Showing posts with label healthy recipe. Show all posts
Showing posts with label healthy recipe. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

Chicken Patty


Ada sesiapa yang lama tak masuk dapur tak? Masuk dapur kat sini bukan setakat ko gi masuk dapur atau lalu sepantas kilat ke dapur pastu ko berlari-lari anak ke ruang tamu lepas ambil air kosong semata-mata ko nak tengok drama korea ulangan kat Channel One HD..heee.. Masuk masak la weh. Jangan risau, sesape yang selalu baca blog aku mesti tahu resepi yang aku akan share memang sangat sesuai untuk awek-awek, cik-cik, puan-puan yang busy..tak pun malas. Gerenti resepi sempoi, cepat masak & cepat makan.


Alkisah, nak cerita pasal chicken patty je pun. Ikutkan aku pun tak tahu apo bondo eh tu chicken patty, dolu-dolu la aku tak tahu tapi lepas aku study pasal diet atkins baru la aku tahu tentang chicken patty ni. Kali ni aku nak share resepi versi aku, versi lain-lain lantak deme la kan. Bila masuk dapur, mata aku selalu jeling-jeling tin Bio Protein Cosway adik perempuan comel aku bagi. Katanya dia tak nak coz rasa soya, katanya.. Bila dah katanya begitu, den pun terus tak rasa nak guna untuk masak coz den pun tak gomar bonar rasa soya.




Nak dijadikan cerita, cewah. Aku nak lunch, gas kat dapur pun habis. Suami kerja, aku bukannya rajin sangat nak pergi kedai kasi settle bab-bab tong gas yang abis gas ni sampai settle. Ok, berfikir luar kotak jom..haha.. Aku ambil rice cooker, jom masak scrambled egg dan chicken patty guna rice cooker. Nampak tak, cepat kan. Selain tu, aku tak guna blender untuk kisar isi ayam nak jadikan chicken patty ni. Nak tahu sebabnya, kalau setakat nak makan sorang, buat lambat je kisar isi ayam guna blender coz buang masa je nak keluarkan isi ayam yang sedikit tu dari blender dan dicelah-celah bilah blender yang tajam tu. Lagipun isi ayam akan halus sangat kalau kisar guna blender dan akan lembik untuk dibentuk menjadi bulat nanti. Cara lain, guna lesung batu, hihi..


Ok, cuba ye resepi ni..confirm tak rasa soya. Aku buat dapat 2 keping. 1 keping lagi aku simpan dalam peti sejuk dan goreng untuk suami aku makan lepas dia balik kerja untuk rasa sebab ni aku punya 1st try. Suami aku makan sambil layan bola harimau lawan gajah. Rilex je dia makan, tak ada sebut rasa soya atau rasa lain pun. Aku tanya dia, ada rasa soya tak, dia cakap tak. Aku cakap pada dia guna Bio Protein Cosway. Dia cakap ingatkan guna tepung biasa. Kesimpulannya Bio Protein Cosway tu sesuai digunakan untuk ganti tepung bagi korang yang buat Diet Atkins. Chicken patty ni sungguh enak dimakan begitu saja..ooo..makan waktu masih panas..yummy..


Homemade Chicken Patty with Bio Protein


Chicken Patty.

Tumbuk 15 biji lada hitam.
Masukkan 1 ketul ayam bahagian isi (dipotong nipis +-1cm) & sedikit garam.
Tumbuk (tak perlu hancur sangat).
Keluarkan & masukkan ke dalam bekas.
Masukkan 1/2 bawang besar (dipotong dadu) & 1 scoop Bio Protein Cosway.
 Masukkan sedikit air, kacau & bentukkan seperti daging burger.
Panaskan sedikit sahaja minyak & goreng.

  

Thursday, 20 February 2014

Murtabak Mini


Resepi murtabak mini sempoi & masak cepat. Tak perlu nak list senarai bahan-bahannya kan sebab semua kat sini dah otai-otai belaka, so kita terus baca cara nak masak ye. So korang boleh imagine siap-siap senang ke susah nak masak. Iolss dah google resepi-resepi yang seangkatan dengannya tapi ni resepi murtabak mini yang dah edit hehe..



Kuah bawang : 

Hiris nipis 1 biji bawang besar.
Masukkan 5 sudu besar cuka makan
Masukkan 1-2 sudu besar gula,
Masukkan secubit garam & sedikit pewarna merah.
Gaul rata & ketepikan.



Murtabak mini:
  • Tumbuk 2 ulas bawang putih, 1 inci halia & 5 biji cili padi.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
  • Masukkan 2 sudu besar rempah kari & 1 sudu besar rempah kurma (bancuh dengan air), kacau & biarkan hingga pecah minyak.
  • Masukkan 1 mangkuk daging/ ayam (potong dagu), 2 biji kentang (potong dadu), sedikit air & biarkan daging masak.
  • Masukkan garam secukup rasa, secubit gula & kacau sebati.
  • Masukkan 2 biji bawang besar (potong dadu), 1 mangkuk kobis (potong halus), sedikit daun sup (dicincang), kacau & biarkan masak.
  • Angkat & ketepikan.
  • Pecahkan 2 biji telur ke dalam inti tadi & kacau sebati.
  • Sediakan kulit popia, masukkan inti, lipat 4 segi & goreng hingga garing.


Wednesday, 19 February 2014

Sardine Foldover



Sardine Foldover

 Panaskan butter, tumis 2 biji bawang putih & 2 biji bawang besar hingga wangi.
Masukkan sardin (tin kecil), 2/3 cawan air, sedikit garam & lada hitam.
Biarkan mendidih & ketepikan.
Rebus 8 kuntum brokoli, 8 kuntum bunga kobis, sedikit garam.
Biarkan mendidih, toskan & ketepikan.
Pukul 1 biji telur, panaskan butter & goreng macam telur dadar.
Letak salad, timun, 1/6 bahagian sardin, brokoli, bunga kobis & lipat.
 Letak sos dia atas lipatan telur.


