Showing posts with label being healthy. Show all posts
Showing posts with label being healthy. Show all posts

Tuesday, 1 May 2018

Resepi Menu Sihat


Sarapan

Egg Scrambled
Chicken Foldover
Spinach Omelette
Sardines Foldover


Menu Diet : Makan Tengah Hari

                     Laksa Kedah                                       Chicken Patty




Friday, 9 January 2015

Week 1 : Yes!!! Berjaya elak nasi!!!


Assalamualaikum


Alhamdulillah..hari ni hari penimbangan SZ IW Challenge untuk Week 1. Pehhh..nama program tak ingat..SZ IW Challenge bagai..haha.. Nama penuhnya Siti Zuridah Ideal Weight Challenge je pun, letak nama aku la tak kan nak letak nama korang lak. Saya budak baru belajar la katakan, banyak lagi yang perlu diperbaiki sebab semua cara dalam challenge ni aku cuba sendiri je ikut tekak dan keadaan diri aku tanpa merujuk mana-mana pakar pemakanan, hanya belajar sendiri dari kawan-kawan, google, facebook, instagram dll sebab aku banyak masa nak belajar..haha.. Apa guna kawan dan teknologi kalau tak guna..ye dak. Kalau ada yang nak bagi nasihat, petua, cadangan dll aku terima dengan gembiranya..pm atau wassup je ok.


Hari ni aku nak tulis tentang Week 1, apa yang aku plan untuk belajar ubah dari kebiasaan tentang cara pemakanan aku, cabaran yang aku hadapi, keputusan yang dinanti-nantikan dan perubahan apa yang aku rasa dalam minggu ni sebagai rujukan aku di masa akan datang. Kalau ada sesape nak ikut tu boleh, cuma biarlah sesuai dengan cara hidup dan keadaan badan masing-masing sebab jangan sampai rasa terpaksa, mesti tak happy macam tu. Jangan tanya aku ni kali yang ke berapa aku diet, tidakkk aku dah fobia nak panggil ianya diet sebab sebelum-sebelum ni diet aku nan hadooo..tak ado yang berjaya, ada yang berjaya tapi tak kekal so anggap je la tak berjaya senang citer. Nak puaskan hati..aku anggap je la ubah cara makan bukan diet.


Plan

Beberapa menu Week 1


Minggu ni biasa la minggu pertama mula, mesti semangat tu lebih sikit..hehe.. Apa yang aku plan, malam-malam aku plan tau apa nak makan esoknya..gigih..haha..kalau tak plan mesti ngelat punyalah. Minggu ni aku nak ubah kebiasaan aku dari tak minum air putih langsung lepas bangun tidur ke minum air putih lepas bangun tidur sebagai permulaan. Air putih tak sedap pagi-pagi..tah kenape tah..macam pahit je haha.. Aku bukan seorang yang rajin minum air putih sebelum ni walaupun aku tahu kebaikan minum air putih yang cukup untuk badan kita. Dulu, aku akan minum air banyak lepas balik dari site tengok projek, tu pun sebab panasss kan. Plan permulaan aku hanyalah 2 liter minum air putih.


Kemudian, peminat nasi lemak dan roti canai tegar sebagai sarapan boleh dikatakan macam selang sehari menu-menu tu kepada menu yang tekak aku kata tidakkk sebelum ni, yeah..ianya oat. Tengah hari pula plan nak elakkan nasi. Nasi..ok aku tahu diet seimbang boleh makan nasi dengan kuantiti 1 genggam tangan kita, 1 cawan atau agak-agak la 1/4 pinggan. Aku saja nak cabar diri aku sendiri dengan cuba elakkan nasi dalam challenge ni dengan tambah serta pelbagaikan sayur-sayuran. Dah 30 tahun lebih makan nasi kan.


Cabaran

Antara cabaran minggu ni adalah nasi. Nasi..oh makan nasi memang best kan, bukan nasi tu yang sedap, lauk-pauk tu yang buatkan nasi bertambah-tambah aku makan. Cuba makan nasi kosong tak bertambah kan. Hati kecik cakap eh bertambah ni makan, perut yang besar lak cakap tak pe esok..lusa..tulat..tungging la diet. Sebut pasal nasi, bukan salah nasi aku tak nak makan, salahnya diri aku sendiri yang tak yakin aku boleh makan nasi dengan kuantiti yang sepatutnya sebab aku memang makan bertambah tak ingat bila suami dan mak aku dan mertua aku masak..bila suami aku ajak makan nasi sama-sama ataupun suami aku makan nasi sorang diri..bayangkan macam mana nasi suami aku boleh masuk mulut aku lagi banyak dari mulut dia..haaa kan..susah tak macam tu nak diet. Baik aku tak yah makan nasi langsung dalam challenge ni senang citer lak. 


