Saturday 16 April 2011

Selamat Bertunang Ain

Hari ini hari sabtu ok..

Hari ini dalam sejarah. Hari ini aku & Mr. Fzal sangat rajin. Hari ini kami berdua jadi penunggu pintu Tesco Extra Seremban 2 pagi-pagi buta. Punyalah rajin padahal tak pernah pergi Tesco awal pagi so tak tahu pukul berapa Tesco buka. Tetiba sampai Tesco, pintu belum buka so apalagi Mr. Fzal pun buat latihan poco-poco depan pintu Tesco coz nak ajar aku yang nak belajar menari macam dia gak.. huhu.. tak reti la. Tak kisahlah tak pandai janji niat ikhlas pergi Tesco awal nak beli barang untuk mak ayah di rumah.

Selepas pastikan keperluan mak ayah di rumah dah disediakan. Aku, Mr. Fzal & Min bersiap-siap nak pergi majlis pertunangan anak salah seorang bos aku a.k.a Ain di Kuala Pilah. From Seremban to Kuala Pilah tak adalah jauh sangat, so sampai rumah bos cun-cun time makan. Well.. kita makan dulu.. hehe.. Terbaeeekkk lah menu kat rumah bos. Lepas makan mencuci-cuci mata, bukan cuci dengan air sebab masuk habuk ke hape.. cuci mata usha-usha pelammin & hantaran la der. Emmm i like fresh flower.

Enjoy da pic ya.. :)))








#sirih junjung itewww sangat comelll..

Wednesday 13 April 2011

Restoran Santai, Tesco Seremban





 our lunch today@restoran santai, tesco seremban 2

Tuesday 12 April 2011

Baby tiger Amat masuk STAR Paroi

Hari Isnin yang sibuk ke aku yang sibuk? Tak.. aku saja buat-buat sibuk dengan kerja office yang tak seberapa banyaknya pun. Balik kerja siap-siap nak pergi tengok bola kat STAR Paroi. Selalu pergi berdua je dengan Fzal atau pun kadang-kadang Min ikut. Kali ni pergi dengan family Kak Amy termasuk baby tiger, Amat (haha.. amat pun aku masukkan sekali..) kepunyaan Auni dan Min pun join sekali tengok bola. Kali ni kitorang duduk di grand stand la pula coz dah bosan duduk seat biasa.. hehe.. :))) 


tak ramai sangat penonton..


hai..saya la Amat..



Lepas tengok bola..
aku, Fzal & Min makan char kueh teow..
pastu balik zzzZZZzzz..

:)

Tuesday 5 April 2011

MIIE 11

Malaysia IBS International Exhibition (MIIE) kali ke 3 sedang diadakan mulai hari ini 5-7 April 2011 bertempat di CIDB Convention Centre (CICC), Kuala Lumpur. Dua orang aweks KKMNSSB, qs & eng. dengan perasaan malu-malu malas-malas kucing dengan paksa rela bersama seorang aweks eng. dari AMR Jeli telah turut serta memeriahkan lagi MIIE 11 tahun ni bersama ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) yang telah bertolak awal pagi bersama team CIDB Melaka menaiki bas khas.




A biennial event, yang sebelum ni telah diadakan pada Januari 2009 and was officiated by Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,  the former Deputy Prime Minister of Malaysia juga telah diredah dengan rajin sekali oleh kami, coz kami bawa ahli-ahli PKMMNS lah, so dah jadi acara wajib dong tiap kali tahun ganjil. MIIE 2009 telah menarik lebih 150 exhibitors, 700 seminar participants and more than 5000 visitors. Wah.. hebat!.

Selepas beradu dengan tenangnya dalam bas sampai gak kitorang di destinasi yang dituju. Memandangkan CIDB Convention Centre dah penuh so pose wajib untuk blog sempat ambil dari belakang je lah,  pehhh ramainya orang.. hajat di hati nak pose atas pentas tak dapat lah : P. Apapun tak kisahlah, janji ada gambar kan lepas pose yang paling cepat & pantas coz ramai abg2, kakak2, encik2, puan2, dll usha2 kitorang. Ehhh.. ikut suka aku la, aku ada blog!!! Wajib tuh pose sikit : P.





Lepas berdiri di belakang tu, kitorang diarahkan ke dewan ABM yang bersebelahan. Patut la CICC dah penuh macam kitorang ni sampai dah lewat petang la sangat, rupa-rupanya program kitorang di ABM. Waktu ni perut dah start nyayi lagu puisi dah tapi memandangkan semangat yang berkobar-kobar lah sangat kitorang masuk ke dewan untuk dengar penerangan tentang pinjaman untuk kontraktor & Tiffin CAD, TOOLS & DATA. Dalam ngantuk-ngantuk aku & min, sempat gak berkenalan dengan 2 orang peserta dari Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka (PKMMM).




