bersama mee wholemeal yang telah direbus.

Friday 14 September 2012

Mari belajar kira keperluan kalori harian

Hari ni kita belajar tentang kalori ok. Aku tahu korang mesti sibuk nak cari maklumat ataupun baca tentang maklumat pemakanan ni, so aku cari & cerita pada korang bagi korang senang faham sikit ok. Tapi kalau maklumat yang aku sampaikan ni salah atau diragui, sila rujuk pada yang pakar ok.. coz aku QS bukan pakar pemakanan.. hahaha..

tak dapat der timbang makanan untuk dapatkan jumlah kalori : P


Apa itu Kalori?
Kalori tu ukuran unit tenaga untuk makanan (1 kalori = 4 joules). Kita dapat kalori tu dari sumber-sumber utama dalam makanan seperti karbohidrat, protein & lemak dalam makanan yang kita makan. Kita makan untuk dapatkan khasiat bagi badan kita & yang paling penting untuk dapatkan kalori yang akan kita guna untuk lakukan aktiviti harian kita, membolehkan anggota luaran & dalaman kita berfungsi juga untuk kita bernafas kerana setiap pergerakan memerlukan kalori.

Bagaimana kalori pengaruhi pertambahan & penurunan berat badan?
Ramai orang tak sedar, buat-buat tak sedar atau tak tahu langsung apa aku cuba sampaikan ni hahaha.. Kalori boleh buat badan kita bertambah atau membesar bagai johan & kurangkan berat badan kita macam yang kita selalu imagine.. (slim melim & gojesss..) hahaha.. 
  • Tenaga & pertambahan berat : Ramai orang bertambah berat badan coz makan lebih dari apa yang badan mereka perlukan & bekalkan terlalu banyak tenaga ke dalam sistem badan mereka. Makanan & tenaga yang lebih ni la bila simpan lama-lama jadi gemuk xtak pun lama-lama jadi bukit.
  • Tenaga & pengurangan berat : Kita (termasuk aku la.. ) boleh kurangkan berat badan dengan mengurangkan makanan & tenaga yang kita perlukan. So sistem badan kita akan gunakan lemak-lemak berlebihan dari zaman dulu-dulu tu dalam aktiviti harian kita.
 
Berapa kalori kita perlukan?
Kita mesti tahu berapa jumlah kalori yang kita perlukan. Tapi sebelum kira jumlah kalori, kita perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah kalori yang badan kita perlukan.
  • Jantina : Lelaki perlu banyak tenaga dari perempuan coz biasalah, diorang kan kerja berat dari kita.
  • Umur : Orang tua perlukan jumlah kalori yang kurang dari orang muda coz kadar metabolisma diorang dah menurun ok.
  • Berat : Lagi berat badan kita lagi banyak kalori yang kita perlukan. Wah!!! aku pun baru tahu ni. Ala.. macam kereta la. 
  • Jumlah Aktiviti : Orang aktif perlukan lebih kalori coz diorang banyak bergerak ok.

Basal Metabolic Rate (BMR)/Kadar Metabolisma Asas
BMR ialah jumlah tenaga yang kita perlukan. Sila tengok formula di bawah.

Lelaki
BMR = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Perempuan
BMR = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun) 

Ok mari kita kira BMR aku..
= 655 + (9.6 x 82) + (1.8 x 156) - (4.7 x 30)
= 655 + 787 + 281 - 141
= 1,582
So, badan aku perlukan 1,582 kalori/hari.

Daily Calorie Requirement (DCR)/Keperluan Kalori Harian
Kita teruskan dengan kira keperluan kalori harian berdasarkan tahap aktif seseorang itu.
  • Banyak Duduk : BMR x 1.2 (tidak bersenam & bekerja duduk)
  • Sedikit Aktif : BMR x 1.375 (jarang bersenam/bersukan 1-3 hari/minggu)
  • Agak Aktif : BMR x 1.55 (kurang bersenam/bersukan 3-5 hari/minggu)
  • Sangat Aktif = BMR x 1.725 (aktif bersenam/bersukan 6-7 hari/minggu)
  • Terlalu Aktif = BMR x 1.9 (kerap bersenam/bersukan & kerja fizikal atau 2x sehari latihan)

Oleh kerana aku QS yang bekerja duduk coz 1 bulan hanya 2 kali pergi meeting.. hahaha.. aku ambil formula Banyak Duduk.. hahaha..