Awal-awalnya memang la susah nak hadapi perubahan, isteri kan kena teman suami makan nasi..tak ke meleleh air liur si isteri yang nak elak nasi sedang teman suami makan nasi. Pada mulanya aku tabahkan hati..terkebil-kebil mata aku minta simpati nak nasi..haha..konon..bila tengok suami makan nasi, lepas tu aku dah pandai sikit, sebelum suami makan nasi..tadaaa dah siap scrambled egg aku sebagai ganti nasi, so kita enjoyyy..makan nasi scrambled egg aku dengan lauk-pauk biasa..tak de hal lah. Cabaran lain adalah waktu nak elak nasi lemak tapi suap nasi lemak pada suami waktu suami tengah drive, lagi mencabar tekak. Bayangkan aroma nasi lemak dalam kereta. Apa yang penting, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan apa yang kita boleh makan sebelum ianya berlaku. Dah tahu nak elak nasi lemak yang gi beli nasi lemak je ape hal. Beli la kuih sikit. Bukan tak leh makan yang lain..haha.. Nak puaskan hati, aku makan la sambal sikit dengan telur dan timun..tadaa kenyang & senang hati aku. Macam tu la aku belajar elak.


Keputusan

Carta Week 1


Keputusan minggu 1 aku happy sebab berjaya turunkan 2 kg. Rujuk menu kat entry sebelum ni ye. Boleh ubah dari kebiasaan rupanya, ingatkan tak boleh..hehe.. Nak dengan tak nak je kan. Bila nak semuanya senang je nak ikut, bila tak nak tu macam-macam alasan..aku le tu bukan orang lain..hehe.. Semangat sebab baru mula ek..emmm boleh di terima pakai juga tu..haha..


Perubahan

Perubahan yang aku rasa minggu ni adalah badan aku rasa ringan sikit, dagu berlapis aku macam dah makin berkurang. Hari-hari aku pegang dagu dan tengok cermin nak tengok dagu berlapis ke tak lagi je pun, tempat lain tak kisah sangat..haha..biasa la dah 30 tahun lebih tak pernah tengok dagu dan rahang sendiri tanpa kuih lapis..teringin weh. Perut lak selesa dan tak mengah atau sebu macam sebelum ni. Aku makin happy dengan perubahan ni sebab badan aku rasa sihat. Apapun alhamdulillah aku berjaya elak nasi dan semoga usaha aku berterusan. Amin.


Thursday, 8 January 2015

Week 1 : Menu & Result


 


 


 


 


 


 


 


 


Friday, 19 December 2014

10 Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?


1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?


2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.


4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?


5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?


6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)


8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.


9. Roti Manis dan Do
nut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.


10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!


Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.


Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!


Info dari Kevin Zahri


Wednesday, 4 September 2013

DA - Masalah & Cara Penyelesaian


Assalamualaikum w.b.t


Apapun yang kita nak buat kena study dulu kan walaupun sikit ke banyak ke ilmu yang kita dapat tak kisah janji ada ilmu. Lepas 2 hari study tentang Diet Atkins ni, hati berbunga-bunga cauliflower.. haha.. bunga kobis la.. gumbira sebab menu-menu yang otai-otai DA share memang nampak sedap & memang diakui sah sedap sebab aku dah cuba masak menu 1st aku di hari 1st DA.. haha. egg scrambled je pun. Tunggu next entry tentang menu DA ok. Hari ni aku nak senaraikan dulu masalah yang membantutkan proses diet aku, korang aku tak tahu & cara penyelesaiannya.