Lepas berehat, makan tengah hari yang superb dari pihak katering & sembahyang kitorang ada aktiviti kunyah mengunyah hasil dari penyerbuan Kak Zimah ke gerai di luar coz nak hilangkan ngantuk yang amat sangat coz bosan dengar ceramah bagai memang kitorang suka tido. Oleh sebab kerepek-kerepek Kak Zimah menyakitkan gigi & gusi kitorang so mata pun tak lah mengantuk. Akhirnya mata terbeliak besar bila tiba masa untuk beratur ambil CD tester untuk program yang diterangkan tu & sijil kehadiran. Suke.. sangat suke.. ok jom balik.. BYE : ).    




Saturday 2 April 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Siang aku menemani mak ayah beraktiviti..
Malam aku menemani yang tersayang pula beraktiviti..
So..
Aku baik kan.. wah tetiba aku baik.. hahaha..

Hari Ini Dalam Sejarah (macam rancangan dalam tv dulu-dulu tu la plak). Sejak aku jadi pengunjung setia STAR of Paroi, Seremban, NS sejak 2009 (dah 3 tahun derrr) tiap minggu dek kerana menemani peminat bola sepak tegar yang juga fans N9futbol tu tak pernah sekali pun orang lain jadi kawan borak aku sepanjang game selain bodyguard comel aku tu coz biasalah peminat tegar mana layan kita borak derrr sepanjang game.. ok aku tipu je, mana boleh tak layan.. mahu aku balik time tu gak.. ada berani : P. Jeng3.. kali ni aku & Fzal ditemani oleh seorang ibu muda dengan anak super duper active seramai 4 orang.. cayalah.. enjoy da pic..   


Peminat tegar sedang membelanjakan tiket.. tima kacih ye : )


Kanak2 tersebut.. : P


Waaaa.. sukeee.. ; )


Ibu muda dgn anak super duper active yang baru lepas tettt.. : P


Asyik pic dia je bila gol : ( cuba kalau tak gol heh..


Very the pucat meh.. biasa ah xde penaja lipice : P


Lepas tgk bola sila bawa saya jamu selera ok coz saya lapar : )

Aktiviti Hujung Minggu

Sape orang Seremban angkat tangkat tangan!!. Orang Kedah yang kerja di Seremban pun angkat la juga tangan coz sama dengan aku. Ape? tak nak angkat tangan !!. Ikut suka korang ah, aku nak ajak senaman angkat-angkat tangan sambil hirup udara segar di City Park, Seremban 2 je pun coz tu la aktiviti hujung minggu aku (kadang-kadang) hahaha..

Hujung minggu korang buat apa.. hujung minggu ni lah masa yang paling aku tunggu-tunggu.. rasa macam nak duduk rumah tak nak keluar langsung. Sape ajak aku keluar hujung minggu kalau tak ada Fzal aku tu memang aku fikir 80 kali ah.. hahaha.. coz aku malas nak drive, tu je pun reasonnya. Nikmatnya.. leh bangun pagi lewat.. sarapan.. tengok tv.. layan fb.. mandi (lewat !!!).. makan tengah hari.. layan blog pulak.. tengok tv lagi.. sedar-sedar dah malam & kerja rumah pun tak buat.. malas lak aku.. ceh..

Malas tu ada waktu-waktu tertentu je ok. Selalu aku rajin.. ok aku tahu korang tak percaya : (. Walau semalas mana pun aku aku tetap akan memenuhi permintaan mak aku untuk keluar.. selalunya sarapan & jogging di City Park & shopping.. tu je pun coz aku pun tak tahu nak buat aktiviti apa lagi di sini, nak melawat rumah sedara tak ada sedara la plak kt Nogori ni. Kesian mak aku.. hari aku kerja mak & ayah duduk je di rumah coz mak aku kat rumah di Kedah pun memang tak suka keluar rumah coz dia tak suka duduk bersembang aka umpat-mengumpat ni (patut mak aku putih dari aku, jarang kena panas.. wakaka..). 

Hari ni mak, ayah, aku, fzal, min, mat, syifa & anak buah aku danial.. gi City Park. Kitorang jogging (jalan dengan perlahan aka santai-santai sebenarnya..) & sarapan nasi lemak yang mak masak sendiri 100% (anak yang baik ni tak sempat tolong coz bangun je mak dah siap masak). Nikmat sangat sarapan dengan family kat situ sambil tengok pemandangan hijau.. cuci mata gitu : P. Lepas tu gi Tesco beli barang nak masak untuk tengah hari, pendek kata hujung minggu memang makan je kerjanya, mana tak membesar bagai johannn.. Ok, sila layan gambar sekarang : P.






Agak-agak turun berapa kg hari ni? : P