Hi semua aweks yang cantik meranik
eh salah cantik menarik lagi tertarik. Semalam hari Isnin atau Monday
atau oh aku dah lupa la ikutkan aku nak educate korang dalam bahasa lain
juga. Tetiba aku teringat kes abang aku tipu aku. Katanya Wahid, Isnani
& Salasa itu adalah Ahad, Isnin & Selasa. Ye la aku tahu la aku
tak pandai Bahasa Arab. Makanya aku telah buat study group dengan anak
sedara aku a.k.a Danial coz dia belajar Bahasa Arab & husband la
sape lagi a.k.a Mr. Fzal. So, tak yah la der nak tipu aku lagi, tu 1, 2
& 3 hee..
Hi.. saya Danial..
Dah mari sambung ke cerita seram coz intro tadi sangat tidak seram.
Semalam
hari Isnin. Hari yang indah lagi dinanti-nantikan oleh semua orang yang
makan gaji sebab tak sabar-sabar nak pergi kerja. Oh itu tipu sangat ye
!!!. Akulah pekerja yang makan gaji tapi tak la pula tidak sabar untuk
datang kerja. Aku baru balik dari Melakau eh Melaka la. Aku, Mr. Fzal
& Min pergi rumah abang aku sebab nak duduk bawah ketiak mak ayah
aku & main games Zombie Cafe dengan anak sedara aku. Terima kasih
Mr. Fzal yang sangat memahami.
Tak dapat buka cafe.. dapat tolong Zombie pun jadi la.. hehe..
Oh
ini ada sedikit cerita. Aku sangat sedih waktu nak balik Seremban coz
Danial nangis tak bagi aku balik. Air mata aku bak kata orang Kedah
sipi-sipi je nak keluaq waktu aku nak tepuk bagi dia tidur lepas jadi
cikgu tuisyen dia. Terpaksa pujuk interoducer aku tentang games Zombie
Cafe tu kata aunty akan call selalu tanya Cafe dah ada berapa banyak
duit. Terharu aunty derrr coz dia sangat menyukai, menggemari, mencintai
& yang sewaktu dengannya pada aunty nya yang seorang ini dari yang
seorang lagi itu haha..
Alkisah balik dari Melaka pun
dah lewat so sampai Seremban tak kan lah pulak dapat sampai cepat. Kalau
drive Beemer kot lah ye.. huhu.. Niat di hati pergi office nak balik
awal coz nak sambung tidur kejap untuk hilangkan letih-letih badan
sambil melayan cerita Nada Cinta yang semakin hari semakin menyakitkan
hati tetapi hati tetap tak mau stop dari terus tengok. So kita layannn..
Layan pun gitu-gitu aje coz tak boleh nak parking betul-betul di depan
tv, so mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu sambil bersiap-siap nak
keluar.
Love Mikha than Nada :P
Lebih kurang 7.30 mlm aku, Fzal & the family serta kawan family Fzal pergi ke
Darul Syifa, Kuala Pilah. Kitorang sempat melihat kejadian yang agak
mendebarkan semasa di sana. Berdebar jantung aku weh. Setelah selesai
urusan kami pun balik rumah & sampai di rumah lebih kurang 3.30
pagi. Pukul 4.30 pagi aku nak tido tapi mata tak mau lelap so aku ambil
ipad masuk bilik nak main games sementara tunggu mata mengantuk. Letak
ipad tepi bantal nak baca doa dulu.
Tiba-tiba..
????? : Aaarrrkkk........
Dalam
suasana pagi yang sunyi terdengar suara macam suara manusia tapi tak
pasti suara atau bunyi apa yang sebenarnya tu. Hati apa lagi
berdebar-debar sambil otak ligat fikir mana datangnya weh bunyi tu.
Mata lak pandang atas siling pastu keliling bilik.. tak ada apa-apa yang
mencurigakan pun.. wakaka.. nampak sangat penakut. Apa tak nya teringat
kejadian yang sebelumnya tu. Fzal nampak macam dah tido.
Dengan pantas..
Aku : Awak.. dengar tak bunyi apa tu?
Fzal : Zombie la.. (kembali zzzZZZzzz..)
Dalam
hati fikir Zombie apa, mana datangnya Zombie. Blurrr 2 -3 saat. Ceh..
baru teringat games Zombie Cafe. Patut la bunyi kuat menusuk ke kepala
coz ipad tepi bantal.
Tapi..
Aku : Zombie kenyang ek?
Fzal : Emmm.. (sambung zzzZZZzzz..)
Dalam
hati tak percaya tu bunyi Zombie coz selalu Zombie kenyang pun tak
pernah aku dengar bunyi macam tu. Tak kisahlah apa pun tapi untuk
menyedapkan hati anggap aja lah Zombie kenyang.
Pastu..
Aku : Awak ah tak nak main games tak tutup pintu cafe.
Fzal : (tak layan.. zzzZZZzzz terus..)
Dengan pantas aku terus off ipad, so kalau Zombie kenyang lagi ke nak makan pelanggan ke tak kan ada la bunyi-bunyi lagi.
Pagi
tadi bangun tidur terus siasat apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin
notification games.. ye anggap aja lah notification games. Ceh !!!