DCR
1.2 x 1,582 = 1,898 kalori/hari.
So, badan aku perlukan 1,898 kalori/hari.



Wednesday 15 August 2012

Bukan Bidadari



OST Bukan Bidadari
Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka


Friday 20 July 2012

Salam Ramadan 1433H

Assalamualaikum..

Hari Jumaat yang berbahagia ini, dengan rasa ikhlas, tenang & bahagia.. aku & suami memohon ribuan kemaafan dari korang semua kalau ada salah & silap dari kami. Selamat menyambut Ramadan 1433H untuk semua umat Islam. Esok Sabtu, 21.07.12 (cantik tarikh kan..) adalah puasa pertama aku sebagai isteri, gembira & tak sabar rasanya nak lalui pengalaman baru berbuka dengan suami. Semoga di bulan yang penuh berkat ini dipermudahkan segala urusan aku & suami dalam menjalani ibadah puasa serta dilimpahi rezeki yang berkat disamping berusaha berubah menjadi seorang yang lebih baik dari segala segi. Doakan kami diberikan kesihatan yang baik & dikurniakan rezeki anak. Amin.



Tahun-tahun sebelumnya, aku sambut puasa sebagai awek single, semua persediaan mak ayah buat, so aku ada banyak masa nak lepak depan tv tunggu pengumuman puasa. Banyak kali aku sempat rakam coz bagi aku pengumuman puasa ni saat aku tunggu tiap-tiap tahun. Feel pengumuman puasa syahdu der bagi aku compare dengan pengumuman raya yang lebih teruja & happy. Tahun ni dah berdua, banyak kerja nak buat sampai aku tak sempat tengok.. cedey.. tapi tak pe, ambil gambar di google & tengok video di youtube la. Kredit la untuk mereka-mereka yang sempat rakam.   


 
Untuk manfaatkan Ramadan agar terbentuk Taqwa :

  1.  Puasa dgn ikhlas
  2.  Fokus kepada setiap amalan yang di lakukan
  3.  Jaga solat 5 waktu
  4.  Solat terawih dengan ikhlas
  5.  Banyak baca Al-Quran & azam untuk khatam dalam bulan Ramadan
  6.  Banyak sedekah
  7.  Banyak solat taubat, istighfar & zikir
  8.  Tingkatkan ibadah 10 hari terakhir
  9.  Banyak berdoa untuk diri, keluarga & orang lain
10.  Azam jadi orang baru yang Allah redha
11.  Buang sifat negatif yang boleh cantikkan kehidupan
12.  Doa agar dapat kekalkan amalan baik sepanjang hayat
13.  Tawakkal kepada Allah.

Kredit Fb Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Monday 16 July 2012

Jangan Jual Mahal Tentang Shopping


Rasa macam nak gelak pada diri sendiri..

Sabtu mil ajak shopping raya kt segamat.. beria ckp & bt isyarat srh fzal ckp xnk ikt, last2 ikt gak coz fzal bg $ shopping & xmsp hati.. dlm kete sms ckp rs mcm XADA APE NK BELI & nak beli kain JER utk customer butik larra.. msk jakel mata dh jd bsr & mulut automatik senyum lebar (kebetulan 1 day sale & ala2 happy hour bagai..) mil ajak naik atas ckp xpe2 mak naik dl.. beria potong2 kain shopping kt bwh dgn assistant min.. lps tu br naik tgkt atas padahal mil & lain2 dh sdh shopping & tggu kt luar.. lamakah sy di dlm? hehe.. shopping lg di luar, wah bestnya.. kain berkualiti tp harga berbaloi2. dh smp rmh lps blk, sila bt muka xbersalah ye utk cover coz td ckp rs mcm xada ape nk beli.. longgok semua beg plastik tgh rmh pastu gi cuci pinggan kat dapur ye.. hehe..

