Saturday, 26 May 2012

Special Salmon with Lemon Sauce

Sempena my 3 series birthday.. nah amik resepi masak cepat kali ni.. :)))

Special Salmon with Lemon Sauce


Bahan-bahannya :
3 ketul ikan salmon
Lemon
Asparagus
Brokoli
Oren
Tembikai
Pisang
Jus twister
Garam
Gula perang
Lada hitam

Wednesday, 23 May 2012

Hasrat Tercapai

Aku ada satu hasrat yang kategori lama juga la dah terpendam. Oleh sebab aku & Fzal sekarang suka layan channel AFC malam-malam sambil berangan-angan (ye.. memang aku je yang berangan) nak masak macam apa yang dilihat, sempena birthday aku kali ni, aku & Fzal (dengan assistant Min) nak masak ikan salmon dengan sos lemon untuk menu sambutan birthday aku bersama-sama adik-adik aku kat rumah coz Fzal ajak makan kat luar & aku tak nak (walhal dalam hati dah ada plan nak masak ni..).

Lepas balik office ikutkan kena singgah tesco beli barang-barang yang diperlukan coz banker dah bagi duit. Oleh kerana tahap kemalasan nak drive sendiri pergi tesco 51% & tahap rajin 49% aku ambil keputusan balik dulu. Singgah Juriah Seafood tapau nasi dulu coz sah-sah dah tahu ikan salmonnya for sure akan siap masak lewat malam. Dah sampai rumah makan dulu coz lepas makan baru ada semangat nak masak walhal waktu tu dah boleh dikategorikan sebagai makan malam lagi nak masak makan malam lagi.



Lepas balik shopping di Tesco terus masak. Apa yang korang rasa nak makan kasi hantam saja semua dalam pinggan tu ye. Tu la pasal ada 2 keping pisang comel di situ.. hehe.. Kita bukan dalam rancangan master chef, so kitalah tukang masak kitalah tukang komen ye. So, kita tak akan sesekali atau dua kali atau lebih akan dibuang keluar dari rancangan ok. Apa yang penting.. bukan kerjasama lah.. tapi kepuasan selera untuk menikmati hasil masakan dari air tangan sendiri & chef-chef yang membantu.




Lepas masak yang kategori penat la juga harus bergambar sebagai bukti penat lelah masak malam-malam sampai tengah malam sampai kualiti gambar pun jadi sedemikian rupa sampai mata mengantuk tapi still tak boleh makan lagi sebelum aku puas hati dengan gambar yang diambil sampai ada orang rasa macam nak marah dah.. heee.. coz lambat sangat nak boleh makan. Lepas makan & kekenyangan, aku rasa puas hati sangat coz dapat masak Salmon yang dah lama pending. Hasrat tercapai :)))


Tuesday, 22 May 2012

My first 3 Series Birthday with Love

Dalam banyak-banyak cuti hari keraian yang di sambut di Malaysia (aku tahu banyak weh cuti coz selalu aku dapat kalendar awal tahun mesti aku tanda cuti dulu..), hari yang paling istimewa bagi aku adalah first Hari Raya Aidilfitri (unexplained why it comes first), next Hari Raya Aidiladha, next Hari Ulangtahun Perkahwinan (tahun ni baru masuk senarai.. hee..) & next hari Ulangtahun Kelahiran aku sendiri serta insan-insan teristimewa di hati aku iaitu suami, mak, ayah, abang, anak sedara, adik & kawan-kawan aku.

Today is my first 3 series birthday with love.. tu je nak cakap.. hee.. Nape lah pulak sebut 3 series teringat BMW ni.. dush.. Tahun ni kira tahun yang paling istimewa aku sambut birthday coz selalu sambut birthday 2x je, dengan kawan-kawan & family. Tahun ni banyak yang dah berubah coz selaras dengan berubahnya status aku sebagai seorang yang bukan single-mingle lagi so maybe lebih dari 2x lah kot aku akan sambut birthday.. hee.. Apapun hari ni aku sambut birthday dengan suami dulu & next time dengan yang lain.

Memandangkan birthday aku tahun ni jatuh pada hari Selasa (hari bekerja la weh..) so tak banyak masa untuk fikir mana lokasi yang terbaeeekkk nak sambut birthday. Masa pun ada 1 jam je waktu rehat (1 jam lebih coz masuk lambat.. haha..) so mana lagi la lokasi yang paling dekat dengan office aku selain di Pizza Hut, AEON Seremban 2. Ikutkan dah set nak lepak situ dengan budak office 28hb tapi otw asal-usulnya nak ke Delifrance tak jadi coz banner new menu selections Pizza Hut hari ni nampak macam menarik.

