Tuesday 10 January 2012

Tips Memilih Pakaian Bagi Wanita Berbadan Besar


Setiap wanita ingin tampil cantik dan menarik dalam penampilan. Bentuk tubuh badan yang kurus, ramping dan langsing menjadikan penampilan lebih menarik dan berkeyakinan dalam menggayakan fesyen yang digemari. Walaubagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai bentuk tubuh badan yang ideal.


Wanita yang tergolong di kalangan mereka yang berbadan besar sering menghadapi masalah dalam memilih pakaian yang cantik & sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun majlis-majlis tertentu seperti makan malam, majlis pertunangan, majlis perkahwinan & sebagainya. Ini adalah disebabkan mereka merasa kurang yakin dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan & kebanyakan pakaian yang cantik di pasaran di reka untuk wanita yang kurus, ramping dan langsing.


Berikut adalah 6 tips memilih pakaian bagi wanita berbadan besar yang Butik Larra ingin kongsikan sebagai panduan memilih pakaian agar anda juga boleh tampil cantik & bergaya ke mana saja yang anda inginkan. Buangkan rasa rendah diri yang sering menghantui fikiran & gayakan pakaian anda dengan yakin.



Pertama
Pilih pakaian berwarna gelap atau corak pakaian yang agak gelap seperti warna hitam, kelabu gelap, biru gelap, ungu gelap & sebagainya supaya bentuk tubuh yang sedikit berisi dapat disamarkan atau disembunyikan oleh warna pakaian tersebut.


Kedua
Pilih pakaian yang sedikit longgar untuk mengimbangi bahagian perut, belakang & lain-lain yang sedikit berisi. Memilih pakaian yang ketat untuk digayakan tidak akan sesekali membuatkan anda kelihatan kecil sebaliknya ia akan mengundang pandangan yang kurang selesa dari orang ramai. Anda juga tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu besar sehingga menampakkan anda lebih besar daripada biasa.


Ketiga
Pilih pakaian dengan motifnya garis yang menegak atau corak bunga kecil untuk menampakkan anda sedikit langsing & elakkan memakai pakaian dengan motif garis melintang yang akan membuatkan badan anda kelihatan lebih lebar. Motif berkotak juga boleh digayakan mengikut potongan pakaian yang sesuai.


Keempat
Pilih blazer, jaket atau cardigan dengan potongan yang sesuai untuk digayakan bagi menutupi kekurangan di bahagian perut anda.


Kelima
Pilih seluar dengan potongan straightcut atau yang sesuai dengan kaki anda. Hindari seluar dengan potongan bahagian bawah yang mengecil atau street seperti trend celana pencil kerana ia akan membuatkan anda kelihatan rendah.


Keenam
Pilih aksesori sesuai untuk digayakan bersama dress, skirt dan seluar seperti tali pinggang. Pemilihan tali pinggang yang halus dan nipis serta berantai-rantai dengan saiz yang tidak terlalu besar melebihi satu inci dan terletak pada bahagian pinggul amat sesuai digayakan.