#jgn jual mhl bab2 shopping + sape2 nk gi segamat ajak lg ek.. :)))


Wednesday 4 July 2012

Wordless Wednesday

bilakah ianya akan berakhir..


Friday 29 June 2012

Rezeki

Hari ini hari Jumaat yang indah, suasana di Oakland, Seremban 2 sangat mendamaikan hati, cehhh.. hehe.. ye suasana mendung lagi sejuk (coz opis aku ni memang suka pasang air-cond sejuk-sejukkk..). Hari ni aku rasa nak share ilmu tentang rezeki coz semua orang celik je mata dari tidur fikir tentang rezeki. Memang ramai orang fikir duit tu rezeki tapi bangun pagi fikir nak pakai baju apa juga berkait serapat-rapatnya dengan rezeki coz nak pergi kerja tu kan pergi mencari rezeki.

Pasangan baru kahwin macam aku ni (baru la juga.. hehe..) yang belum dikurniakan anak pun fikir tentang rezeki juga coz anak tu kan rezeki yang tak ternilai. Tak kisahlah apa pun maksud rezeki tu bagi kita. Apa yang penting, sama-samalah kita berusaha mencari rezeki dari segi kewangan yang halal & semoga segala urusan aku & suami tentang rezeki anak dipermudahkan. Beribu-ribu lemon tima kasih kat kawan-kawan atas segala ilmu & nasihat yang korang bagi ye.. :)))


Ya Allah! Ya Tuhanku,
jika rezekiku berada di atas langit,
maka kau turunkanlah ia.
Dan jika berada di dalam perut bumi,
maka keluarkanlah ia.
Dan jika sukar,
maka mudahkanlah ia.
Jika haram,
maka sucikanlah ia.
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia.
Ya Allah!
limpahkanlah kepada kami rezeki
seperti mana rezeki yang telah
Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.  


Segala yang dapat diambil manfaatnya adalah rezeki. Makna itu diambil berdasarkan kata 'rezeki' yang terdapat dalam terjemahan surah al-Baqarah ayat tiga : "...membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki...". Rezeki merupakan salah satu kata kunci dalam ajaran Islam kerana berkait rapat dengan konsep tauhid. Dalam surah al-Baqarah ayat 22 & 57, konsep rezeki dikaitkan secara langsung dengan masalah keimanan.

Dalam ayat 22, Allah SWT membicarakan tentang hujan yang menyirami pohon-pohon & menghasilkan buah-buahan : "yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu..."

Dalam ayat 57 pu;a Allah SWT menyuruh : "Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya diri sendiri."

Kedua-dua ayat itu menunjukkan bahawa masalah rezeki dapat menjadikan manusia menjadi musyrik & zalim, apabila mereka yakin bahawa rezeki itu dapat diperoleh daripada sumber lain selain Allah SWT.


Usaha  
Meskipun Allah SWT Maha Pemurah dan rezeki-Nya maha luas, namun manusia tidak akan dapat memperoleh rezeki itu jika tidak berusaha. Usahanya menjadi ukuran banyaknya hasil perolehan.

Dalam al-Quran ditegaskan : Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (al-Najm : 39).

Rezeki Allah SWT maha luas & tidak terbatas pada ruang & waktu. Rezeki-Nya itu bukan sahaja diberikan kepada manusia tetapi juga kepada segala makhluk-Nya. Hal itu dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan tiadalah sesuatu pun makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud : 6).


* Kredit : Bahagian Analisa dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday

coupon


Friday 22 June 2012

Tips Penjagaan Tudung Ct Exclusive dari Butik Larra


Tudung Ct Exclusive dari Butik Larra kebanyakannya dihasilkan daripada material yang berkualiti & lembut seperti chiffon bersama hiasan yang tersendiri. Oleh yang demikian, penjagaan tudung harus diambil perhatian bagi mengekalkan kualiti kain & hiasannya serta memanjangkan jangka hayat tudung.

