Friday, 12 July 2013

Kriteria Pendaftaran Kontraktor



Sebut pasal kontraktor apa yang bermain di fikiran korang??? Bagi aku, sejak zaman belajar dulu aku memang fikir kontraktor mesti kaya & selalunya kahwin 2.. hehe.. sebab aku selalu disajikan dengan drama di tv & real drama waktu belajar kontraktor selalu gah.. pakai smart & naik kereta besar pergi site. So mana idaknya aku imagine diorang kaya kan. Biasa la waktu dulu belajar QS.. tak faham sangat waktu tu tentang kontraktor ni, rupanya ada kontraktor kaya & ada yang biasa-biasa je. Waktu tu pendaftaran kontraktor Kelas A, B, C, D, E & F dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) & Gred G7-G1 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Berkuatkuasa pada 15hb Oktober 2012, sistem pendaftaran kontraktor dah berubah ke Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK). Semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh PKK adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB. Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK. Maklumat lanjut tentang sistem ni boleh Google keywords yang terlintas di fikiran atau pergi ke website CIDB okeh.


Apa yang aku ingin kongsikan hari ni adalah Kriteria Pendaftaran Kontraktor dengan CIDB bagi korang, kawan-kawan atau saudara-mara yang berminat nak jadi kontraktor. Terdapat 3 kumpulan mereka yang boleh hantar permohonan untuk jadi kontraktor kepada CIDB seperti di bawah. Bolehlah kiranya di panjang-panjangkan info ni ye.. untuk kebaikan bersama & kemajuan negara kita.. chewahhh.


  1. Kumpulan A - pemegang Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
  2. Kumpulan B - pemegang Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
  3. Kumpulan C - individu yang pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pembinaaan dan/atau juga individu selain daripada yang di atas tetapi terlibat dengan aktiviti-aktiviti teknikal di tapak binaan dengan pengalaman di dalam kerja-kerja pembinaan ataupun pemegang sijil-sijil teknikal berkaitan pembinaan dari Akademi Binaan Malaysia (ABM), politeknik & pusat-pusat latihan seumpamanya.


Bagi individu yang berminat untuk menjadi kontraktor, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) menganjurkan kursus seperti di bawah :-

KURSUS ASAS PENGURUSAN PEMBINAAN
Tarikh : (Akan dimaklumkan kemudian)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Mutiara Oakland, PKMMNS
Yuran Penyertaan : RM 600.00
Sijil/ Mata : Sijil kehadiran 20 mata CCD & Sijil

* Jurulatih adalah Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia &

diiktiraf oleh Dale Carnegie Training, USA

  Pendaftaran & pertanyaan hubungi 06-633 3663
 

Bagi individu yang telah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pembinaan, mereka boleh menghantar permohonan kepada CIDB untuk menjadi kontraktor mengikut kriteria pendaftaran kontraktor di bawah.


Click picture > Right Click > View Image > Click to Zoom



PKMMNS
https://www.facebook.com/pkmmns
http://mutiaraoakland.blogspot.com


35 comments:

  1. Salam, terima kasih for the info. Kalau individu yang takde kaitan/pengalaman/kelulusan dan bidang binaan atau engineering boleh ke nak daftar dan masuk tender cidb atau pkk lepas pergi kursus yg mereka anjurkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.
      Bagi individu yang tiada pengalaman/kelulusan dalam bidang binaan perlu hadiri kursus seperti di atas dahulu, kemudian daftar sebagai kontraktor di CIDB dahulu, kemudian di PKK dengan mengemukakan Sijil Kehadiran kursus yang diperolehi. Selepas memperolehi kedua-dua lesen iaitu CIDB & PKK, bolehlah masuk tender mengikut syarat-syarat tender yang ditetapkan.

      Delete
    2. Salam, kalau nak bukak company sendiri tapi takde apa apa pengalaman untuk jadi contractor dengan modal takde macam mana ? Minta pendapat dan nasihat . Terima kasih

      Delete
    3. Waalaikummussalam..
      Kalau tak ada pengalaman kena hadiri Kursus Asas Pengurusan Pembinaan dulu baru boleh daftar dengan CIDB & lain-lain sebagai kontraktor. Modal mungkin boleh menyimpan atau buat pinjaman untuk mula jadi kontraktor dari bawah yang perlukan modal paling sikit :)

      Delete
  2. As.salam kepada kontraktor A yg ada project government kmi sdiakan fund max 1b minimum 500 million ....call 019-527 6606

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..
      Tq for the ifno :)

      Delete
  3. Salam, kalau macam saya takde apa apa pengalaman nak bukak company sendiri tapi saya ada diploma QS kalau nak jadi contractor dengan modal takde macam mana . Minta pandangan dan nasihat . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..
      Kalau ada Diploma QS maksudnya dalam Kumpulan B, boleh simpan duit untuk daftar kontraktor Gred G1 dulu yang hanya RM 5,000.00 modal. Boleh mula dari bawah, so nanti adah dapat pengalaman boleh upgrade gred. Encik boleh call pejabat CIDB untuk maklumat lanjut :)

      Delete
  4. salam,

    kalau individu kumpulan A/kumpulan B bolehkah mohon untuk kelas G1-G3, ke diorang hanya G4 keatas sahaja? Terima kasih daun keladi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam
      Setahu saya boleh, gred berapa tu ikut modal yang ada :)

      Delete
  5. maaf....kalo bekas pelajar ikm mcm mne pulak ye?bagaimana prosesnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lulusan ikm saya rasa dalam Kumpulan C. Kena ikuti Kursus Asas Pengurusan Pembinaan dulu, lepas tu baru boleh hantar permohonan kepada CIDB untuk jadi kontraktor mengikut kriteria pendaftaran kontraktor seperti dalam gambar di atas. Boleh juga call pejabat CIDB terdekat untuk maklumat lanjut.

