Monday 22 July 2013

OST & Sinopsis - Ramadan Yang Hilang


Dah lama tak dengar suara the "1 & only" artis realiti tv yang aku sanggup sms, Amylea. First time dengar OST Drama Bersiri Ramadan Yang Hilang tajuk Seperti Dia, wah.. suara dia memang bagus & semakin bagus ah, tenang & penuh penghayatan dia nyanyi. OST yang mendayu & sedih macam ni mesti buat ramai orang tertarik nak tengok, aku "tonton" je drama ni coz kul 10.15-11.00 malam aku layan citer korea 393, Only Because Its You sambung sampai kul 12.00. Bermula la sesi putar OST ni sampai balik keje, sebagai peneman telinga nak buat ISO. Layan..


OST Ramadan Yang Hilang
Seperti Dia, ciptaan & nyanyian oleh Amylea




Sinopsi Ramadan Yang Hilang
Konflik Dan Cinta 2 Adik-Beradik
Oleh : Shahrulezad Mohammaden (Radius One Sdn. Bhd.)
(TV3) Samarinda "Seindah Ramadan", Isnin - Rabu, 10.00 – 11.00 malam


Drama bersiri 18 episod ini menampilkan Eira Syazira dan Tilla Melvin sebagai tunggak utama dan turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanahair seperi oleh Zamarul Hisham (Zubir), Zila Bakarin (Saadiah), Norhayati Taib (Maryam), Alis Mariya (Zafirah waktu kecil), Melly Amalin (Delisha waktu kecil) , Arja Lee (Rafiq) dan Sherrie Merlis (Rahimah).

‘Ramadan Yang Hilang’ mengisahkan konfilk antara 2 adik-beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Tilla Melvin) apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang.

Ibu kandung Delisha, Rahimah telah meninggal dunia akibat penyakit asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula ditangkap oleh polis kerana membunuh tanpa niat. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan sebab Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran.

Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri.

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.

Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis-majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad telah menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Selepas tamat pengajian, Zafirah dan Delisha menyuarakan hasrat mereka untuk mengejar impian masing-masing. Zafirah ingin menjadi seorang penulis novel manakala Delisha mahu menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun, Zafirah terpaksa mengalah sekali lagi dan berkorban untuk keluarganya. Dia kini bekerja di syarikat bapanya yang sedang mengalami masalah kewangan.

Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq. Zafirah pernah menolak cinta Rafiq semasa dia masih belajar di universiti dan kini dia sibuk dengan kerja-kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih ke Delisha tetapi dia akur.

Zafirah bertunang dengan Fitri, seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha. Lama-kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka mula bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha.

Zafirah memberitahu Saadiah bahawa dia redha tiada jodoh dengan Fitri tetapi dia tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha. Bagi Zafirah, cukuplah dia bersabar dan mengalah. Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kalinya, Zafirah bergaduh besar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara.

1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan Zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sumber : Budiey.com


Monday 15 July 2013

Rumahtangga & Kerjaya


Mengimbangi Antara Rumahtangga & Kerjaya.

Antara tip untuk bentuk WORK LIFE BALANCE :-

  1. Jadi insan yang soleh/solehah
  2. Sentiasa berdoa
  3. Sentiasa mesyuarat dengan keluarga
  4. Masukkan aktiviti keluarga dalam diari
  5. Buat senarai prioriti
  6. Belajar menolak kerja yang di luar kemampuan
  7. Urus diri & tugasan
  8. Gunakan teknologi (database) untuk urus diri
  9. Terima hakikat kita tak sempurna & perlukan bantuan
  10. Tulis visi & misi hidup, kerjaya & keluarga
  11. Tutup TV bila nak bincang
  12. Kawal penggunaan internet
  13. Cari hobi yg menarik & berfaedah
  14. Buat aktiviti keluarga yang seronok d hujung minggu
  15. Tidur awal & bangun awal
  16. Hapuskan kegiatan yang sia-sia
  17. Kurang mengharap & banyak memberi
  18. Sentiasa tawakal kepada Allah.


Friday 12 July 2013

Kriteria Pendaftaran Kontraktor



Sebut pasal kontraktor apa yang bermain di fikiran korang??? Bagi aku, sejak zaman belajar dulu aku memang fikir kontraktor mesti kaya & selalunya kahwin 2.. hehe.. sebab aku selalu disajikan dengan drama di tv & real drama waktu belajar kontraktor selalu gah.. pakai smart & naik kereta besar pergi site. So mana idaknya aku imagine diorang kaya kan. Biasa la waktu dulu belajar QS.. tak faham sangat waktu tu tentang kontraktor ni, rupanya ada kontraktor kaya & ada yang biasa-biasa je. Waktu tu pendaftaran kontraktor Kelas A, B, C, D, E & F dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) & Gred G7-G1 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Berkuatkuasa pada 15hb Oktober 2012, sistem pendaftaran kontraktor dah berubah ke Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK). Semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh PKK adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB. Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK. Maklumat lanjut tentang sistem ni boleh Google keywords yang terlintas di fikiran atau pergi ke website CIDB okeh.