Berikut adalah tips penjagaan Tudung Ct Exclusive dari Butik Larra istimewa buat peminat-peminat Larra Mia & Larra Seri.

  • Tudung haruslah dicuci menggunakan tangan bersama bahan pencuci bersifat lembut. Elakkan cucian menggunakan mesin basuh atau cucian bersama pakaian-pakaian yang lain.
  • Tudung hanya perlu direndam sekejap, dikepal lembut sehingga berbuih & dibilas bersih daripada bahan pencuci. Elakkan tudung dari diberus atau diperlakukan secara kasar.
  • Tudung tidak perlu diperah, sebaliknya ia hanya perlu dianginkan di kawasan teduh. Jemuran di bawah panas terik matahari dikhuatiri akan memudarkan warna tudung.
  • Tudung perlu digosok sekiranya perlu dengan suhu yang sesuai & tidak terlalu panas memandangkan materialnya yang tidak terlalu tebal.
  • Tudung seelok-eloknya dilipat & disusun kemas di tempat khas untuk tudung sahaja atau digantung menggunakan penyangkut tudung bersama tudung yang lain. Elakkan menyimpan tudung bersama pakaian-pakaian lain.


Saturday 9 June 2012

Selamat Bertunang Ayun & Awien

Pernah tak korang bangun pagi & of course la dah celik mata waktu tu.. nak pergi office tetiba tak tahu nak pakai baju apa. Situasi tu selalu berlaku pada aku & as a result tersarunglah jeans serta tshirt sambil dalam hati berdoa hari tu tak ada meeting tergempar.. hahaha.. Ambil kunci kereta & capai cardigan atau jaket in case bos datang office secara mengejut.. tak adalah bos terkejut tengok pakaian staff yang sempoi itewww. Apapun hari Jumaat aku pakai baju kurung (kalau ada mood.. ) :P .

Eh aku selalu macam ni kan, selalu menyimpang dari topik. Jom kita ke topik asal. Hari ni majlis bertunang sepupu Mr. Fzal iaitu Ayun bersama pasangannya Awien. Sejak balik dari majlis merisik di rumah Awien lagi aku dah berfikir siap-siap nak pakai baju apa hari ini coz nak elakkan berlakunya situasi kat atas. Aku atur sekali baju-baju yang sesuai nak bawa balik Kedah untuk dipakai waktu wedding kawan, saudara sebelah ayah & saudara sebelah mak aku. Sebab??? Nak rotate baju pun biarlah lama sikit.. hahaha..



Keputusan muktamad baju kurung moden akad nikah aku tempoh hari telah dipilih untuk majlis ni, kelazzz aku guna ayat tempoh hari macam baru beberapa hari je aku nikah dengan pakwe kat atas tu padahal lagi 2 hari genap 7 bulan. Tengah bersiap hati pun pasang niat nak mekap dalam kereta coz perjalanan agak jauh (padahal mandi lama tak sempat mekap). Hajat tu tak kesampaian coz rombongan terpaksa naik van. Sangat tak sesuai nak mekap dalam van kalau Abg Ngah yang drive kan.. hehe..
 

Bestnya la hai kalau dapat jemputan attend engagement atau wedding orang, teringat-ingat wedding sendiri cewah wah wah. Bukannya apa aku ni suka sangat bab-bab tengok baju, hantaran & pelamin orang yang cantik ni, mulalah aku lak yang tersenyum-senyum sorang mengalahkan tuan puan empunya big day. Sebenarnya aku pandai bab-bab mengeluarkan idea je especially idea-idea yang sangat menjimatkan coz QS memang budget punya orang kot. Nak realisasikan lak tangan belum cukup kreatif la.. hee..   