Lime Pepper Chicken Chop

Passion Mint Fizz & Blackberry Fizz


Suami comel ajak beli kek coz macam tak menarik sambut birthday tak ada kek (kebaratan sangat la weh..) Rilex ah.. kita makan dulu, kek simpan next event coz sangat tak menarik makan kek 2 orang je. Italian Herb Chicken & Blackberry Fizz pilihan Fzal, Lime Pepper Chicken Chop & Passion Mint Fizz pilihan aku. Sambutan yang amat sederhana hari ni tapi penuh makna dalam hati. Sempat lagi jalan-jalan sebelum masuk office macam office tu aku yang punya.. hahaha.. Sayaaaaaaaang kamooo.. <3


Tuesday, 8 May 2012

Ini Cerita Zombie

Hi semua aweks yang cantik meranik eh salah cantik menarik lagi tertarik. Semalam hari Isnin atau Monday atau oh aku dah lupa la ikutkan aku nak educate korang dalam bahasa lain juga. Tetiba aku teringat kes abang aku tipu aku. Katanya Wahid, Isnani & Salasa itu adalah Ahad, Isnin & Selasa. Ye la aku tahu la aku tak pandai Bahasa Arab. Makanya aku telah buat study group dengan anak sedara aku a.k.a Danial coz dia belajar Bahasa Arab & husband la sape lagi a.k.a Mr. Fzal. So, tak yah la der nak tipu aku lagi, tu 1, 2 & 3 hee..

Hi.. saya Danial..

Dah mari sambung ke cerita seram coz intro tadi sangat tidak seram.

Semalam hari Isnin. Hari yang indah lagi dinanti-nantikan oleh semua orang yang makan gaji sebab tak sabar-sabar nak pergi kerja. Oh itu tipu sangat ye !!!. Akulah pekerja yang makan gaji tapi tak la pula tidak sabar untuk datang kerja. Aku baru balik dari Melakau eh Melaka la. Aku, Mr. Fzal & Min pergi rumah abang aku sebab nak duduk bawah ketiak mak ayah aku & main games Zombie Cafe dengan anak sedara aku. Terima kasih Mr. Fzal yang sangat memahami.

Tak dapat buka cafe.. dapat tolong Zombie pun jadi la.. hehe..

Oh ini ada sedikit cerita. Aku sangat sedih waktu nak balik Seremban coz Danial nangis tak bagi aku balik. Air mata aku bak kata orang Kedah sipi-sipi je nak keluaq waktu aku nak tepuk bagi dia tidur lepas jadi cikgu tuisyen dia. Terpaksa pujuk interoducer aku tentang games Zombie Cafe tu kata aunty akan call selalu tanya Cafe dah ada berapa banyak duit. Terharu aunty derrr coz dia sangat menyukai, menggemari, mencintai & yang sewaktu dengannya pada aunty nya yang seorang ini dari yang seorang lagi itu haha..

Alkisah balik dari Melaka pun dah lewat so sampai Seremban tak kan lah pulak dapat sampai cepat. Kalau drive Beemer kot lah ye.. huhu.. Niat di hati pergi office nak balik awal coz nak sambung tidur kejap untuk hilangkan letih-letih badan sambil melayan cerita Nada Cinta yang semakin hari semakin menyakitkan hati tetapi hati tetap tak mau stop dari terus tengok. So kita layannn.. Layan pun gitu-gitu aje coz tak boleh nak parking betul-betul di depan tv, so mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu sambil bersiap-siap nak keluar.

Love Mikha than Nada :P

Lebih kurang 7.30 mlm aku, Fzal & the family serta kawan family Fzal pergi ke Darul Syifa, Kuala Pilah. Kitorang sempat melihat kejadian yang agak mendebarkan semasa di sana. Berdebar jantung aku weh. Setelah selesai urusan kami pun balik rumah & sampai di rumah lebih kurang 3.30 pagi. Pukul 4.30 pagi aku nak tido tapi mata tak mau lelap so aku ambil ipad masuk bilik nak main games sementara tunggu mata mengantuk. Letak ipad tepi bantal nak baca doa dulu.

Tiba-tiba..
????? : Aaarrrkkk........
Dalam suasana pagi yang sunyi terdengar suara macam suara manusia tapi tak pasti suara atau bunyi apa yang sebenarnya tu. Hati apa lagi berdebar-debar sambil otak ligat fikir mana datangnya weh bunyi tu.  Mata lak pandang atas siling pastu keliling bilik.. tak ada apa-apa yang mencurigakan pun.. wakaka.. nampak sangat penakut. Apa tak nya teringat kejadian yang sebelumnya tu. Fzal nampak macam dah tido.

Dengan pantas..
Aku : Awak.. dengar tak bunyi apa tu?
Fzal : Zombie la.. (kembali zzzZZZzzz..)
Dalam hati fikir Zombie apa, mana datangnya Zombie. Blurrr 2 -3 saat. Ceh.. baru teringat games Zombie Cafe. Patut la bunyi kuat menusuk ke kepala coz ipad tepi bantal.

Tapi..
Aku : Zombie kenyang ek?
Fzal : Emmm.. (sambung zzzZZZzzz..)
Dalam hati tak percaya tu bunyi Zombie coz selalu Zombie kenyang pun tak pernah aku dengar bunyi macam tu. Tak kisahlah apa pun tapi untuk menyedapkan hati anggap aja lah Zombie kenyang.

Pastu..
Aku : Awak ah tak nak main games tak tutup pintu cafe.
Fzal : (tak layan.. zzzZZZzzz terus..)
Dengan pantas aku terus off ipad, so kalau Zombie kenyang lagi ke nak makan pelanggan ke tak kan ada la bunyi-bunyi lagi.

Pagi tadi bangun tidur terus siasat apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin notification games.. ye anggap aja lah notification games. Ceh !!!