(1.)
Masalah : Nak makan nasi atau bubur
Penyelesaian : Guna cauliflower masak nasi goreng atau bubur


(2.)
Masalah : Nak makan bihun goreng
Penyelesaian : Guna shirataki goreng atau masak berkuah


(3.)
Masalah : Nak makan roti
Penyelesaian : Guna flaxseed buat roti
 

 (4.)
Masalah : Nak minum sirap atau craving benda manis
Penyelesaian : Guna pal seweet dalam minuman


(5.)
Masalah : Nak makan cucur, mee, fish ball, nugget, keropok lekor dll
Penyelesaian : Buat sendiri guna bio protein cosway/ organik


(6.)
Masalah : Suka makan kicap
Penyelesaian : Guna kicap Mudim, Kedah mari ;)


(7.)
Masalah : Nak makan sos
Penyelesaian : Buat sos sendiri yang kurang gula


(8.)
Masalah : Nak makan salad dengan mayonis
Penyelesaian : Guna mayonis kewpie


Kesimpulannya, nak amalkan DA ni kena rajin lah sikit kalau tak banyak pun ye tuan-tuan & puan-puan sebab kebanyakkan menu-menu di luar sana tidak berapa sesuai untuk Atkiners sebab sah-sah banyak pewarna, pengawet, gula dll yang tak sesuai untuk dimakan dalam masa Induction ni ok. Tapi banyak juga kebaikannya, boleh jadi kreatif masak.. haha.. kreatif lah sangat, boleh jimat minyak sebab tak perlu gi kedai tapau makanan & sah-sah jimat belanja beli makanan yang mahal tapi tak sedap mana pun


p/s : Nanti kalau rajin aku update harga barang ok ;)


Kelab Diet Atkins Malaysia


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni aku tahu tentang kewujudan satu kelab diet ni di Fb, tu pun kakak aku yang add.. closed group. Aku memang tak tahu menahu eh betul ke ayat aku ni, aku memang tak tahu langsung ada juga kelab & jenis diet yang tertentu.. hehe.. sebelum ni aku belasah je diet sendiri. Eh jangan cakap tak turun, turun ok tapi tak la memberansangkan sangat keputusannya sebab empunya diri pun tak la berapa nak berdisiplin sangat.. hew hew..


Kelab yang aku maksudkan ialah Kelab Diet Atkins Malaysia. Lepas aku study sikit tentang diet ni, aku rasa sesuai untuk aku, untuk orang lain aku tak pasti. Tanya diri hiasi peribadi. Ok tak ada kena mengena. Ada yang positif ada yang negatif tentang Diet Atkins ni. Yang negatif tak perlu komen sebab yang pastinya bukan datang dari kelab ni, so hanya fikir yang positif je ok. Terpulang pada diri masing-masing nak nilaikan ke, nak ikut ke, tak nak ikut ke.. sebab tak ada orang ajak masuk kelab pun, tak ada orang suruh diet.. haha.. diri sendiri yang buat keputusan ok. So, ikut & diet la ikut keadaan tubuh badan sendiri ok, peace no war.. ;)





Tentang Diet Atkins

Diet Atkins (DA) diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Kalau korang yang perkenalkan mungkin nama korang la kat belakang tu.. haha. Ianya sejenis corak pemakanan untuk bantu sesiapa je yang nak kurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) & lemak di dalam badan. Dengan kurangkan & hadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang & gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan akan mula menyusut.

Atkins Nutritional Approach (ANA) ada 4 peringkat utama yang perlu diikuti. Sila berdisiplin & berdedikasi ye. 4 peringkatnya ialah :-
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan & berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan).
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance


Phase 1 : Induction
Induction peringkat penting sekali dalam DA. Permulaan nak ubah cara pemakanan kita yang berbeza dengan apa yang kita makan selama ini. Tempoh masa 2 minggu hingga 6 bulan atau hingga 2 tahun, ikut keadaan kesihatan & berat badan sendiri ok. Had 20 gram karbohidrat dalam tempoh induction untuk pastkan badan kita membakar lemak & bukannya glukosa. Biasanya badan akan bakar glukosa dulu sebelum lemak, so lemak yang diternak sebelum-sebelum ni tak ke mana weh. So, kalau had 20 gram je, stok glukosa dalam badan akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Lepas tu baru badan bakar lemak. Cayalah..


Elakkan
  1. Nasi, mee, bihun, laksa, spagetti & yang sekumpulan dengannya
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar & yang sekumpulan dengannya
  3. Gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula & yang bergula tinggi
  4. Buah-buahan
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, minuman bergas & kopi
  6. Snek, biskut manis, jeruk
  7. Kekacang
  8. Makanan berproses seperti burger, kentang goreng, hotdog, bebola ikan, bebola sotong
  9. Tepung, kek, biskut, kuih-muih
  10. Sos & kicap