Menu yang disediakan hari ni memang sangat terbaeekkk. Ikan patin masak tempoyak & macam-macam jenis lauk-pauk lagi yang memang aku sengaja tak nak list kat sini coz aku takut aku akan terliur bila baca post ni lain kali. Kebetulan lak memang aku tak sempat nak snap pic lauk-pauk tu. Mana nak cari weh jauh tu Muadzam, Pahang tu weh. Lepas makan of course muka Mr. Fzal akan tersenyum lebar, so lebih mudah kerja aku nak ajak dia ke acara wajib aku apa lagi posing-posing untuk masuk entry blog.

Apa yang pasti semua orang happy hari ini. Selamat bertunang Ayun & Awien. Aku & Mr. Fzal doakan semoga Ayun & Awien happy & bahagia selalu. Banyakkan bersabar & berbincang walau apa jua halangan yang mendatang dalam membuat persediaan menuju korang punya real-real big day nanti. Cewah.. nasihat ikhlas ok, dari orang yang baru 7 bulan hidup berdua ni.. hehe.. Kita tunggu apa warna tema A & A ni ye. Kelepak kelepong kelepak kelepong aku dah rasa lapar nasi minyak.


Saturday 26 May 2012

Special Salmon with Lemon Sauce

Sempena my 3 series birthday.. nah amik resepi masak cepat kali ni.. :)))

Special Salmon with Lemon Sauce


Bahan-bahannya :
3 ketul ikan salmon
Lemon
Asparagus
Brokoli
Oren
Tembikai
Pisang
Jus twister
Garam
Gula perang
Lada hitam

Tuesday 22 May 2012

My first 3 Series Birthday with Love

Dalam banyak-banyak cuti hari keraian yang di sambut di Malaysia (aku tahu banyak weh cuti coz selalu aku dapat kalendar awal tahun mesti aku tanda cuti dulu..), hari yang paling istimewa bagi aku adalah first Hari Raya Aidilfitri (unexplained why it comes first), next Hari Raya Aidiladha, next Hari Ulangtahun Perkahwinan (tahun ni baru masuk senarai.. hee..) & next hari Ulangtahun Kelahiran aku sendiri serta insan-insan teristimewa di hati aku iaitu suami, mak, ayah, abang, anak sedara, adik & kawan-kawan aku.

Today is my first 3 series birthday with love.. tu je nak cakap.. hee.. Nape lah pulak sebut 3 series teringat BMW ni.. dush.. Tahun ni kira tahun yang paling istimewa aku sambut birthday coz selalu sambut birthday 2x je, dengan kawan-kawan & family. Tahun ni banyak yang dah berubah coz selaras dengan berubahnya status aku sebagai seorang yang bukan single-mingle lagi so maybe lebih dari 2x lah kot aku akan sambut birthday.. hee.. Apapun hari ni aku sambut birthday dengan suami dulu & next time dengan yang lain.

Memandangkan birthday aku tahun ni jatuh pada hari Selasa (hari bekerja la weh..) so tak banyak masa untuk fikir mana lokasi yang terbaeeekkk nak sambut birthday. Masa pun ada 1 jam je waktu rehat (1 jam lebih coz masuk lambat.. haha..) so mana lagi la lokasi yang paling dekat dengan office aku selain di Pizza Hut, AEON Seremban 2. Ikutkan dah set nak lepak situ dengan budak office 28hb tapi otw asal-usulnya nak ke Delifrance tak jadi coz banner new menu selections Pizza Hut hari ni nampak macam menarik.

Lime Pepper Chicken Chop

Passion Mint Fizz & Blackberry Fizz


Suami comel ajak beli kek coz macam tak menarik sambut birthday tak ada kek (kebaratan sangat la weh..) Rilex ah.. kita makan dulu, kek simpan next event coz sangat tak menarik makan kek 2 orang je. Italian Herb Chicken & Blackberry Fizz pilihan Fzal, Lime Pepper Chicken Chop & Passion Mint Fizz pilihan aku. Sambutan yang amat sederhana hari ni tapi penuh makna dalam hati. Sempat lagi jalan-jalan sebelum masuk office macam office tu aku yang punya.. hahaha.. Sayaaaaaaaang kamooo.. <3