      Delete
  6. assalam, saya hanya ada kelulusan dip archi, dan bapa saya ad buka syrikat devlopment&construction dan jalankan beberapa projek. bapa saya nasihatkan saya untuk pergi mengambil kursus kontraktor, saya tak tahu mcm ne dgn prosesnya, dgn kelayakan yg sy ade ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Kalau Dip. Archi maksudnya awak dalam Kumpulan B, boleh dah daftar syarikat kontraktor. Nasihat bapa awak untuk ambil kursus kontraktor tu mungkin untuk tambahkan ilmu lagi.

      Awak boleh call pejabat CIDB untuk maklumat lanjut macam mana nak daftar sebagai kontraktor ye :)

      Delete
  7. Assalamualaikum TT,
    Andai sy tiada kelulusan tetapi dalam share holder syarikat ad akak yang berkelulusan Master kjruteraan awam di Jepun.adkah boleh terus memohon menjadi kelas A kontraktor? Tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Kalau kelulusan ijazah syarat kena 5 tahun pengalaman, master saya tak pasti pula. Boleh memohon jadi kontraktor G7. Seorang lagi perlukan diploma (pengalaman 5 tahun) atau ijazah. Yg ijazah tu tak perlu pengalaman 5 tahun kalau yang master tu dah ada pengalaman 5 tahun.

      Cuba hubungi pejabat CIDB terdekat untuk maklumat lanjut.

      Delete
    2. Klu saya nk mendaftar kontraktor G4, dlm.acc saya kena ada rm 150,000 ke???

      Delete
    3. Ye sis..sebab tu modal untuk syarikat & perlu ada 1 orang dalam kumpulan B isitu pemegang diploma dlm bidang pembinaan.

      Delete
  8. Salam.. Ape dokumen yg diperlukan untuk dapatkan sijil pendaftaran cidb? tak kira kelas ape.. cuma nak tau ape dokumen yg diperlukan.. cth Salinan SSM, Kad Hijau.. lagi2..

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dokumen yang diperlukan encik perlu hubungi CIDB untuk maklumat yang lebih tepat sebab CIDB yang uruskan pendaftaran.

      Delete
  9. Assalam...jika sy langsung tiada pengalaman n ketika ini baru nak berjinak2 dalam bidang kontraktor ini, masih ada ruang lg ker utk orang spt saya ni?
    Jika ada, berapa kos utk menhadiri kursus asas n di mana kursus dibuat?jika dapat dgn NS baguslah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.
      Kalau tak ada pengalaman langsung, cik perlu pergi Kursus Asas Pengurusan Pembinaan dulu..insyaallah ada ruang sebab rezeki ada di mana2. Kos saya tak pasti brp skrg sebab saya dah kerja dalam bidang pembinaan. Kalau cik di NS..boleh ke pejabat Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan di Oakland. http://www.facebook.com/pkmmns cik boleh tanya maklumat lanjut di sana.

      Delete
    2. *saya dah tak kerja dalam bidang pembinaan.

      Delete
    3. As'salam boleh saya bertanya betulkah lesen kontraktor tak boleh dipohon ?

      Delete
    4. Boleh dipohon..cuma mungkin dibekukan pada masa2 tertentu.

      Delete
  10. Salam .. slps kite mnghadiri khusus asas pengurusan binaan kena tunggu dua tahun ke untuk mohon lesen G2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak perlu tunggu..hubungi CIDB terdekat untuk maklumat yang lebih tepat ye.

      Delete
  11. Salam semua... jika ada sesiapa serius nak mohon PKK Klas A hingga E + CIDB Gred 1 hingga 7 complete dengan Sijil Taraf Bumuputra, Sijil Score dan ISO (9001 - 2008)secara mudah dan cepat boleh sms atau hubungi saya di talian 0186441229

    ReplyDelete
  12. Hi. Sy dah lama nak ambil lesen kontraktor ni. Skrng sy tgh study diploma in QS, so kalau sy nak daftar lepas habis course bole x? Atau kena tunggu lepas graduate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar lepas dapat dokumen Diploma tu..sebab nak daftar mesti nak guna Diploma tu.

      Delete
  13. salam...sya nak tanye sbb apa kena kursus intergriti untuk kontraktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..sekarang saya dah tak kerja dalam bidang construction..so saya tak pasti sebab apa kena kursus integriti utk kontraktor..kalau dulu kontraktor boleh hadiri apa jua kursus utk ilmu & dapatkan mata utk renew lesen.

      Delete
  14. Slm,klw degree of mechanical engineering,adakah termasuk kumpulan A? Sbb xrelate sgt dgn construction...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..mechanical saya tak pasti sgt..call CIDB pun boleh utk lbh kepastian.

      Delete