Makan
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay & digoreng tanpa tepung
  2. Ikan - steam, bakar, sup & digoreng tanpa tepung
  3. Daging - panggang, steak, bakar, sup & satay
  4. Udang - bakar, tom yam & goreng
  5. Sayur - kailan, sawi, bayam, salad, timun
  6. Keju - cheddar, mozarella & parmesan (2-3 keping / hari)
  7. Air kosong - 25 kg berat badan = 1 liter
  8. Supplement & vitamin - spirullina & multivitamin


Perhatian
  • Makan 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari & makan malam atau 4-5 kali sehari dalam portion kecil.
  • Makan 20 gram karbohidrat sahaja sehari
  • Gunakan rempah ratus asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan
  • Makan malam sebelum pukul 9.00 malam
  • Minum air secukupnya ikut berat badan
  • Lakukan aktiviti mengeluarkan peluh atau senaman 

Wednesday, 15 May 2013

Jom Makan untuk Mata Sihat


Aku sayang mata aku. Tetiba teringat pujian first aku pada gambar first aku n fz lepas balik first date dulu. Amek kau semua first. Pujian pun dalam phone je lah, mana mungkin puji live. Perempuan melayu terakhir mestilah pemalu kan. Aku kata "mata awak cantik.." hahaha.. dah tak tau nak kata apa kan.. nampak tak aku suka tengok mata orang. Dah pecah rahsia zaman cintan-cintun. Patutlah orang dolu-dolu kata dari mata turun ke hati.. hehe.. turun la sangat. Kalau tak turun, mana mungkin akan berjodohan.. cewahhh..


  1st pic on 1st date ^_,^


Sebut tentang mata lagi, aku hanya boleh fikir tentang karot je. Rupa-rupanya banyak lagi makanan yang boleh kita ambil untuk kesihatan mata kita. Penting tau mata kita. Semua orang sayang mata masing-masing kan. Mata ni organ tubuh yang penting dan bernilai. Sejak akhir-akhir ni, mata aku sangat tidak selesa.. huhu.. rasa kering, letih, berat & tak selesa nak pandang sampai kadang-kadang macam jadi sakit kepala. Oh my eyes !!! Kenapa jadi macam ni? Tell me why why why? Hehe.. tak payah tell sangat la, dah tahu kenapa :p


Antara sebab musabab mata aku letih adalah kerana salah diri sendiri seperti berikut :-
  1. Pagi, 9.30 sampai petang, 5.30 mata banyak mengadap laptop je di office. Mengadap Excell & Adobe Photoshop di samping software-software lain mengalahkan akauntan & designer.
  2. Terlebih semangat & kerajinan update blog & facebook demi Butik Larra. Nak buat macam mana dah suka, dah minat & sayanggg BL.
  3. Kurang minum susu, makan sayur-sayuran  & buah-buahan sebab terlebih "rajin" nak masak, so banyak makan makanan segera lagi ringkas yang diakui kurang item yang aku sebut tadi tu.
  4. Siang mengantuk malam berjaga. Masalahnya aku siang tak mengantuk malam pun sama. Tidur lewat. 2.00 am++ !!!
  5. Dah masuk tidur nak mengadap iPad lak mengalah menteri untuk update To Do List, Expenditure & macam-macam bagai.
  6. Buat tak peduli je kat supplement yang berbotol-botol kat rumah. Sedar-sedar dah expired. Rasa macam nak lempang diri sendiri sebab membazir. 


Jalan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan mata letih aku seperti berikut :-
  1. Sila rehatkan mata 5-10 minit setiap jam.
  2. Sila update blog & facebook Butik Larra hanya pada masa yang ditetapkan.
  3. Sila rajinkan diri untuk masak atau beli, tapi ada sayur-sayuran & buah-buahan.
  4. Sila tidur awal !!! Titik.
  5. Sila update To Do List, Expenditure & macam-macam bagai sebelah pagi.
  6. Sila habiskan supplement yang ada.


opisku rumahku..prepare b/fast kat opis..susu, karot, telur baik untuk mata ok


Makanan yang baik untuk kesihatan mata :-
  • Karot (Lobak Merah)
  • Brokoli
  • Telur
  • Bayam
  • Kobis
  • Tomato
  • Biji bunga matahari
  • Bawang putih
  • Salmon


Monday, 1 October 2012

Eat Right For Your Type



Diet Untuk Darah O


Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan kamu lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur &  kacang namun menghindari produk susu & gandum. Hadkan pengambilan buah-buahan. Hindari semua jenis bijirin, pasta & nasi termasuk sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan & kentang. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus.

