Thursday, 19 December 2013

Jom Terjebak Bersama Susun Atur & Home Deco


Assalamualaikum..


maaf blog bersawang lama tak masuk coz internet problem..
so.. hari ni jom lebih bersemangat dengan projek baru.. aku suka..
bukan nak cerita pasal projek pembinaan yang baru dapat tu.. alhamdulillah..
yang tu tunggu ada mood kite cerita ok.. kali ni cerita projek rumahtangga lagi best..
mood lebey nak cerita pasal susun atur & home deco.. dah terjebak la katakan..

tah macam mana la lepas 2 tahun kawin ni aku ter mood ke arah ni pulak dah..
dah lama baca blog tentang susun atur, tapi tak pernah aplikasi pun..
tak kisah la apa pun.. yang penting aku happy & susahkan org lain ya udah..
mula-mula nak bagi tau siap-siap.. aku qs bukan interior designer.. hehe..
so tak payah la nak imagine susun atur & home deco aku tahap gaban ok..

aku banyak kutip ilmu dari blog walking dari baca buku & majalah deco-deco ni..
sebab buku qs pun aku tak baca lagi la nak baca buku bidang lain.. malasss.. rajin sangat..
blog walking tu lain.. bhaha.. sebab aku suka la.. so aku google dengan gigihnya..

p/s : tengah fikir apa nak mula dulu.. korang bila nak join susun atur & home deco..hehe..


Thursday, 7 November 2013

Atkins Diet Recipe : Laksa Kedah


laksa@jeti kilim, langkawi.. sangat sedap..


Sejak dah besar ni pertama kali masak Laksa Kedah dulu 26 Jun 2012. Nak masak lagi kali ni dah lupa resepi hehe.. Tapi sejak balik bercuti dengan keluarga MIL di Langkawi ni teringat-ingat Laksa Kedah di Jeti Kilim, Langkawi. Alhamdulillah.. rezeki saya, suami & min, 3 mangkuk akhir laksa untuk hari tu kat kedai makan akak tu. RM 3.50 semangkuk & memang sedap. Masuk je pejabat semalam saya rasa macam nak masak laksa sendiri sebab selalunya nak makan mak yang masakkan. Dah lama tak makan laksa kedah yang kaw & menepati tekak orang Kedah yang sorang ni sejak duduk di Nogori 9. Saya pun buka blog > new post & tangan dah siap sedia nak taip resepi..


Anak : Hello mak.. lapar laksa laaa..
Mak : Nah salin resepi.. nak buat bila..
Anak : (tup tap tup tap taip resepi yang mak bagi..) malam ni kot kalau rajin..
Mak : ok..

..dah letak telefon.. 1 minit lepas tu..

Mak : Hello.. mai sini (melaka) la MAK BUAT..
Anak : Hehehe.. ok mak..


..awal pagi keesokan harinya..

Mak : Hello.. jadi kan mai sini.. mak buat laksa..
Anak : Jadi mak.. hehe..



Resepi laksa yang mak bagi & saya olah supaya sesuai dengan mereka yang tengah diet atkins
- Rebus 5 ekor ikan kembung bersama 4 keping asam keping & sedikit garam
- Tapis ikan & ketepikan air rebusan ikan & asam keping
- Asingkan isi & tulang ikan
- Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi & masukkan ke dalam periuk
- Kisar kepala ikan & tulang tengah ikan bersama air rebusan tadi, tapis & masukkan ke dalam periuk
- Mesin 10 biji cili kering yang telah direbus, 10 ulas bawang merah, 1/2 inci belacan (diet atkins gantikan dengan ikan bilis) & masukkan ke dalam periuk
- Masukkan asam keping tadi, 1 ikat daun kesum, 1 kuntum bunga kantan, sedikit garam, serbuk perasa (jika suka) & biarkan mendidih
 -Rebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu hingga lembut
- Hidangkan laksa (diet atkins gantikan dengan mee shirataki/ laksa bio protein) bersama hirisan telur, timun, bawang besar & salad.


Wednesday, 23 October 2013

Atkins Diet Recipe : Spinach Omelette


Spinach Omelette

Pukul 2 biji telur.
Masukkan bayam, garam, lada hitam, mayonis (kewpie).
Panaskan butter.
Goreng macam telur dadar.
Makan bersama salad, timun, bunga kobis, brokoli & sos black paper.


Tuesday, 22 October 2013

Atkins Diet Recipe : Chicken Foldover


Chicken Foldover

Pukul 2 biji telur, panaskan butter & goreng macam telur dadar.
 Panaskan butter, goreng isi ayam/ daging/ inti yang lain, garam & lada hitam.
Sapu sedikit sos (buat sendiri, bwg putih, cili hidup, garam, p3, asam keping)
pada sebelah bahagian telur.
Letak salad, timun, inti tadi, sos, mayonis (kewpie) & lipat.

 

Wednesday, 9 October 2013

Atkins Diet Recipe : Vege Egg Pizza



Vege Egg Pizza

Panaskan butter, pukul 2 biji telur & goreng macam telur dadar.
Goreng ikan bilis & bwg besar potong dadu.
Rebus brokoli & bunga kobis.
Sapu sedikit sos (buatan sendiri guna p3) pada telur.
Tabur salad, timun, ikan bilis goreng & bwg besar/ inti yang lain, brokoli, bunga kobis, letak mayonis (kewpie), sos & lada hitam.


