Saturday 20 December 2014

Chicken Patty


Ada sesiapa yang lama tak masuk dapur tak? Masuk dapur kat sini bukan setakat ko gi masuk dapur atau lalu sepantas kilat ke dapur pastu ko berlari-lari anak ke ruang tamu lepas ambil air kosong semata-mata ko nak tengok drama korea ulangan kat Channel One HD..heee.. Masuk masak la weh. Jangan risau, sesape yang selalu baca blog aku mesti tahu resepi yang aku akan share memang sangat sesuai untuk awek-awek, cik-cik, puan-puan yang busy..tak pun malas. Gerenti resepi sempoi, cepat masak & cepat makan.


Alkisah, nak cerita pasal chicken patty je pun. Ikutkan aku pun tak tahu apo bondo eh tu chicken patty, dolu-dolu la aku tak tahu tapi lepas aku study pasal diet atkins baru la aku tahu tentang chicken patty ni. Kali ni aku nak share resepi versi aku, versi lain-lain lantak deme la kan. Bila masuk dapur, mata aku selalu jeling-jeling tin Bio Protein Cosway adik perempuan comel aku bagi. Katanya dia tak nak coz rasa soya, katanya.. Bila dah katanya begitu, den pun terus tak rasa nak guna untuk masak coz den pun tak gomar bonar rasa soya.




Nak dijadikan cerita, cewah. Aku nak lunch, gas kat dapur pun habis. Suami kerja, aku bukannya rajin sangat nak pergi kedai kasi settle bab-bab tong gas yang abis gas ni sampai settle. Ok, berfikir luar kotak jom..haha.. Aku ambil rice cooker, jom masak scrambled egg dan chicken patty guna rice cooker. Nampak tak, cepat kan. Selain tu, aku tak guna blender untuk kisar isi ayam nak jadikan chicken patty ni. Nak tahu sebabnya, kalau setakat nak makan sorang, buat lambat je kisar isi ayam guna blender coz buang masa je nak keluarkan isi ayam yang sedikit tu dari blender dan dicelah-celah bilah blender yang tajam tu. Lagipun isi ayam akan halus sangat kalau kisar guna blender dan akan lembik untuk dibentuk menjadi bulat nanti. Cara lain, guna lesung batu, hihi..


Ok, cuba ye resepi ni..confirm tak rasa soya. Aku buat dapat 2 keping. 1 keping lagi aku simpan dalam peti sejuk dan goreng untuk suami aku makan lepas dia balik kerja untuk rasa sebab ni aku punya 1st try. Suami aku makan sambil layan bola harimau lawan gajah. Rilex je dia makan, tak ada sebut rasa soya atau rasa lain pun. Aku tanya dia, ada rasa soya tak, dia cakap tak. Aku cakap pada dia guna Bio Protein Cosway. Dia cakap ingatkan guna tepung biasa. Kesimpulannya Bio Protein Cosway tu sesuai digunakan untuk ganti tepung bagi korang yang buat Diet Atkins. Chicken patty ni sungguh enak dimakan begitu saja..ooo..makan waktu masih panas..yummy..


Homemade Chicken Patty with Bio Protein


Chicken Patty.

Tumbuk 15 biji lada hitam.
Masukkan 1 ketul ayam bahagian isi (dipotong nipis +-1cm) & sedikit garam.
Tumbuk (tak perlu hancur sangat).
Keluarkan & masukkan ke dalam bekas.
Masukkan 1/2 bawang besar (dipotong dadu) & 1 scoop Bio Protein Cosway.
 Masukkan sedikit air, kacau & bentukkan seperti daging burger.
Panaskan sedikit sahaja minyak & goreng.

  

Friday 19 December 2014

10 Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?


1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?


2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.


4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?


5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?


6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)


8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.


9. Roti Manis dan Do
nut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.


10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!


Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.


Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!


Info dari Kevin Zahri


Sunday 15 June 2014

Selamat Hari Bapa


Ayah..
Selamat hari bapa ayah
Atas segala susah & payah
Sentiasa cekal tak pernah goyah
Mengharungi apa jua masalah

Tak terbalas segala jasamu
Kusimpan erat di lubuk hatiku
Akan aku cuba apa yang termampu
Kerana bahagia melihat senyummu

Engkau insan paling penyabar
Tiada nilai setanding untuk dibayar
Mendidik aku dengan sabar
Mengharungi liku yang penuh mencabar


Tuesday 15 April 2014

Punca wanita jadi M di zaman moden!!!