Friday, 14 September 2012

Mari belajar kira keperluan kalori harian

Hari ni kita belajar tentang kalori ok. Aku tahu korang mesti sibuk nak cari maklumat ataupun baca tentang maklumat pemakanan ni, so aku cari & cerita pada korang bagi korang senang faham sikit ok. Tapi kalau maklumat yang aku sampaikan ni salah atau diragui, sila rujuk pada yang pakar ok.. coz aku QS bukan pakar pemakanan.. hahaha..

tak dapat der timbang makanan untuk dapatkan jumlah kalori : P


Apa itu Kalori?
Kalori tu ukuran unit tenaga untuk makanan (1 kalori = 4 joules). Kita dapat kalori tu dari sumber-sumber utama dalam makanan seperti karbohidrat, protein & lemak dalam makanan yang kita makan. Kita makan untuk dapatkan khasiat bagi badan kita & yang paling penting untuk dapatkan kalori yang akan kita guna untuk lakukan aktiviti harian kita, membolehkan anggota luaran & dalaman kita berfungsi juga untuk kita bernafas kerana setiap pergerakan memerlukan kalori.

Bagaimana kalori pengaruhi pertambahan & penurunan berat badan?
Ramai orang tak sedar, buat-buat tak sedar atau tak tahu langsung apa aku cuba sampaikan ni hahaha.. Kalori boleh buat badan kita bertambah atau membesar bagai johan & kurangkan berat badan kita macam yang kita selalu imagine.. (slim melim & gojesss..) hahaha.. 
  • Tenaga & pertambahan berat : Ramai orang bertambah berat badan coz makan lebih dari apa yang badan mereka perlukan & bekalkan terlalu banyak tenaga ke dalam sistem badan mereka. Makanan & tenaga yang lebih ni la bila simpan lama-lama jadi gemuk xtak pun lama-lama jadi bukit.
  • Tenaga & pengurangan berat : Kita (termasuk aku la.. ) boleh kurangkan berat badan dengan mengurangkan makanan & tenaga yang kita perlukan. So sistem badan kita akan gunakan lemak-lemak berlebihan dari zaman dulu-dulu tu dalam aktiviti harian kita.
 
Berapa kalori kita perlukan?
Kita mesti tahu berapa jumlah kalori yang kita perlukan. Tapi sebelum kira jumlah kalori, kita perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah kalori yang badan kita perlukan.
  • Jantina : Lelaki perlu banyak tenaga dari perempuan coz biasalah, diorang kan kerja berat dari kita.
  • Umur : Orang tua perlukan jumlah kalori yang kurang dari orang muda coz kadar metabolisma diorang dah menurun ok.
  • Berat : Lagi berat badan kita lagi banyak kalori yang kita perlukan. Wah!!! aku pun baru tahu ni. Ala.. macam kereta la. 
  • Jumlah Aktiviti : Orang aktif perlukan lebih kalori coz diorang banyak bergerak ok.

Basal Metabolic Rate (BMR)/Kadar Metabolisma Asas
BMR ialah jumlah tenaga yang kita perlukan. Sila tengok formula di bawah.

Lelaki
BMR = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Perempuan
BMR = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun) 

Ok mari kita kira BMR aku..
= 655 + (9.6 x 82) + (1.8 x 156) - (4.7 x 30)
= 655 + 787 + 281 - 141
= 1,582
So, badan aku perlukan 1,582 kalori/hari.

Daily Calorie Requirement (DCR)/Keperluan Kalori Harian
Kita teruskan dengan kira keperluan kalori harian berdasarkan tahap aktif seseorang itu.
  • Banyak Duduk : BMR x 1.2 (tidak bersenam & bekerja duduk)
  • Sedikit Aktif : BMR x 1.375 (jarang bersenam/bersukan 1-3 hari/minggu)
  • Agak Aktif : BMR x 1.55 (kurang bersenam/bersukan 3-5 hari/minggu)
  • Sangat Aktif = BMR x 1.725 (aktif bersenam/bersukan 6-7 hari/minggu)
  • Terlalu Aktif = BMR x 1.9 (kerap bersenam/bersukan & kerja fizikal atau 2x sehari latihan)

Oleh kerana aku QS yang bekerja duduk coz 1 bulan hanya 2 kali pergi meeting.. hahaha.. aku ambil formula Banyak Duduk.. hahaha..

DCR
1.2 x 1,582 = 1,898 kalori/hari.
So, badan aku perlukan 1,898 kalori/hari.