Tuesday, 24 September 2013

Kacang Panjang Goreng Tempe


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni bersiaran dari rumah mak mertua. Macam biasa aku kagum giler kat mak mertua aku pasal masak sedap selain mak aku tersayang yang masak sedap sampai aku jadi comelll macam ni..haha.. Kalau kat rumah aku hari cuti je yang aku jadi suri rumah sepenuh masa, maksudnya aku masak untuk lunch ler dowh..kalau kat rumah aku pukul 11.00 pagi aku baru nak imagine ape nak masak, mak mertua aku time tu dah boleh makan kenyang dan relax-relax bawah pokok dah kot weh..super cepat dia masak..tabik springgg ah..


So hari ni resepi yang berjaya menggeletek jari aku nak share kat sini ialah kacang panjang goreng tempe je pun weh..tapi tujuan aku nak share dalam blog ni coz aku dah bertekad..cehhh..aku nak belajar masak sedap macam mak mertua aku untuk masak buat suami aku..ceh ceh ceh..al maklumlah aku tekak versi kedah..kesian pulak kang suami aku tak merasa la makan makanan versi kuning ala nogori coz makanan versi kedah aku kalau tak oren kari & pajeri mesti merah sambal tumis.


So jom layan dulu menu sempoi sebelum aku belajar menu lain yang susah skit..hehe..


Kacang Panjang Goreng Tempe

Bahan-bahan :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
8 biji cili padi
1/2 cawan ikan bilis
1 keping tempe
1 mangkuk kacang panjang
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Garam secukup rasa


Cara-caranya :
- Potong tempe, gaul dengan garam, goreng garing, angkat & ketepikan
- Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi & ikan bilis. Tumis hingga garing & masukkan garam
- Masukkan kacang panjang & sedikit air. Goreng sebentar.
- Masukkan tempe, kacau & hidangkan


Sumber Resepi : My super sempoi MIL ;)


Thursday, 5 September 2013

Atkins Diet Recipe : Egg Scrambled




Egg Scrambled

Panaskan sedikit mentega.
Tumis 1/2 biji bwg besar potong dadu sampai wangi.
Masukkan 2 biji telur, 1 kpg cheddar cheese, sedikit garam, lada hitam, kacau sampai hancur & sebati.
Makan bersama salad & timun.


Wednesday, 4 September 2013

DA - Masalah & Cara Penyelesaian


Assalamualaikum w.b.t


Apapun yang kita nak buat kena study dulu kan walaupun sikit ke banyak ke ilmu yang kita dapat tak kisah janji ada ilmu. Lepas 2 hari study tentang Diet Atkins ni, hati berbunga-bunga cauliflower.. haha.. bunga kobis la.. gumbira sebab menu-menu yang otai-otai DA share memang nampak sedap & memang diakui sah sedap sebab aku dah cuba masak menu 1st aku di hari 1st DA.. haha. egg scrambled je pun. Tunggu next entry tentang menu DA ok. Hari ni aku nak senaraikan dulu masalah yang membantutkan proses diet aku, korang aku tak tahu & cara penyelesaiannya.


(1.)
Masalah : Nak makan nasi atau bubur
Penyelesaian : Guna cauliflower masak nasi goreng atau bubur


(2.)
Masalah : Nak makan bihun goreng
Penyelesaian : Guna shirataki goreng atau masak berkuah


(3.)
Masalah : Nak makan roti
Penyelesaian : Guna flaxseed buat roti
 

 (4.)
Masalah : Nak minum sirap atau craving benda manis
Penyelesaian : Guna pal seweet dalam minuman


(5.)
Masalah : Nak makan cucur, mee, fish ball, nugget, keropok lekor dll
Penyelesaian : Buat sendiri guna bio protein cosway/ organik


(6.)
Masalah : Suka makan kicap
Penyelesaian : Guna kicap Mudim, Kedah mari ;)


(7.)
Masalah : Nak makan sos
Penyelesaian : Buat sos sendiri yang kurang gula


(8.)
Masalah : Nak makan salad dengan mayonis
Penyelesaian : Guna mayonis kewpie


Kesimpulannya, nak amalkan DA ni kena rajin lah sikit kalau tak banyak pun ye tuan-tuan & puan-puan sebab kebanyakkan menu-menu di luar sana tidak berapa sesuai untuk Atkiners sebab sah-sah banyak pewarna, pengawet, gula dll yang tak sesuai untuk dimakan dalam masa Induction ni ok. Tapi banyak juga kebaikannya, boleh jadi kreatif masak.. haha.. kreatif lah sangat, boleh jimat minyak sebab tak perlu gi kedai tapau makanan & sah-sah jimat belanja beli makanan yang mahal tapi tak sedap mana pun


p/s : Nanti kalau rajin aku update harga barang ok ;)


Kelab Diet Atkins Malaysia


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni aku tahu tentang kewujudan satu kelab diet ni di Fb, tu pun kakak aku yang add.. closed group. Aku memang tak tahu menahu eh betul ke ayat aku ni, aku memang tak tahu langsung ada juga kelab & jenis diet yang tertentu.. hehe.. sebelum ni aku belasah je diet sendiri. Eh jangan cakap tak turun, turun ok tapi tak la memberansangkan sangat keputusannya sebab empunya diri pun tak la berapa nak berdisiplin sangat.. hew hew..