Hai..tajuk asal entry ni aku nak letak "Pembantut Semua Kerja Zaman Moden" asalnya tapi aku ubah sikit sebab aku nak tuju kat diri aku & kau & kau & kau..tak kira la kau kerja di sektor awam ke swasta ke hatta suri rumah sekalipun..tapi tak termasuk maid ye sebab maid tak M kot..aku cakap kot ok. Kita wanita ni yang sejak dua menjak ni banyak M dari R kan..sila fahamkan dulu..M untuk MALAS & R untuk RAJIN. Ok dah faham kan. Opppsss..eh ada pulak yang kata dia tak M pun, ok sila klik X sekarang..nun kat atas belah kanan tu..kite cakap pasal kite kite aje..awak tu lain la, untunglah R..bhaha..


Pendapat aku wanita banyak M dari R kan sekarang ni..M tu bukan la tak buat langsung apa-apa kerja pun kan, buattttt tapi lambat!!! Kerja boleh siap pagi mungkin petang baru siap atau minggu depan siap..bhaha.. Lain la kalau bos kau dah memekak nak cepat kan. Bukan nak salahkan siapa-siapa dalam hal ni, wanita pun tak bersalah..cuma dah kurang ikhlas je buat apa-apa kerja pun..mungkin!!! Tak percaya??? Pernah tak buat kerja fikir nak cepat siap je sebab nak tengok hp..hati tak tenang mesej WhatsApp dah bunyi tak reply lagi..tak ek..tipuuuu.. Mengaku la, tak pe jom berubah..hehe..


M sebab hp yang terlebih pintar
Dulu..masing-masing pakai hp hitam putih..kalau M pun tahap tak de hal la lagi..setakat layan SMS tak kira la dengan boyfriends ke sape ke confirm tak lama punya..aku gerenti tak makan masa berjam macam sekarang sebab dulu hp keypad, sakit jari weh menaip banyak tak macam sekarang touch screen wa cakap sama lu. Kalau M sebab main games ular pun aku boleh terima lagi sebab tak makan bulan punya la kalau layan games ular tu macam layan games candy crush sekarang sebab korang cepat bosan kan..dah ular tu asyik langgar dinding je.


M sebab layan muka buku bukan baca buku
Dulu..rajin baca buku & majalah, banyak info berguna. Sekarang banyak layan muka buku, kalau tak dapat layan sebab tak ada masa..tengok pun jadi la..tak dinafikan ada info berguna..tapi hal-hal tepi kain..celah kain orang lagi best kot layan. Akibatnya segala kerja tergendala. Kami keje gomen tak boleh layan muka buku kat pc..hello hp kau xlanggan mobile data ek..wah bagus. Kami private memang layan muka buku, pandai-pandai la curi masa..hehe. Kami suri rumah kadang-kadang dah petang baru tersedar dari lamunan mengadap muka buku.


M sebab tak terbalas banyaknya mesej WA
Dulu..komunikasi mesej melalui SMS & ianya berbayar. Kalau dah berbayar tu faham-faham sendiri la mesti mesej yang penting je & tak kan berlanjutan sampai 2 jam pun apatah lagi tengah malam. Sekarang berjela list kengkawang WA tak termasuk group. Nak balas mesej kawan sekian..mesej group lagi nak baca dari atas kalau dah termiss. Kan..tergendala tak kerja lain. Kejap-kejap bunyi. Join group sikit sudah. Apapun WA sangat membantu..ambil masa yang sesuai untuk balas mesej, yang penting bukan waktu orang tengah bercakap dengan kita!!!


M sebab gambar Instagram cantik sangat
Dulu..tak ada Instagram..tak pernah dengar pun kan Instagrammer. Tak dinafikan gambar-gambar di Instagram sangat cantik, unik & kreatif. Tak sedar bateri hp 39% pastu dah bagi warning 15% last-last terpadam terus bila 1%..amek kau!!! Ish..tak sedar la, best wo layan gambar-gambar kat Ig habaq hang. Lepas satu..satu.. Nampak tak, tergendala lagi kerja yang asalnya nak buat tu. Dah tu, bukan pergi caj hp & sambung kerja..boleh pulak dia mengadap lagi sambil caj..adoyaiiii.. Eh pergi buat kerja dulu la..FOLLOW dulu la, nanti sambung.. ;p


M sebab Blog..Blogger..Blogwalking
Dulu..kita tulis dalam Diary, tak pun buku Biodata zaman sekolah dulu-dulu. Nak habis sekolah tukar-tukar tulis buku Biodata dengan kawan. Zaman dah berubah khennn.. Sekarang ramai orang ada blog, tempat meluah perasaan, cari kawan, letak info, dapat income dll la. Ok, jadi lah dia Blogger, dapat income Nuffnang weh jadi Blogger, so kira berbaloi jugak la pengorbanan tergendala kerja lain sebab nak update blog..haha..rezeki jangan ditolak kan.. Dah jadi Blogger, best pulak melawat rumah orang lain a.k.a Blogwalking..lalalala..


pandai tak guna masa..bhaha..


