Saturday 20 December 2014

Chicken Patty


Ada sesiapa yang lama tak masuk dapur tak? Masuk dapur kat sini bukan setakat ko gi masuk dapur atau lalu sepantas kilat ke dapur pastu ko berlari-lari anak ke ruang tamu lepas ambil air kosong semata-mata ko nak tengok drama korea ulangan kat Channel One HD..heee.. Masuk masak la weh. Jangan risau, sesape yang selalu baca blog aku mesti tahu resepi yang aku akan share memang sangat sesuai untuk awek-awek, cik-cik, puan-puan yang busy..tak pun malas. Gerenti resepi sempoi, cepat masak & cepat makan.


Alkisah, nak cerita pasal chicken patty je pun. Ikutkan aku pun tak tahu apo bondo eh tu chicken patty, dolu-dolu la aku tak tahu tapi lepas aku study pasal diet atkins baru la aku tahu tentang chicken patty ni. Kali ni aku nak share resepi versi aku, versi lain-lain lantak deme la kan. Bila masuk dapur, mata aku selalu jeling-jeling tin Bio Protein Cosway adik perempuan comel aku bagi. Katanya dia tak nak coz rasa soya, katanya.. Bila dah katanya begitu, den pun terus tak rasa nak guna untuk masak coz den pun tak gomar bonar rasa soya.




Nak dijadikan cerita, cewah. Aku nak lunch, gas kat dapur pun habis. Suami kerja, aku bukannya rajin sangat nak pergi kedai kasi settle bab-bab tong gas yang abis gas ni sampai settle. Ok, berfikir luar kotak jom..haha.. Aku ambil rice cooker, jom masak scrambled egg dan chicken patty guna rice cooker. Nampak tak, cepat kan. Selain tu, aku tak guna blender untuk kisar isi ayam nak jadikan chicken patty ni. Nak tahu sebabnya, kalau setakat nak makan sorang, buat lambat je kisar isi ayam guna blender coz buang masa je nak keluarkan isi ayam yang sedikit tu dari blender dan dicelah-celah bilah blender yang tajam tu. Lagipun isi ayam akan halus sangat kalau kisar guna blender dan akan lembik untuk dibentuk menjadi bulat nanti. Cara lain, guna lesung batu, hihi..


Ok, cuba ye resepi ni..confirm tak rasa soya. Aku buat dapat 2 keping. 1 keping lagi aku simpan dalam peti sejuk dan goreng untuk suami aku makan lepas dia balik kerja untuk rasa sebab ni aku punya 1st try. Suami aku makan sambil layan bola harimau lawan gajah. Rilex je dia makan, tak ada sebut rasa soya atau rasa lain pun. Aku tanya dia, ada rasa soya tak, dia cakap tak. Aku cakap pada dia guna Bio Protein Cosway. Dia cakap ingatkan guna tepung biasa. Kesimpulannya Bio Protein Cosway tu sesuai digunakan untuk ganti tepung bagi korang yang buat Diet Atkins. Chicken patty ni sungguh enak dimakan begitu saja..ooo..makan waktu masih panas..yummy..


Homemade Chicken Patty with Bio Protein


Chicken Patty.

Tumbuk 15 biji lada hitam.
Masukkan 1 ketul ayam bahagian isi (dipotong nipis +-1cm) & sedikit garam.
Tumbuk (tak perlu hancur sangat).
Keluarkan & masukkan ke dalam bekas.
Masukkan 1/2 bawang besar (dipotong dadu) & 1 scoop Bio Protein Cosway.
 Masukkan sedikit air, kacau & bentukkan seperti daging burger.
Panaskan sedikit sahaja minyak & goreng.

  

Friday 19 December 2014

10 Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?


1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?


2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.


4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?


5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?


6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)


8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.


9. Roti Manis dan Do
nut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.


10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!


Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.


Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!


Info dari Kevin Zahri