Kelab yang aku maksudkan ialah Kelab Diet Atkins Malaysia. Lepas aku study sikit tentang diet ni, aku rasa sesuai untuk aku, untuk orang lain aku tak pasti. Tanya diri hiasi peribadi. Ok tak ada kena mengena. Ada yang positif ada yang negatif tentang Diet Atkins ni. Yang negatif tak perlu komen sebab yang pastinya bukan datang dari kelab ni, so hanya fikir yang positif je ok. Terpulang pada diri masing-masing nak nilaikan ke, nak ikut ke, tak nak ikut ke.. sebab tak ada orang ajak masuk kelab pun, tak ada orang suruh diet.. haha.. diri sendiri yang buat keputusan ok. So, ikut & diet la ikut keadaan tubuh badan sendiri ok, peace no war.. ;)





Tentang Diet Atkins

Diet Atkins (DA) diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Kalau korang yang perkenalkan mungkin nama korang la kat belakang tu.. haha. Ianya sejenis corak pemakanan untuk bantu sesiapa je yang nak kurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) & lemak di dalam badan. Dengan kurangkan & hadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang & gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan akan mula menyusut.

Atkins Nutritional Approach (ANA) ada 4 peringkat utama yang perlu diikuti. Sila berdisiplin & berdedikasi ye. 4 peringkatnya ialah :-
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan & berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan).
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance


Phase 1 : Induction
Induction peringkat penting sekali dalam DA. Permulaan nak ubah cara pemakanan kita yang berbeza dengan apa yang kita makan selama ini. Tempoh masa 2 minggu hingga 6 bulan atau hingga 2 tahun, ikut keadaan kesihatan & berat badan sendiri ok. Had 20 gram karbohidrat dalam tempoh induction untuk pastkan badan kita membakar lemak & bukannya glukosa. Biasanya badan akan bakar glukosa dulu sebelum lemak, so lemak yang diternak sebelum-sebelum ni tak ke mana weh. So, kalau had 20 gram je, stok glukosa dalam badan akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Lepas tu baru badan bakar lemak. Cayalah..


Elakkan
  1. Nasi, mee, bihun, laksa, spagetti & yang sekumpulan dengannya
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar & yang sekumpulan dengannya
  3. Gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula & yang bergula tinggi
  4. Buah-buahan
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, minuman bergas & kopi
  6. Snek, biskut manis, jeruk
  7. Kekacang
  8. Makanan berproses seperti burger, kentang goreng, hotdog, bebola ikan, bebola sotong
  9. Tepung, kek, biskut, kuih-muih
  10. Sos & kicap



Makan
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay & digoreng tanpa tepung
  2. Ikan - steam, bakar, sup & digoreng tanpa tepung
  3. Daging - panggang, steak, bakar, sup & satay
  4. Udang - bakar, tom yam & goreng
  5. Sayur - kailan, sawi, bayam, salad, timun
  6. Keju - cheddar, mozarella & parmesan (2-3 keping / hari)
  7. Air kosong - 25 kg berat badan = 1 liter
  8. Supplement & vitamin - spirullina & multivitamin


Perhatian
  • Makan 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari & makan malam atau 4-5 kali sehari dalam portion kecil.
  • Makan 20 gram karbohidrat sahaja sehari
  • Gunakan rempah ratus asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan
  • Makan malam sebelum pukul 9.00 malam
  • Minum air secukupnya ikut berat badan
  • Lakukan aktiviti mengeluarkan peluh atau senaman 

Tuesday, 3 September 2013

Minyak & Kad Kredit


Assalamualaikum w.b.t


Kenaikan harga minyak petrol Ron 95 dan minyak Diesel sebanyak 20 sen mulai jam 12.01 tengah malam ini (3/9/13).


Itu kenyataan yang jadi isu hangat di setiap status Facebook warganegara Malaysia hari ni, warganegara lain aku tak pasti sebab aku tak friends dengan mereka. Status media sosial yang lain pun aku tak tahu sebab aku tak ada masa nak layan banyak-banyak media sosial, aku bukan artis.. haha. Masing-masing luahkan pendapat mereka yang tersendiri. Ada yang boleh terima kenyataan dengan fikiran yang yang terbuka walaupun dalam hati ada kerisauan yang melanda.. cewah.. tapi yang pastinya lebih ramai yang mengkritik ok.


Oleh sebab ramai yang buat status tentang minyak, aku pun tergerak hati nak buat entry tentang isu minyak dalam hidup aku. Aku sebagai seorang warganegara, anak, isteri, kakak, pekerja sektor swasta & pemilik butik larra yang guna banyak la juga minyak petrol Ron 95 dalam kehidupan aku, walaubagaimanapun aku terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Tak perlu nak kupas sampai nampak biji isu ini, apa yang lebih penting bagi aku, fikirkan cara yang terbaik untuk hadapi isu ini esok, lusa & seterusnya sampai ada kenyataan baru naik berapa puluh sen pulak lagi ok.


Bagi aku, siapakah aku nak kupas isu ini lebih-lebih, aku bukan pakar ekonomi mahupun pengusaha stesyen minyak.. haha. Aku hanya mampu fikirkan cara terbaik & positif nak uruskan penggunaan minyak dalam kehidupan aku. Aku syukur sebab jarak rumah ke pejabat lebih kurang 10-15 minit kalau bawa kereta santai-santai tanpa perlu harungi jem yang teruk macam orang lain, yang ada cuma 3 traffic light kalau arah Tesco, Seremban & dan 2 traffic light arah S2 Height, Seremban.


