Thursday, 7 November 2013

Atkins Diet Recipe : Laksa Kedah


laksa@jeti kilim, langkawi.. sangat sedap..


Sejak dah besar ni pertama kali masak Laksa Kedah dulu 26 Jun 2012. Nak masak lagi kali ni dah lupa resepi hehe.. Tapi sejak balik bercuti dengan keluarga MIL di Langkawi ni teringat-ingat Laksa Kedah di Jeti Kilim, Langkawi. Alhamdulillah.. rezeki saya, suami & min, 3 mangkuk akhir laksa untuk hari tu kat kedai makan akak tu. RM 3.50 semangkuk & memang sedap. Masuk je pejabat semalam saya rasa macam nak masak laksa sendiri sebab selalunya nak makan mak yang masakkan. Dah lama tak makan laksa kedah yang kaw & menepati tekak orang Kedah yang sorang ni sejak duduk di Nogori 9. Saya pun buka blog > new post & tangan dah siap sedia nak taip resepi..


Anak : Hello mak.. lapar laksa laaa..
Mak : Nah salin resepi.. nak buat bila..
Anak : (tup tap tup tap taip resepi yang mak bagi..) malam ni kot kalau rajin..
Mak : ok..

..dah letak telefon.. 1 minit lepas tu..

Mak : Hello.. mai sini (melaka) la MAK BUAT..
Anak : Hehehe.. ok mak..


..awal pagi keesokan harinya..

Mak : Hello.. jadi kan mai sini.. mak buat laksa..
Anak : Jadi mak.. hehe..



Resepi laksa yang mak bagi & saya olah supaya sesuai dengan mereka yang tengah diet atkins
- Rebus 5 ekor ikan kembung bersama 4 keping asam keping & sedikit garam
- Tapis ikan & ketepikan air rebusan ikan & asam keping
- Asingkan isi & tulang ikan
- Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi & masukkan ke dalam periuk
- Kisar kepala ikan & tulang tengah ikan bersama air rebusan tadi, tapis & masukkan ke dalam periuk
- Mesin 10 biji cili kering yang telah direbus, 10 ulas bawang merah, 1/2 inci belacan (diet atkins gantikan dengan ikan bilis) & masukkan ke dalam periuk
- Masukkan asam keping tadi, 1 ikat daun kesum, 1 kuntum bunga kantan, sedikit garam, serbuk perasa (jika suka) & biarkan mendidih
 -Rebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu hingga lembut
- Hidangkan laksa (diet atkins gantikan dengan mee shirataki/ laksa bio protein) bersama hirisan telur, timun, bawang besar & salad.


No comments:

Post a Comment