Tuesday 8 May 2012

Ini Cerita Zombie

Hi semua aweks yang cantik meranik eh salah cantik menarik lagi tertarik. Semalam hari Isnin atau Monday atau oh aku dah lupa la ikutkan aku nak educate korang dalam bahasa lain juga. Tetiba aku teringat kes abang aku tipu aku. Katanya Wahid, Isnani & Salasa itu adalah Ahad, Isnin & Selasa. Ye la aku tahu la aku tak pandai Bahasa Arab. Makanya aku telah buat study group dengan anak sedara aku a.k.a Danial coz dia belajar Bahasa Arab & husband la sape lagi a.k.a Mr. Fzal. So, tak yah la der nak tipu aku lagi, tu 1, 2 & 3 hee..

Hi.. saya Danial..

Dah mari sambung ke cerita seram coz intro tadi sangat tidak seram.

Semalam hari Isnin. Hari yang indah lagi dinanti-nantikan oleh semua orang yang makan gaji sebab tak sabar-sabar nak pergi kerja. Oh itu tipu sangat ye !!!. Akulah pekerja yang makan gaji tapi tak la pula tidak sabar untuk datang kerja. Aku baru balik dari Melakau eh Melaka la. Aku, Mr. Fzal & Min pergi rumah abang aku sebab nak duduk bawah ketiak mak ayah aku & main games Zombie Cafe dengan anak sedara aku. Terima kasih Mr. Fzal yang sangat memahami.

Tak dapat buka cafe.. dapat tolong Zombie pun jadi la.. hehe..

Oh ini ada sedikit cerita. Aku sangat sedih waktu nak balik Seremban coz Danial nangis tak bagi aku balik. Air mata aku bak kata orang Kedah sipi-sipi je nak keluaq waktu aku nak tepuk bagi dia tidur lepas jadi cikgu tuisyen dia. Terpaksa pujuk interoducer aku tentang games Zombie Cafe tu kata aunty akan call selalu tanya Cafe dah ada berapa banyak duit. Terharu aunty derrr coz dia sangat menyukai, menggemari, mencintai & yang sewaktu dengannya pada aunty nya yang seorang ini dari yang seorang lagi itu haha..

Alkisah balik dari Melaka pun dah lewat so sampai Seremban tak kan lah pulak dapat sampai cepat. Kalau drive Beemer kot lah ye.. huhu.. Niat di hati pergi office nak balik awal coz nak sambung tidur kejap untuk hilangkan letih-letih badan sambil melayan cerita Nada Cinta yang semakin hari semakin menyakitkan hati tetapi hati tetap tak mau stop dari terus tengok. So kita layannn.. Layan pun gitu-gitu aje coz tak boleh nak parking betul-betul di depan tv, so mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu sambil bersiap-siap nak keluar.

Love Mikha than Nada :P

Lebih kurang 7.30 mlm aku, Fzal & the family serta kawan family Fzal pergi ke Darul Syifa, Kuala Pilah. Kitorang sempat melihat kejadian yang agak mendebarkan semasa di sana. Berdebar jantung aku weh. Setelah selesai urusan kami pun balik rumah & sampai di rumah lebih kurang 3.30 pagi. Pukul 4.30 pagi aku nak tido tapi mata tak mau lelap so aku ambil ipad masuk bilik nak main games sementara tunggu mata mengantuk. Letak ipad tepi bantal nak baca doa dulu.

Tiba-tiba..
????? : Aaarrrkkk........
Dalam suasana pagi yang sunyi terdengar suara macam suara manusia tapi tak pasti suara atau bunyi apa yang sebenarnya tu. Hati apa lagi berdebar-debar sambil otak ligat fikir mana datangnya weh bunyi tu.  Mata lak pandang atas siling pastu keliling bilik.. tak ada apa-apa yang mencurigakan pun.. wakaka.. nampak sangat penakut. Apa tak nya teringat kejadian yang sebelumnya tu. Fzal nampak macam dah tido.