Sebelum adik aku pindah kerja di Damansara, pejabat dia kerja belakang office aku je. Office dekat la katakan, so kongsi kereta. Kos RM 30.00/minggu pergi balik kerja kami termasuk jalan-jalan ke pekan Seremban, Senawang & kawasan yang sewaktu dengannya kadang-kadang atau malam-malam yang bosan, so RM 120.00/bulan, share seorang lebih kurang RM 60.00/bulan. Paling best waktu ni aku tak perlu keluar kereta nak bayar & isi minyak ;) Kadang-kadang guna cash & kadang-kadang guna kad kredit, ye la nak kejar point punya pasallllllll.


Lepas adik aku pindah, kos bajet minyak RM 120.00/bulan aku tanggung sendiri, so lepas rombak bajet & nampak bezanya.. haha.. sesi jalan-jalan waktu malam yang bosan aku & fz naik motor.. lagiii best.. haha.. Tak kisahlah dengan kos minyak sebab memang keperluan nak pergi balik kerja, cuma apa yang aku tak bestnya kena keluar bayar & isi sendiri.. huhu.. dasar rajin terlebih kan. Lepas minyak umum naik 20 sen ni, aku belum tau apa effect nya lagi sebab aku belum isi minyak, tapi yang pastinya dah 15 jam aku fikir dari malam tadi hari ni aku nak naik kerete ke motor pergi balik kerja minggu ni sebab aku rajin lah sangat nak isi minyak. Oleh sebab minggu ni tinggal 3 hari je lagi nak kerja & ada barang besar nak bawa pergi pos, ok aku guna kereta dulu. Minggu depan guna motor la senang.. haha..


Isu kad kreditnya disini, kalau dulu guna kad kredit isi minyak sebab nak isi banyak, sebab suka point kad mesra, sebab suka point kad bonuslink, sebab suka point kad kredit, sebab nak redeem barang barang. Sekarang dah rasa lega, sebab dah potong 1 daripada 2 kad kredit. Ambil gunting, senyum, gunting kad kredit & masuk balik dalam dompet duduk diam-diam sampai habis bayar hutang zaman jahiliah & pergi tutup akaun. Mood insaf tak nak guna lebih daripada 1 kad kredit lagi. Pergi jahanam la dengan point-point semua ni. Ape barang nak dapat beg Polo sampai 6k point bersamaan atau lebih kurang berapa lu pikir lah sendiri jumlah duit yang perlu aku sign. Baik aku beli beg RM 10.00 kat bazar ramadan Senawang waktu hari raya hari tu. Apapun aku potong kad yang tak ada benefit point bagi aku sebab aku tak beli barang di tempat yang dapat point.. haha.


Ambil gunting, senyum, gunting kad kredit


Duduk diam-diam dalam dompet ye


Tuesday, 20 August 2013

Work Life Balance



Terlalu ramai yang bertanya kaedah mencari WORK LIFE BALANCE. Di antara amalan untuk merek samada yang BARU atau DAH LAMA KAWIN:

  1. Jaga solat dengan sempurna.
  2. Bangun tidur terus SENYUM & berdoa untuk dapat kebaikan dunia & akhirat.
  3. Jika sempat, sarapan bersama.
  4. Peluk pasangan sebelum pergi kerja, bukan sekadar bersalaman.
  5. Lakukan kerja dengan terbaik & ikhlas agar dapat rezki yang berkat & bahagia rumahtangga
  6. Sebelum balik kerja, programkan minda dengan sebut dalam hati, Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ni. Aku serahkan kerja & diri ku kepada Mu Ya Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan/ keluarga & mudah membantu kerja rumah. 
  7. Nak masuk rumah baca Bismillah, Surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu.
  8. Peluk pasangan & tanya kabar.
  9. Buat kerja rumah bersama, suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah, masak, berkemas, mencuci dll.
  10. Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid).
  11. Berbual & dengari pasangan. Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sebab isteri cuma nak lepaskan tension dengan bercerita. RAMAI SUAMI YANG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar.
  12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan & bermaafan.
  13. Pagar diri dengan Surah Al-Fatihah, ayat Kursi, & Surah 3 Qul, hembus tapak tangan & sapu seluruh badan kecuali tapak kaki & kemaluan.
  14. Programkan minda agar esok jika panjang umur agar lebih positif, ceria, bersemangat & lebih baik daripada hari ni.
  15. Sentiasa berdoa & tawakkal kepada Allah. Banyak lagi yang boleh di lakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal untyk dapat WORK LIFE BALANCE.


Kredit Fb Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Monday, 22 July 2013

OST & Sinopsis - Ramadan Yang Hilang


Dah lama tak dengar suara the "1 & only" artis realiti tv yang aku sanggup sms, Amylea. First time dengar OST Drama Bersiri Ramadan Yang Hilang tajuk Seperti Dia, wah.. suara dia memang bagus & semakin bagus ah, tenang & penuh penghayatan dia nyanyi. OST yang mendayu & sedih macam ni mesti buat ramai orang tertarik nak tengok, aku "tonton" je drama ni coz kul 10.15-11.00 malam aku layan citer korea 393, Only Because Its You sambung sampai kul 12.00. Bermula la sesi putar OST ni sampai balik keje, sebagai peneman telinga nak buat ISO. Layan..