Apa yang aku ingin kongsikan hari ni adalah Kriteria Pendaftaran Kontraktor dengan CIDB bagi korang, kawan-kawan atau saudara-mara yang berminat nak jadi kontraktor. Terdapat 3 kumpulan mereka yang boleh hantar permohonan untuk jadi kontraktor kepada CIDB seperti di bawah. Bolehlah kiranya di panjang-panjangkan info ni ye.. untuk kebaikan bersama & kemajuan negara kita.. chewahhh.


  1. Kumpulan A - pemegang Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
  2. Kumpulan B - pemegang Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
  3. Kumpulan C - individu yang pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pembinaaan dan/atau juga individu selain daripada yang di atas tetapi terlibat dengan aktiviti-aktiviti teknikal di tapak binaan dengan pengalaman di dalam kerja-kerja pembinaan ataupun pemegang sijil-sijil teknikal berkaitan pembinaan dari Akademi Binaan Malaysia (ABM), politeknik & pusat-pusat latihan seumpamanya.


Bagi individu yang berminat untuk menjadi kontraktor, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) menganjurkan kursus seperti di bawah :-

KURSUS ASAS PENGURUSAN PEMBINAAN
Tarikh : (Akan dimaklumkan kemudian)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Mutiara Oakland, PKMMNS
Yuran Penyertaan : RM 600.00
Sijil/ Mata : Sijil kehadiran 20 mata CCD & Sijil

* Jurulatih adalah Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia &

diiktiraf oleh Dale Carnegie Training, USA

  Pendaftaran & pertanyaan hubungi 06-633 3663
 

Bagi individu yang telah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pembinaan, mereka boleh menghantar permohonan kepada CIDB untuk menjadi kontraktor mengikut kriteria pendaftaran kontraktor di bawah.


Click picture > Right Click > View Image > Click to Zoom



PKMMNS
https://www.facebook.com/pkmmns
http://mutiaraoakland.blogspot.com


Monday 8 July 2013

Begedil


Betul cakap orang tua-tua kan, bila kita dah kawin dari tak pandai masak akan jadi pandai masak. Aku belum la lagi sampai tahap pandai masak, cuma baru merajinkan diri nak belajar-belajar masak.. hehe.. Mana tak nya, tak kan lah asyik nak suruh mak kita masak setiap kali suami nak makan. Aku la tu coz Fzal suka makan serawa (bahasa kedah) atau pengat (bahaso nogori kot). Tiap kali dia nampak durian dia mesti sebut nak suruh mak masak pengat. Mak aku lak dengan suka hati tak sampai berapa lama dah siap serawa duriannya. Tak pernah lak aku terfikir sebelum ni nak masak sendiri untuk Fzal.. dush dush !!! 


Hari ni aku nak cari resepi belajar buat begedil coz pagi tadi aku tengah sarapan soto ada la satu kehtulll begedil. Aku cakap la kat Fzal, dia suka ni. Dia yang tengah sodap makan kueh teow goreng terus cakap nak cikittt begedil. Next time kita belajar buat serawa lak ye. Walaupun dah tahu bahan & macam mana nak masak sesuatu menu, bagi aku masih tak boleh kata aku dah pandai masak menu tu selagi aku tak masak sendiri buat pertama kalinya. Yang aku tau & aku pernah tengok selalunya begedil kentang, begedil daging & begedil kentang campur daging.. coz klau tak campur kentang kang jadi meatball la pulak..haha.. Korang semua sure dah expert gilos la bab-bab masak ni an an.. huhu.. ok la.. jom la start belajar sikit-sikit masak ni.. hehe..


Perangai zaman anak dara yang tak pandai masak atau "tak terlalu rajin" nak masak tu sila la ubah sikit demi sikit ye. Orang tua gak cakap nak tambat hati suami kena jaga perut dia. So, apa lgi.. mood chef aku terus datang lagi. Bila mood dah sampai memang tak boleh nak bertangguh lagi. Cepat-cepat ngadap google cari resepi. Zaman dah canggih tak payah nak call mak, kawan & sepupu bagai nak tanya resepi bagai. Kau google je pastu edit resepi tu ikut citarasa tekak ko sendiri & sudah semestinya boleh masuk gak tekak orang yang nak makan nanti. Biasa la bila dah hidup berdua ni sikit demi sikit kena la ubah. 




Bahan-bahan
8 biji kentang saiz sederhana
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 paket daging cincang ramly
Daun sup (dicincang halus)
1 paket kecil  bawang goreng
3 tangkai cili merah (dipotong halus)
2 sudu teh  lada sulah
4 biji telur (di pukul)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 

Cara-Cara
- Kentang dipotong & digoreng hingga garing.
- Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
- Kemudian ambil daging cincang & gaulkan bersama kentang yang sudah dilenyek tadi.
- Setelah itu masukkan daun sup, bawang besar yang telah dicincang, bawang goreng, lada sulah & garam.
- Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit & bulatkan dengan saiz sederhana.
- Akhir sekali, celupkan dalam telur & goreng.