Setiap wanita ingin tampil cantik dan menarik dalam penampilan. Bentuk tubuh badan yang kurus, ramping dan langsing menjadikan penampilan lebih menarik dan berkeyakinan dalam menggayakan fesyen yang digemari. Walaubagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai bentuk tubuh badan yang ideal.
Wanita yang tergolong di kalangan mereka yang berbadan besar sering menghadapi masalah dalam memilih pakaian yang cantik & sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun majlis-majlis tertentu seperti makan malam, majlis pertunangan, majlis perkahwinan & sebagainya. Ini adalah disebabkan mereka merasa kurang yakin dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan & kebanyakan pakaian yang cantik di pasaran di reka untuk wanita yang kurus, ramping dan langsing.
Berikut adalah 6 tips memilih pakaian bagi wanita berbadan besar yang Butik Larra ingin kongsikan sebagai panduan memilih pakaian agar anda juga boleh tampil cantik & bergaya ke mana saja yang anda inginkan. Buangkan rasa rendah diri yang sering menghantui fikiran & gayakan pakaian anda dengan yakin.
Pertama
Pilih
pakaian berwarna gelap atau corak pakaian yang agak gelap seperti warna
hitam, kelabu gelap, biru gelap, ungu gelap & sebagainya supaya
bentuk tubuh yang sedikit berisi dapat disamarkan atau disembunyikan
oleh warna pakaian tersebut.
Kedua
Pilih
pakaian yang sedikit longgar untuk mengimbangi bahagian perut, belakang
& lain-lain yang sedikit berisi. Memilih pakaian yang ketat
untuk digayakan tidak akan sesekali membuatkan anda kelihatan kecil
sebaliknya ia akan mengundang pandangan yang kurang selesa dari orang
ramai. Anda juga tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu besar
sehingga menampakkan anda lebih besar daripada biasa.
Ketiga
Pilih
pakaian dengan motifnya garis yang menegak atau corak bunga kecil untuk
menampakkan anda sedikit langsing & elakkan memakai pakaian
dengan motif garis melintang yang akan membuatkan badan anda kelihatan
lebih lebar. Motif berkotak juga boleh digayakan mengikut potongan
pakaian yang sesuai.
Keempat
Pilih blazer, jaket atau cardigan dengan potongan yang sesuai untuk digayakan bagi menutupi kekurangan di bahagian perut anda.
Kelima
Pilih
seluar dengan potongan straightcut atau yang sesuai dengan kaki anda.
Hindari seluar dengan potongan bahagian bawah yang mengecil atau street
seperti trend celana pencil kerana ia akan membuatkan anda kelihatan
rendah.
Keenam
Pilih aksesori sesuai untuk digayakan bersama dress, skirt dan seluar seperti tali pinggang. Pemilihan tali pinggang yang halus dan nipis serta berantai-rantai dengan saiz yang tidak terlalu besar melebihi satu inci dan terletak pada bahagian pinggul amat sesuai digayakan.
Keenam
Pilih aksesori sesuai untuk digayakan bersama dress, skirt dan seluar seperti tali pinggang. Pemilihan tali pinggang yang halus dan nipis serta berantai-rantai dengan saiz yang tidak terlalu besar melebihi satu inci dan terletak pada bahagian pinggul amat sesuai digayakan.
No comments:
Post a Comment