OST Ramadan Yang Hilang
Seperti Dia, ciptaan & nyanyian oleh Amylea




Sinopsi Ramadan Yang Hilang
Konflik Dan Cinta 2 Adik-Beradik
Oleh : Shahrulezad Mohammaden (Radius One Sdn. Bhd.)
(TV3) Samarinda "Seindah Ramadan", Isnin - Rabu, 10.00 – 11.00 malam


Drama bersiri 18 episod ini menampilkan Eira Syazira dan Tilla Melvin sebagai tunggak utama dan turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanahair seperi oleh Zamarul Hisham (Zubir), Zila Bakarin (Saadiah), Norhayati Taib (Maryam), Alis Mariya (Zafirah waktu kecil), Melly Amalin (Delisha waktu kecil) , Arja Lee (Rafiq) dan Sherrie Merlis (Rahimah).

‘Ramadan Yang Hilang’ mengisahkan konfilk antara 2 adik-beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Tilla Melvin) apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang.

Ibu kandung Delisha, Rahimah telah meninggal dunia akibat penyakit asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula ditangkap oleh polis kerana membunuh tanpa niat. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan sebab Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran.

Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri.

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.

Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis-majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad telah menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Selepas tamat pengajian, Zafirah dan Delisha menyuarakan hasrat mereka untuk mengejar impian masing-masing. Zafirah ingin menjadi seorang penulis novel manakala Delisha mahu menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun, Zafirah terpaksa mengalah sekali lagi dan berkorban untuk keluarganya. Dia kini bekerja di syarikat bapanya yang sedang mengalami masalah kewangan.

Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq. Zafirah pernah menolak cinta Rafiq semasa dia masih belajar di universiti dan kini dia sibuk dengan kerja-kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih ke Delisha tetapi dia akur.

Zafirah bertunang dengan Fitri, seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha. Lama-kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka mula bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha.

Zafirah memberitahu Saadiah bahawa dia redha tiada jodoh dengan Fitri tetapi dia tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha. Bagi Zafirah, cukuplah dia bersabar dan mengalah. Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kalinya, Zafirah bergaduh besar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara.

1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan Zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sumber : Budiey.com


Monday, 15 July 2013

Rumahtangga & Kerjaya


Mengimbangi Antara Rumahtangga & Kerjaya.

Antara tip untuk bentuk WORK LIFE BALANCE :-

  1. Jadi insan yang soleh/solehah
  2. Sentiasa berdoa
  3. Sentiasa mesyuarat dengan keluarga
  4. Masukkan aktiviti keluarga dalam diari
  5. Buat senarai prioriti
  6. Belajar menolak kerja yang di luar kemampuan
  7. Urus diri & tugasan
  8. Gunakan teknologi (database) untuk urus diri
  9. Terima hakikat kita tak sempurna & perlukan bantuan
  10. Tulis visi & misi hidup, kerjaya & keluarga
  11. Tutup TV bila nak bincang
  12. Kawal penggunaan internet
  13. Cari hobi yg menarik & berfaedah
  14. Buat aktiviti keluarga yang seronok d hujung minggu
  15. Tidur awal & bangun awal
  16. Hapuskan kegiatan yang sia-sia
  17. Kurang mengharap & banyak memberi
  18. Sentiasa tawakal kepada Allah.


Friday, 12 July 2013

Kriteria Pendaftaran Kontraktor



Sebut pasal kontraktor apa yang bermain di fikiran korang??? Bagi aku, sejak zaman belajar dulu aku memang fikir kontraktor mesti kaya & selalunya kahwin 2.. hehe.. sebab aku selalu disajikan dengan drama di tv & real drama waktu belajar kontraktor selalu gah.. pakai smart & naik kereta besar pergi site. So mana idaknya aku imagine diorang kaya kan. Biasa la waktu dulu belajar QS.. tak faham sangat waktu tu tentang kontraktor ni, rupanya ada kontraktor kaya & ada yang biasa-biasa je. Waktu tu pendaftaran kontraktor Kelas A, B, C, D, E & F dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) & Gred G7-G1 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Berkuatkuasa pada 15hb Oktober 2012, sistem pendaftaran kontraktor dah berubah ke Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK). Semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh PKK adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB. Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK. Maklumat lanjut tentang sistem ni boleh Google keywords yang terlintas di fikiran atau pergi ke website CIDB okeh.


Apa yang aku ingin kongsikan hari ni adalah Kriteria Pendaftaran Kontraktor dengan CIDB bagi korang, kawan-kawan atau saudara-mara yang berminat nak jadi kontraktor. Terdapat 3 kumpulan mereka yang boleh hantar permohonan untuk jadi kontraktor kepada CIDB seperti di bawah. Bolehlah kiranya di panjang-panjangkan info ni ye.. untuk kebaikan bersama & kemajuan negara kita.. chewahhh.


  1. Kumpulan A - pemegang Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
  2. Kumpulan B - pemegang Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
  3. Kumpulan C - individu yang pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pembinaaan dan/atau juga individu selain daripada yang di atas tetapi terlibat dengan aktiviti-aktiviti teknikal di tapak binaan dengan pengalaman di dalam kerja-kerja pembinaan ataupun pemegang sijil-sijil teknikal berkaitan pembinaan dari Akademi Binaan Malaysia (ABM), politeknik & pusat-pusat latihan seumpamanya.


Bagi individu yang berminat untuk menjadi kontraktor, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) menganjurkan kursus seperti di bawah :-

KURSUS ASAS PENGURUSAN PEMBINAAN
Tarikh : (Akan dimaklumkan kemudian)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Mutiara Oakland, PKMMNS
Yuran Penyertaan : RM 600.00
Sijil/ Mata : Sijil kehadiran 20 mata CCD & Sijil

* Jurulatih adalah Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia &

diiktiraf oleh Dale Carnegie Training, USA

  Pendaftaran & pertanyaan hubungi 06-633 3663
 

Bagi individu yang telah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pembinaan, mereka boleh menghantar permohonan kepada CIDB untuk menjadi kontraktor mengikut kriteria pendaftaran kontraktor di bawah.