* Untuk atkins, guna sos buatan sendiri (bwg putih, cili hidup, garam, p3, asam keping)

  

Thursday, 7 November 2013

Laksa Kedah


laksa@jeti kilim, langkawi.. sangat sedap..


Sejak dah besar ni pertama kali masak Laksa Kedah dulu 26 Jun 2012. Nak masak lagi kali ni dah lupa resepi hehe.. Tapi sejak balik bercuti dengan keluarga MIL di Langkawi ni teringat-ingat Laksa Kedah di Jeti Kilim, Langkawi. Alhamdulillah.. rezeki saya, suami & min, 3 mangkuk akhir laksa untuk hari tu kat kedai makan akak tu. RM 3.50 semangkuk & memang sedap. Masuk je pejabat semalam saya rasa macam nak masak laksa sendiri sebab selalunya nak makan mak yang masakkan. Dah lama tak makan laksa kedah yang kaw & menepati tekak orang Kedah yang sorang ni sejak duduk di Nogori 9. Saya pun buka blog > new post & tangan dah siap sedia nak taip resepi..


Anak : Hello mak.. lapar laksa laaa..
Mak : Nah salin resepi.. nak buat bila..
Anak : (tup tap tup tap taip resepi yang mak bagi..) malam ni kot kalau rajin..
Mak : ok..

..dah letak telefon.. 1 minit lepas tu..

Mak : Hello.. mai sini (melaka) la MAK BUAT..
Anak : Hehehe.. ok mak..


..awal pagi keesokan harinya..

Mak : Hello.. jadi kan mai sini.. mak buat laksa..
Anak : Jadi mak.. hehe..



Resepi laksa yang mak bagi & saya olah supaya sesuai dengan mereka yang tengah diet atkins
- Rebus 5 ekor ikan kembung bersama 4 keping asam keping & sedikit garam
- Tapis ikan & ketepikan air rebusan ikan & asam keping
- Asingkan isi & tulang ikan
- Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi & masukkan ke dalam periuk
- Kisar kepala ikan & tulang tengah ikan bersama air rebusan tadi, tapis & masukkan ke dalam periuk
- Mesin 10 biji cili kering yang telah direbus, 10 ulas bawang merah, 1/2 inci belacan (diet atkins gantikan dengan ikan bilis) & masukkan ke dalam periuk
- Masukkan asam keping tadi, 1 ikat daun kesum, 1 kuntum bunga kantan, sedikit garam, serbuk perasa (jika suka) & biarkan mendidih
 -Rebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu hingga lembut
- Hidangkan laksa (diet atkins gantikan dengan mee shirataki/ laksa bio protein) bersama hirisan telur, timun, bawang besar & salad.


Wednesday, 23 October 2013

Spinach Omelette


Spinach Omelette

Pukul 2 biji telur.
Masukkan bayam, garam, lada hitam, mayonis (kewpie).
Panaskan butter.
Goreng macam telur dadar.
Makan bersama salad, timun, bunga kobis, brokoli & sos black paper.


Tuesday, 22 October 2013

Chicken Foldover


Chicken Foldover

Pukul 2 biji telur, panaskan butter & goreng macam telur dadar.
 Panaskan butter, goreng isi ayam/ daging/ inti yang lain, garam & lada hitam.
Sapu sedikit sos (buat sendiri, bwg putih, cili hidup, garam, p3, asam keping)
pada sebelah bahagian telur.
Letak salad, timun, inti tadi, sos, mayonis (kewpie) & lipat.

 

Wednesday, 9 October 2013

Vege Egg Pizza



Vege Egg Pizza

Panaskan butter, pukul 2 biji telur & goreng macam telur dadar.
Goreng ikan bilis & bwg besar potong dadu.
Rebus brokoli & bunga kobis.
Sapu sedikit sos (buatan sendiri guna p3) pada telur.
Tabur salad, timun, ikan bilis goreng & bwg besar/ inti yang lain, brokoli, bunga kobis, letak mayonis (kewpie), sos & lada hitam.


Thursday, 5 September 2013

Menu Sihat : Scrambled Egg




Scrambled Egg

Panaskan sedikit mentega.
Tumis 1/2 biji bwg besar potong dadu sampai wangi.
Masukkan 2 biji telur, 1 kpg cheddar cheese, sedikit garam, lada hitam, kacau sampai hancur & sebati.
Makan bersama salad & timun.


Wednesday, 26 September 2012

Mee wholemeal bersama cendawan dan sayur campur


Bahan-bahannya :
1 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih
3 ulas cili padi
1 keping fish cake
2 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk tumix
2 sudu besar sos tiram
1 batang karot (*karot cina@Tesco coz rangup & manis)
1 kuntum bunga kobis
2 batang jagung muda
2 kepolak sawi putih
5 keping cendawan tiram
1/2 keping mee wholemeal kering

Cara-caranya :
Rebus mee wholemeal, tos & ketepikan.
Panaskan minyak zaitun.
Tumis bawang putih, cili padi, fish cake & kacau sehingga naik bau.
Masukkan air, serbuk lada hitam, serbuk tumix, sos tiram & biarkan mendidih.
Masukkan karot, bunga kobis & biarkan empuk.
Masukkan jagung muda, sawi putih, cendawan tiram & biarkan sebentar.
Hidangkan bersama mee wholemeal yang telah direbus.