Wednesday, 4 September 2013

Kelab Diet Atkins Malaysia


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni aku tahu tentang kewujudan satu kelab diet ni di Fb, tu pun kakak aku yang add.. closed group. Aku memang tak tahu menahu eh betul ke ayat aku ni, aku memang tak tahu langsung ada juga kelab & jenis diet yang tertentu.. hehe.. sebelum ni aku belasah je diet sendiri. Eh jangan cakap tak turun, turun ok tapi tak la memberansangkan sangat keputusannya sebab empunya diri pun tak la berapa nak berdisiplin sangat.. hew hew..


Kelab yang aku maksudkan ialah Kelab Diet Atkins Malaysia. Lepas aku study sikit tentang diet ni, aku rasa sesuai untuk aku, untuk orang lain aku tak pasti. Tanya diri hiasi peribadi. Ok tak ada kena mengena. Ada yang positif ada yang negatif tentang Diet Atkins ni. Yang negatif tak perlu komen sebab yang pastinya bukan datang dari kelab ni, so hanya fikir yang positif je ok. Terpulang pada diri masing-masing nak nilaikan ke, nak ikut ke, tak nak ikut ke.. sebab tak ada orang ajak masuk kelab pun, tak ada orang suruh diet.. haha.. diri sendiri yang buat keputusan ok. So, ikut & diet la ikut keadaan tubuh badan sendiri ok, peace no war.. ;)





Tentang Diet Atkins

Diet Atkins (DA) diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Kalau korang yang perkenalkan mungkin nama korang la kat belakang tu.. haha. Ianya sejenis corak pemakanan untuk bantu sesiapa je yang nak kurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) & lemak di dalam badan. Dengan kurangkan & hadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang & gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan akan mula menyusut.

Atkins Nutritional Approach (ANA) ada 4 peringkat utama yang perlu diikuti. Sila berdisiplin & berdedikasi ye. 4 peringkatnya ialah :-
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan & berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan).
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance


Phase 1 : Induction
Induction peringkat penting sekali dalam DA. Permulaan nak ubah cara pemakanan kita yang berbeza dengan apa yang kita makan selama ini. Tempoh masa 2 minggu hingga 6 bulan atau hingga 2 tahun, ikut keadaan kesihatan & berat badan sendiri ok. Had 20 gram karbohidrat dalam tempoh induction untuk pastkan badan kita membakar lemak & bukannya glukosa. Biasanya badan akan bakar glukosa dulu sebelum lemak, so lemak yang diternak sebelum-sebelum ni tak ke mana weh. So, kalau had 20 gram je, stok glukosa dalam badan akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Lepas tu baru badan bakar lemak. Cayalah..


Elakkan
  1. Nasi, mee, bihun, laksa, spagetti & yang sekumpulan dengannya
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar & yang sekumpulan dengannya
  3. Gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula & yang bergula tinggi
  4. Buah-buahan
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, minuman bergas & kopi
  6. Snek, biskut manis, jeruk
  7. Kekacang
  8. Makanan berproses seperti burger, kentang goreng, hotdog, bebola ikan, bebola sotong
  9. Tepung, kek, biskut, kuih-muih
  10. Sos & kicap



Makan
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay & digoreng tanpa tepung
  2. Ikan - steam, bakar, sup & digoreng tanpa tepung
  3. Daging - panggang, steak, bakar, sup & satay
  4. Udang - bakar, tom yam & goreng
  5. Sayur - kailan, sawi, bayam, salad, timun
  6. Keju - cheddar, mozarella & parmesan (2-3 keping / hari)
  7. Air kosong - 25 kg berat badan = 1 liter
  8. Supplement & vitamin - spirullina & multivitamin


Perhatian
  • Makan 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari & makan malam atau 4-5 kali sehari dalam portion kecil.
  • Makan 20 gram karbohidrat sahaja sehari
  • Gunakan rempah ratus asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan
  • Makan malam sebelum pukul 9.00 malam
  • Minum air secukupnya ikut berat badan
  • Lakukan aktiviti mengeluarkan peluh atau senaman 

13 comments:

  1. Tq. Nk cuba. Rasa mcm bole ikut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti boleh..kena rajin masak skit la..hehe..

      Delete
  2. sy dh cuba anda bila lagi.. seminggu dh trun 4kg.. dan sekarang nak trun lagi 4kg.. huhuhuhuh... baju yg x blh pkai pun dh blh pkai.. serta perut yg paling penting.. dh trun ckit.. i likeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus 4 kg seminggu..sy mggu 1st 3 kg je..

      Delete
  3. hi kak...nak tanya sikit bagaimana cara pemakanan bagi org vegeterian? saya pure vegei but badan still tak turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai yashathini,
      Saya rasa awak kena kurangkan sayuran yang banyak kandungan karbohidrat. Yang saya tahu, dalam atkins mereka kurangkan ambil karot, tomato & bawang. Lebihkan ambil sayuran hijau ye.

      Delete
  4. Salam sis..budu bley mkn x pd peringkat induction?

    ReplyDelete