Click picture > Right Click > View Image > Click to Zoom



PKMMNS
https://www.facebook.com/pkmmns
http://mutiaraoakland.blogspot.com


Monday, 8 July 2013

Begedil


Betul cakap orang tua-tua kan, bila kita dah kawin dari tak pandai masak akan jadi pandai masak. Aku belum la lagi sampai tahap pandai masak, cuma baru merajinkan diri nak belajar-belajar masak.. hehe.. Mana tak nya, tak kan lah asyik nak suruh mak kita masak setiap kali suami nak makan. Aku la tu coz Fzal suka makan serawa (bahasa kedah) atau pengat (bahaso nogori kot). Tiap kali dia nampak durian dia mesti sebut nak suruh mak masak pengat. Mak aku lak dengan suka hati tak sampai berapa lama dah siap serawa duriannya. Tak pernah lak aku terfikir sebelum ni nak masak sendiri untuk Fzal.. dush dush !!! 


Hari ni aku nak cari resepi belajar buat begedil coz pagi tadi aku tengah sarapan soto ada la satu kehtulll begedil. Aku cakap la kat Fzal, dia suka ni. Dia yang tengah sodap makan kueh teow goreng terus cakap nak cikittt begedil. Next time kita belajar buat serawa lak ye. Walaupun dah tahu bahan & macam mana nak masak sesuatu menu, bagi aku masih tak boleh kata aku dah pandai masak menu tu selagi aku tak masak sendiri buat pertama kalinya. Yang aku tau & aku pernah tengok selalunya begedil kentang, begedil daging & begedil kentang campur daging.. coz klau tak campur kentang kang jadi meatball la pulak..haha.. Korang semua sure dah expert gilos la bab-bab masak ni an an.. huhu.. ok la.. jom la start belajar sikit-sikit masak ni.. hehe..


Perangai zaman anak dara yang tak pandai masak atau "tak terlalu rajin" nak masak tu sila la ubah sikit demi sikit ye. Orang tua gak cakap nak tambat hati suami kena jaga perut dia. So, apa lgi.. mood chef aku terus datang lagi. Bila mood dah sampai memang tak boleh nak bertangguh lagi. Cepat-cepat ngadap google cari resepi. Zaman dah canggih tak payah nak call mak, kawan & sepupu bagai nak tanya resepi bagai. Kau google je pastu edit resepi tu ikut citarasa tekak ko sendiri & sudah semestinya boleh masuk gak tekak orang yang nak makan nanti. Biasa la bila dah hidup berdua ni sikit demi sikit kena la ubah. 




Bahan-bahan
8 biji kentang saiz sederhana
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 paket daging cincang ramly
Daun sup (dicincang halus)
1 paket kecil  bawang goreng
3 tangkai cili merah (dipotong halus)
2 sudu teh  lada sulah
4 biji telur (di pukul)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 

Cara-Cara
- Kentang dipotong & digoreng hingga garing.
- Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
- Kemudian ambil daging cincang & gaulkan bersama kentang yang sudah dilenyek tadi.
- Setelah itu masukkan daun sup, bawang besar yang telah dicincang, bawang goreng, lada sulah & garam.
- Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit & bulatkan dengan saiz sederhana.
- Akhir sekali, celupkan dalam telur & goreng.


Wednesday, 15 May 2013

Jom Makan untuk Mata Sihat


Aku sayang mata aku. Tetiba teringat pujian first aku pada gambar first aku n fz lepas balik first date dulu. Amek kau semua first. Pujian pun dalam phone je lah, mana mungkin puji live. Perempuan melayu terakhir mestilah pemalu kan. Aku kata "mata awak cantik.." hahaha.. dah tak tau nak kata apa kan.. nampak tak aku suka tengok mata orang. Dah pecah rahsia zaman cintan-cintun. Patutlah orang dolu-dolu kata dari mata turun ke hati.. hehe.. turun la sangat. Kalau tak turun, mana mungkin akan berjodohan.. cewahhh..


  1st pic on 1st date ^_,^


Sebut tentang mata lagi, aku hanya boleh fikir tentang karot je. Rupa-rupanya banyak lagi makanan yang boleh kita ambil untuk kesihatan mata kita. Penting tau mata kita. Semua orang sayang mata masing-masing kan. Mata ni organ tubuh yang penting dan bernilai. Sejak akhir-akhir ni, mata aku sangat tidak selesa.. huhu.. rasa kering, letih, berat & tak selesa nak pandang sampai kadang-kadang macam jadi sakit kepala. Oh my eyes !!! Kenapa jadi macam ni? Tell me why why why? Hehe.. tak payah tell sangat la, dah tahu kenapa :p


Antara sebab musabab mata aku letih adalah kerana salah diri sendiri seperti berikut :-
  1. Pagi, 9.30 sampai petang, 5.30 mata banyak mengadap laptop je di office. Mengadap Excell & Adobe Photoshop di samping software-software lain mengalahkan akauntan & designer.
  2. Terlebih semangat & kerajinan update blog & facebook demi Butik Larra. Nak buat macam mana dah suka, dah minat & sayanggg BL.
  3. Kurang minum susu, makan sayur-sayuran  & buah-buahan sebab terlebih "rajin" nak masak, so banyak makan makanan segera lagi ringkas yang diakui kurang item yang aku sebut tadi tu.
  4. Siang mengantuk malam berjaga. Masalahnya aku siang tak mengantuk malam pun sama. Tidur lewat. 2.00 am++ !!!
  5. Dah masuk tidur nak mengadap iPad lak mengalah menteri untuk update To Do List, Expenditure & macam-macam bagai.
  6. Buat tak peduli je kat supplement yang berbotol-botol kat rumah. Sedar-sedar dah expired. Rasa macam nak lempang diri sendiri sebab membazir. 