Kesimpulan chek nak habaq kat sini, tak kira la hang pakai hp cikai ke pintar ke kalau dah hang M tetap M gak kan..so R kan lah diri masing-masing, pandai-pandai ÷ masa ok.. Muka buku ada +ve nya apa..nak baca resepi daging dendeng jap..bhaha.. WA pulak sekarang orang manfaatkan untuk berniaga sebab lebih mudah untuk ambil & uruskan order dari customer. Ig pun senang nak bisness, cume perlu R masuk gambar la ok. Blog tak ketinggalan sebab banyak membantu dari segi perkongsian maklumat yang berguna.


Wanita TAK M..cuma manfaatkan semuanya!!!
Hp, bisness online/offline
Fb, Like http:/www.facebook.com/needlelicious
WA, layan customer
Ig, FOLLOW http://instagram.com/needlelicious
Blog, income


Zaman moden la katakan :)


Thursday 20 February 2014

Murtabak Mini


Resepi murtabak mini sempoi & masak cepat. Tak perlu nak list senarai bahan-bahannya kan sebab semua kat sini dah otai-otai belaka, so kita terus baca cara nak masak ye. So korang boleh imagine siap-siap senang ke susah nak masak. Iolss dah google resepi-resepi yang seangkatan dengannya tapi ni resepi murtabak mini yang dah edit hehe..



Kuah bawang : 

Hiris nipis 1 biji bawang besar.
Masukkan 5 sudu besar cuka makan
Masukkan 1-2 sudu besar gula,
Masukkan secubit garam & sedikit pewarna merah.
Gaul rata & ketepikan.



Murtabak mini:
  • Tumbuk 2 ulas bawang putih, 1 inci halia & 5 biji cili padi.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
  • Masukkan 2 sudu besar rempah kari & 1 sudu besar rempah kurma (bancuh dengan air), kacau & biarkan hingga pecah minyak.
  • Masukkan 1 mangkuk daging/ ayam (potong dagu), 2 biji kentang (potong dadu), sedikit air & biarkan daging masak.
  • Masukkan garam secukup rasa, secubit gula & kacau sebati.
  • Masukkan 2 biji bawang besar (potong dadu), 1 mangkuk kobis (potong halus), sedikit daun sup (dicincang), kacau & biarkan masak.
  • Angkat & ketepikan.
  • Pecahkan 2 biji telur ke dalam inti tadi & kacau sebati.
  • Sediakan kulit popia, masukkan inti, lipat 4 segi & goreng hingga garing.


Wednesday 19 February 2014

Sardine Foldover



Sardine Foldover

 Panaskan butter, tumis 2 biji bawang putih & 2 biji bawang besar hingga wangi.
Masukkan sardin (tin kecil), 2/3 cawan air, sedikit garam & lada hitam.
Biarkan mendidih & ketepikan.
Rebus 8 kuntum brokoli, 8 kuntum bunga kobis, sedikit garam.
Biarkan mendidih, toskan & ketepikan.
Pukul 1 biji telur, panaskan butter & goreng macam telur dadar.
Letak salad, timun, 1/6 bahagian sardin, brokoli, bunga kobis & lipat.
 Letak sos dia atas lipatan telur.


* Untuk atkins, guna sos buatan sendiri (bwg putih, cili hidup, garam, p3, asam keping)

  

Wednesday 22 January 2014

Aku, Dia, Kamu & Mereka



               Aku
               Tak kan pernah berubah
               Kerana selesa dengan apa yang ada
               Tak kan begini selama-lamanya
               Oh aku perlu berubah segera

               Dia
               Tak kan pernah tinggalkan
               Kerana tak sanggup aku kesunyian
               Tak kan sesekali membiarkan
               Oh besarnya pengorbanan

               Kamu
               Tak kan pernah menghargai
               Kerana aku tak sanggup lukai
               Tak kan lagi membakar diri
               Oh maaf buat kali ini

               Mereka
               Tak kan pernah bersyukur
               Kerana semuanya sangat teratur
               Tak kan lagi aku akur
               Oh terima kasih budi yang ditabur

               Aku akan mengasah bakat sendiri
               Dia perlu mula belajar berdikari
               Kamu terpaksa lakukannya sendiri
               Mereka terpulanglah apa nak jadi