Tuesday 5 April 2011

MIIE 11

Malaysia IBS International Exhibition (MIIE) kali ke 3 sedang diadakan mulai hari ini 5-7 April 2011 bertempat di CIDB Convention Centre (CICC), Kuala Lumpur. Dua orang aweks KKMNSSB, qs & eng. dengan perasaan malu-malu malas-malas kucing dengan paksa rela bersama seorang aweks eng. dari AMR Jeli telah turut serta memeriahkan lagi MIIE 11 tahun ni bersama ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) yang telah bertolak awal pagi bersama team CIDB Melaka menaiki bas khas.




A biennial event, yang sebelum ni telah diadakan pada Januari 2009 and was officiated by Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,  the former Deputy Prime Minister of Malaysia juga telah diredah dengan rajin sekali oleh kami, coz kami bawa ahli-ahli PKMMNS lah, so dah jadi acara wajib dong tiap kali tahun ganjil. MIIE 2009 telah menarik lebih 150 exhibitors, 700 seminar participants and more than 5000 visitors. Wah.. hebat!.

Selepas beradu dengan tenangnya dalam bas sampai gak kitorang di destinasi yang dituju. Memandangkan CIDB Convention Centre dah penuh so pose wajib untuk blog sempat ambil dari belakang je lah,  pehhh ramainya orang.. hajat di hati nak pose atas pentas tak dapat lah : P. Apapun tak kisahlah, janji ada gambar kan lepas pose yang paling cepat & pantas coz ramai abg2, kakak2, encik2, puan2, dll usha2 kitorang. Ehhh.. ikut suka aku la, aku ada blog!!! Wajib tuh pose sikit : P.





Lepas berdiri di belakang tu, kitorang diarahkan ke dewan ABM yang bersebelahan. Patut la CICC dah penuh macam kitorang ni sampai dah lewat petang la sangat, rupa-rupanya program kitorang di ABM. Waktu ni perut dah start nyayi lagu puisi dah tapi memandangkan semangat yang berkobar-kobar lah sangat kitorang masuk ke dewan untuk dengar penerangan tentang pinjaman untuk kontraktor & Tiffin CAD, TOOLS & DATA. Dalam ngantuk-ngantuk aku & min, sempat gak berkenalan dengan 2 orang peserta dari Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka (PKMMM).




Lepas berehat, makan tengah hari yang superb dari pihak katering & sembahyang kitorang ada aktiviti kunyah mengunyah hasil dari penyerbuan Kak Zimah ke gerai di luar coz nak hilangkan ngantuk yang amat sangat coz bosan dengar ceramah bagai memang kitorang suka tido. Oleh sebab kerepek-kerepek Kak Zimah menyakitkan gigi & gusi kitorang so mata pun tak lah mengantuk. Akhirnya mata terbeliak besar bila tiba masa untuk beratur ambil CD tester untuk program yang diterangkan tu & sijil kehadiran. Suke.. sangat suke.. ok jom balik.. BYE : ).    




No comments:

Post a Comment