Jalan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan mata letih aku seperti berikut :-
  1. Sila rehatkan mata 5-10 minit setiap jam.
  2. Sila update blog & facebook Butik Larra hanya pada masa yang ditetapkan.
  3. Sila rajinkan diri untuk masak atau beli, tapi ada sayur-sayuran & buah-buahan.
  4. Sila tidur awal !!! Titik.
  5. Sila update To Do List, Expenditure & macam-macam bagai sebelah pagi.
  6. Sila habiskan supplement yang ada.


opisku rumahku..prepare b/fast kat opis..susu, karot, telur baik untuk mata ok


Makanan yang baik untuk kesihatan mata :-
  • Karot (Lobak Merah)
  • Brokoli
  • Telur
  • Bayam
  • Kobis
  • Tomato
  • Biji bunga matahari
  • Bawang putih
  • Salmon


Tuesday, 23 April 2013

Homemade Mayonnaise



I really want to try Homemade Mayonnaise shared by My Ideal Weight.


1 soft tofu
1 tbsp lemon juice
10 tbsp olive oil
1/2 tsp sea salt
2 tbsp brown sugar / 2 sachets stevia


Blend all the ingredients. Simple !!!

Friday, 19 April 2013

Apa itu aplikasi WeChat ?


Lepas satu.. satu kan aplikasi terbaru datang menjengah. Apa la pulak aplikasi WeChat ni ha.. WeChat ni aplikasi seperti iklan yang Lisa Surihani & Sam dalam tv tu.. korang tengok sini lah coz sah-sah terpampang kat sini The new way to connect..

Pendekkan cerita, WeChat adalah aplikasi PERCUMA & instant messenger (IM) terpantas untuk telefon pintar seperti pengguna iPhone, Android, Windows Phone, Symbian & yang terbaru BlackBerry. Sape yang ada iPad pun boleh je kalau nak layan WeChat ni.. download je aplikasi untuk iPhone tu kat iPad.. boleh juga nak cakap-cakap.. comel gitu.. kelakar pun ada gak dengar suara sendiri nanti. Aku lah tu.. bhahaha..




Dengan WeChat, kita boleh..
  • Send text chat (mestilah kena ada..) 
  • Send emotions (yang comel2 tu..)
  • Send voice chat (yang ni sooooo sweet.. ^_,^)
  • Send photos (mestilah kena ada..)
  • Live Chat
  • Video Call
  • Share moments photos
  • Web WeChat
  • Group Chat
  • Shake
  • Look Around
  • Drift Bottle
  • Facebook Connect

Rasa macam dah lengkap apa yang kita perlukan pada masi kini untuk berinteraksi dengan kawan-kawan tak kira masa & di mana saja. Boleh je nak layan WeChat waktu kerja.. opppsss.. hehe.. Bukan apa, kadang-kadang kita sangat stress waktu kerja, nak Facebook during office hour & of course lah di office tak bolehlah pulak.. (aku boleh je.. lalalala..). So, bagi aku tak de hal der WeChat kejap dengan kawan-kawan. Bak kata aku, eratkan hubungan & lebihkan kemesraan dengan WeChat. Bagi aku gak ianya memudahkan urusan seharian & juga perniagaan. Apapun, jangan terlalu leka dengan gadget, aplikasi & semuanya yang terkini di samping menjalankan urusan harian & rumahtangga ye coz kang ada gak husband yang merajuk nanti. Cayalah WeChat !!!


|||
                                Ladysyaq                                                    Mai                                                        Ain

Ni WeChat aku dengan 3 org kawan



Apa lagi, download aplikasi WeChat sekarang !!!


 
The perfect regimen for us busy ladies to stay young & radiant - Olay 
#TotalEffects


Thursday, 21 March 2013

Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya." 


Tuesday, 26 February 2013

Fzal - Izinkan Selamanya Namamu Dihati

Orang cakap dalam perkahwinan atau rumahtangga pasangan isteri & suami mesti kontra kan, eh ape ke hal aku letak isteri dulu ni. Ok pasangan suami & isteri mesti ada serba sedikit kontranya antara satu sama lain. Orang la cakap bukan aku yang cakap tapi kalau orang dah cakap tu selalunya betul coz kalau tak betul tak ada la plak orang yang akan cakap-cakappp. Ini salah satu perkara kontra antara aku & Fzal dari segi minat. Apapun aku happy walaupun kontra.

Fzal minat karaoke, selalu men"sumbang"kan suara dalam aktiviti & pertandingan karaoke. Pernah menang derrr.. wakaka.. Aku lak minat dengar orang karaoke je.. haha.. selalu men"tadah"kan telinga dalam aktiviti karaoke dia. Aku memang jarang sekali, dua tiga empat kali men"sumbang"kan suara waktu karaoke, lepak la 1 jam ke 2 jam ke, aku kalau nyanyi pun malu-malu kucing je.. haha.. sedar diri la katakan, orang tak pandai nyanyi. Aku nyanyi suara "ghenggah" orang kedah kata, dalam kereta je.. tu pun kalau aku lupa ada orang lain sama dalam kereta coz lagu kat radio terlampau nau sedapnya.