Dengan pantas..
Aku : Awak.. dengar tak bunyi apa tu?
Fzal : Zombie la.. (kembali zzzZZZzzz..)
Dalam hati fikir Zombie apa, mana datangnya Zombie. Blurrr 2 -3 saat. Ceh.. baru teringat games Zombie Cafe. Patut la bunyi kuat menusuk ke kepala coz ipad tepi bantal.

Tapi..
Aku : Zombie kenyang ek?
Fzal : Emmm.. (sambung zzzZZZzzz..)
Dalam hati tak percaya tu bunyi Zombie coz selalu Zombie kenyang pun tak pernah aku dengar bunyi macam tu. Tak kisahlah apa pun tapi untuk menyedapkan hati anggap aja lah Zombie kenyang.

Pastu..
Aku : Awak ah tak nak main games tak tutup pintu cafe.
Fzal : (tak layan.. zzzZZZzzz terus..)
Dengan pantas aku terus off ipad, so kalau Zombie kenyang lagi ke nak makan pelanggan ke tak kan ada la bunyi-bunyi lagi.

Pagi tadi bangun tidur terus siasat apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin notification games.. ye anggap aja lah notification games. Ceh !!!


Tuesday 10 January 2012

Tips Memilih Pakaian Bagi Wanita Berbadan Besar


Setiap wanita ingin tampil cantik dan menarik dalam penampilan. Bentuk tubuh badan yang kurus, ramping dan langsing menjadikan penampilan lebih menarik dan berkeyakinan dalam menggayakan fesyen yang digemari. Walaubagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai bentuk tubuh badan yang ideal.


Wanita yang tergolong di kalangan mereka yang berbadan besar sering menghadapi masalah dalam memilih pakaian yang cantik & sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun majlis-majlis tertentu seperti makan malam, majlis pertunangan, majlis perkahwinan & sebagainya. Ini adalah disebabkan mereka merasa kurang yakin dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan & kebanyakan pakaian yang cantik di pasaran di reka untuk wanita yang kurus, ramping dan langsing.


Berikut adalah 6 tips memilih pakaian bagi wanita berbadan besar yang Butik Larra ingin kongsikan sebagai panduan memilih pakaian agar anda juga boleh tampil cantik & bergaya ke mana saja yang anda inginkan. Buangkan rasa rendah diri yang sering menghantui fikiran & gayakan pakaian anda dengan yakin.



Pertama
Pilih pakaian berwarna gelap atau corak pakaian yang agak gelap seperti warna hitam, kelabu gelap, biru gelap, ungu gelap & sebagainya supaya bentuk tubuh yang sedikit berisi dapat disamarkan atau disembunyikan oleh warna pakaian tersebut.


Kedua
Pilih pakaian yang sedikit longgar untuk mengimbangi bahagian perut, belakang & lain-lain yang sedikit berisi. Memilih pakaian yang ketat untuk digayakan tidak akan sesekali membuatkan anda kelihatan kecil sebaliknya ia akan mengundang pandangan yang kurang selesa dari orang ramai. Anda juga tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu besar sehingga menampakkan anda lebih besar daripada biasa.


Ketiga
Pilih pakaian dengan motifnya garis yang menegak atau corak bunga kecil untuk menampakkan anda sedikit langsing & elakkan memakai pakaian dengan motif garis melintang yang akan membuatkan badan anda kelihatan lebih lebar. Motif berkotak juga boleh digayakan mengikut potongan pakaian yang sesuai.


Keempat
Pilih blazer, jaket atau cardigan dengan potongan yang sesuai untuk digayakan bagi menutupi kekurangan di bahagian perut anda.


Kelima
Pilih seluar dengan potongan straightcut atau yang sesuai dengan kaki anda. Hindari seluar dengan potongan bahagian bawah yang mengecil atau street seperti trend celana pencil kerana ia akan membuatkan anda kelihatan rendah.


Keenam
Pilih aksesori sesuai untuk digayakan bersama dress, skirt dan seluar seperti tali pinggang. Pemilihan tali pinggang yang halus dan nipis serta berantai-rantai dengan saiz yang tidak terlalu besar melebihi satu inci dan terletak pada bahagian pinggul amat sesuai digayakan.