Thursday, 20 February 2014

Atkins Diet Recipe : Murtabak Mini


Malam ni rasa nak masak murtabak mini.


Nah resepi murtabak mini sempoi & masak cepat. Tak perlu nak list senarai bahan-bahannya kan sebab semua kat sini dah otai-otai belaka, so kita terus baca cara nak masak ye. So korang boleh imagine siap-siap senang ke susah nak masak. Saya dah google resepi-resepi yang seangkatan dengannya tapi ni resepi murtabak mini yang dah edit versi saya sebab saya yang nak makan kan..hehe.. Kuah bawang untuk saya & adik & kuah blackpaper untuk suami. Lain kali saya share resepi kuah blackpaper versi saya pulak ye ;)


Kuah bawang : 
Hiris nipis 1 biji bawang besar.
Campur 5 sudu besar cuka makan, 1-2 sudu besar gula (atkins 1-2 titik P3),
secubit garam & sedikit pewarna merah.
 Gaul rata & ketepikan.


Murtabak mini:
Tumbuk 2 ulas bawang putih, 1 inci halia & 5 biji cili padi.
 Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
 Masukkan 2 sudu besar rempah kari & 1 sudu besar rempah kurma (bancuh dengan air),
kacau & biarkan hingga pecah minyak.
 Masukkan 1 mangkuk daging/ayam (potong dagu), 2 biji kentang (potong dadu) (atkins
tak perlu kentang), sedikit air & biarkan daging masak.
Masukkan garam secukup rasa, secubit gula (atkins 1 titik P3) & kacau sebati.
Masukkan  2 biji bawang besar (potong dadu), 1 mangkuk kobis (potong halus),
sedikit daun sup (dicincang), kacau & biarkan masak.
Angkat & ketepikan.
Pecahkan 2 biji telur ke dalam inti tadi & kacau sebati.
 Sediakan kulit popia (atkins gantikan dengan telur dadar/ kulit dari bio protein),
masukkan inti, lipat 4 segi & goreng hingga garing.


No comments:

Post a Comment