  

Layannn.. Fzal nyayi Izinkan Selamanya Namamu Dihati dari kumpulan Eye waktu sesi karaoke dengan geng-geng office aku kat Seremban Parade. Aku macam biasa jadi videographer & tukang gelak. Geng-geng office aku kalau yang ngam dengan Fzal memang laki bini ngam & anak beranak ngam. So leh enjoyceee sama-sama dalam aktiviti karaoke ke apa-apa aktiviti pun termasuklah mesyuarat agung.. haha.. Kalau yang tak ngam tu tak payah cerita lah ye, no komen :P


Monday, 25 February 2013

Bubur Nasi

Hari ni mendung je suasana di Oakland semendung perasaan aku di hari Isnin ni. Pagi mendung.. tengah hari mendung.. petang lagi la mendunggg & nak hujannn. Kebiasaannya bila cuaca mendung & sejuk biasalah tekak pun rasa nak makan macam-macam la. Tanpa buang masa tanya la pakcik google jap resepi bubur nasi. Hati berkobar-kobar nak masak, biasalah Mr.Fz dah duduk Seremban. Aktiviti memasak & memakan pun akan bertambah la ye sebagaimana bertambahnya berat badan aku ni haaa..  


Bahan-Bahan :-


Bubur Nasi
   1 cawan beras
   5 cawan air
   Sedikit garam
   1/2 inci halia
   5 biji lada hitam
   2 biji kentang (dipotong dadu)
   1 batang karot (dipotong dadu) 

Ikan bilis goreng
   2 ulas bawang putih
   2 biji bawang besar
   10 biji cili padi
   2 cawan ikan bilis
   2 cawan kacang panjang (dipotong kecil)
   Sedikit garam
   Sedikit kicap
   Sedikit minyak (untuk menumis)

Saturday, 2 February 2013

Tutorial Favicon

Best kan ada muka sendiri di tab.. so jom buat favicon kat blog. Aku buat tutorial ni coz macam biasa untuk kegunaan aku hari ini, esok & masa hadapan. Sape nak buat juga, silakan.. kan.. kan..


<link href='http://3.bp.blogspot.com/-Z2w7wvCg628/UQo1kGGXXHI/AAAAAAAADA4/Rxokb8MlV-Q/s1600/sitizuridahyunus.jpg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


Cara-caranya :-
- Klik Template
- Klik Edit HTML
- Tick Expand Widget Templates
- Tekan Ctrl F
- Taip </head>
- Paste coding (bewarna biru) di bawah code </head>
- Gantikan coding http://3.bp.blogspot.com/-Z2w7wvCg628/UQo1kGGXXHI/AAAAAAAADA4/Rxokb8MlV-Q/s1600/sitizuridahyunus.jpg dengan url gambar korang
- Klik Save Template
- Close & View Blog

 

Friday, 1 February 2013

Tutorial Disable Right Click

Mengomel jap sebelum buat tutorial..

Aku ada blog, tapi akhir-akhir ni dah bersawang-sawang blog aku ni macam peta dunia dah bentuknya dek kerana busy yang melampau.. termasuk jaga Butik Larra. Tu lah, macam-macam sangat aktiviti & hobi aku sekarang sampai tak terfikir & tak terbuat dah aku.. haha.. Baru-baru ni je semangat aku membuak-membuak kembali ni nak aktif berblog coz dah dapat semangat baru dek kerana dapat income dari Nuffnang walaupun seciput je baru.. hehe.. Tak kisahlah tentang tu kan, apa yang pasti maksudnya aku letak Nuffnang Ads di tempat yang betul & berkesan. So dalam aku tengah ada mood buat "itu ini" kat blog aku, aku kena buat tutorial untuk kegunaan aku hari ini, esok & masa hadapan coz aku ni rajin sangat ubah "itu ini" kat blog aku. Next time senang nak rujuk.



1.  Disable Right Click tapi boleh Copy guna keyboard

Cara-caranya :-
- Klik Template
- Klik Edit HTML
- Tick Expand Widget Templates
- Tekan Ctrl F
- Taip <body>
- Tukarkan <body> jadi
<body oncontextmenu="return false;">
- Klik Save Template 

- Close & View Blog



2.  Disable Right Click & keluar mesej pop up window

<script language='JavaScript'>
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message="No Right-Click!";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>

 

Cara-caranya :-
- Klik Layout
- Klik Add a Gadget (bahagian bawah)

- Klik + pada HTML/JavaScript  
- Paste coding (bewarna biru) 
- Tukarkan mesej "No Right-Click!" kepada ayat yang disukai.
- Klik Save
- View Blog



3.  Disable Right Click & tak boleh highlight text
 
<script type="text/javascript">
//form tags to omit in NS6+:
//http://eking.in
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]

omitformtags=omitformtags.join("|")

function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}

function reEnable(){
return true
}

if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}


</script> 


Cara-caranya :-
- Klik Template
- Klik Edit HTML
- Tick Expand Widget Templates
- Tekan Ctrl F
- Taip <head>
- Paste coding
(bewarna biru) di bawah code <head>
- Klik Save Template 

- Close & View Blog