Thursday, 1 December 2016

Planner 2017 Malaysia sesuai dimiliki oleh semua


APA ITU PLANNER

Planner adalah diari aktiviti harian yang digunakan untuk membantu dalam urusan harian sepanjang tahun. Kini planner menjadi keperluan penting bagi anak-anak, pelajar, suri rumah, peniaga online, individu bekerjaya dan mereka yang sibuk dalam menguruskan aktiviti harian supaya menjadi lebih mudah dan teratur.

Terdapat pelbagai jenis design planner sedia ada di pasaran. Walaubagaimanapun kebanyakkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan planner custom made yang lebih menarik. Bagi yang tidak ada masa untuk ke kedai, dapatkan Planner 2017 dari Zara Mayesa yang direka untuk memudahkan urusan dan sesuai untuk digunakan oleh semua. Semoga segala urusan anda dipermudahkan setelah menggunakan planner ini.


KELEBIHAN PLANNER 2017 DARI ZARA MAYESA

✔ Planner saiz A5 dan A4 beserta index bulan Jan-Dis mudah dibawa ke mana saja.
✔ Design Front Page 2017 yang menceriakan hari anda (nak tukar nama sendiri pun boleh).
✔ Planner berwarna yang ringkas, ceria dan menarik.
✔ Design template yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
✔ Memudahkan urusan harian agar lebih mudah dan teratur.


PLANNER 2017 PERLU DIMILIKI OLEH

✔ Anak-anak anda untuk belajar rekod perbelanjaan harian.
✔ Pelajar untuk memudahkan rekod matlamat dan tugasan.
✔ Suri rumah untuk rekod bayaran bil bulanan dan urusan harian.
✔ Peniaga online untuk rekod tempahan dan maklumat pelanggan.
✔ Individu bekerjaya untuk rekod mesyuarat, kursus dan latihan.




PLANNER 2017 HARDCOPY (BASIC)

  1. Front Page - 1 page
  2. Contact Info - 1 page
  3. Goals - 1 page
  4. Calendar 2017 - 2 page
  5. Payment Checklist - 3 page
  6. Monthly Planner - 12 page
  7. To Do List - 48 page
  8. Contacts - 2 page
          Total = 70 page

  • Size : A5 & A4
  • Cover : 2 pages laminate front & back
  • Paper : 80 gsm
  • Content : 70 pages
  • Price : RM 59.00 (A5) & RM 79.00 (A4)
  • Postage : RM 7 SM/ RM 10 SS (Pos Laju) 


PLANNER 2017 HARDCOPY (FULL)

  1. Front Page - 1 page
  2. Contact Info - 1 page
  3. Goals - 1 page
  4. Calendar 2017 - 2 page
  5. Payment Checklist - 3 page
  6. Monthly Planner - 12 page
  7. Daily Expenditure - 12 page
  8. Monthly Budget - 12 page
  9. To Do List 48 page
  10. Planner (Line) - 2 page
  11. Planner (Blank) - 2 page
  12. Contacts - 4 page
          Total = 100 page

  • Size : A5 & A4
  • Cover : 2 pages laminate front & back
  • Paper : 80 gsm
  • Content : 100 pages
  • Price : RM 79.00 (A5) & RM 99.00 (A4)
  • Postage : RM 7 SM/ RM 10 SS (Pos Laju) 



To order :-
Whatsapp +60194512205 (Ct)

Follow us on http://www.facebook.com/zaramayesa11
Like us on http://www.instagram.com/zaramayesa

#planner #planner2017 #planneraddict #plannermalaysia #zaramayesa


Monday, 8 August 2016

Project Make Me Feel Better


Baru-baru ini
Aku minta tolong daripada suami
Tolong aku buat beberapa perkara
Untuk aku hilangkan stress dan happy
Berkesan rupanya

Kemudian
Aku nampak satu video di facebook
Video tulisan dengan maksud sama
Suami tolong buat isteri rasa gembira
Ternyata ada caranya

Sekarang
Orang tag kawan untuk spouse challenge
Best juga sebab suami isteri jadi gembira
Banyak cara nak gembira jika kena gaya
Bahagia rasanya

Jadi
Aku dapat cara nak buat challenge juga
Challenge untuk diri sendiri sahaja


PROJECT MAKE ME FEEL BETTER
Nantikan hasilnya..



Friday, 25 December 2015

Resepi Ala Shell Out di Rumah


Zaman sekarang hidangan-hidangan viral seperti Shell Out mesti kena cuba masak sendiri di rumah. Bukan nak lawan tahap kesedapan Shell Out yang original cuma nak uji tahap kerajinan diri sendiri masuk dapur je. Oleh sebab minggu ni cuti 4 hari dan kebetulan si suami menunjukkan tahap kerajinannya dengan cuci toilet malam-malam buta semalam, maka si isteri pun zasss dengan serta merta terlintas di fikiran malam tu jugak nak masak ala-ala Shel Out la untuk si dia yang rajin tu. Biasanya hari cuti je masa nak cuba masak resepi yang best sikit sebab hari keje memang ketung ketang ketung ketang resepi yang mudah dan masak cepat je.


Sebelum tidur google dulu resepi Shell Out. Banyak juga orang yang dah cuba masak sendiri di rumah. Baca je resepi satu per satu tapi niat di hati nak masak ikut tekak aku dan suami je sebab kami yang nak makan kan haha.. Esoknya beli barang di Mydin, alamak ketam pulak tak ada. Hati berbelah bagi nak masak ketam dengan telur biasa atau dengan telur masin sebab dah simpan resepi ketam dengan telur masin gak. Alang-alang dah rajin nak masak tu kan, suami pun ikutkan juga kata si isteri nak pergi Family Store cari ketam. Yeayyy..settle beli ketam dan telur masin.









Tips sebelum masak ala-ala Shell Out :-
  • Pastikan kira jumlah orang yang akan menikmati hidangan dengan betul untuk elakkan pembaziran. Aku paling tak suka dengan pembaziran makanan. So aku kira siap-siap untuk 2 orang iaitu aku dan suami dan lebih sedikit untuk adik. Adik aku balik kampung dengan isterinya tapi aku kan kakak yang baik..haha..so aku simpan dalam tempat beku supaya tak rosak atau berubah rasa. Ketam sorang seekor sebab aku tak boleh makan seafood sangat sebenarnya. Udang 5 ekor/orang. Sotong 3 ekor/orang. Lala suami yang ambil. Tapi hakikatnya lepas makan, udang 3 ekor je seorang makan sebab banyak lauk dalam satu masa makan..haha.. 
  • Bersihkan satu per satu makanan laut tu dan simpan dalam peti sejuk dulu sementara makanan laut yang lain siap dibersihkan. Kenapa? Untuk kekalkan tahap kemanisan dan kesedapan la. Kalau kita masak hari-hari biasa tak banyak sangat lauk dan masa yang perlu nak bersihakan lauk. Kali ni sekali masak banyak jenis lauk. Sementara nak tunggu lauk lain siap bersih alamat lembik dulu la udang ke sotong tu tunggu kawan-kawan dia yang lain siap.. haha..
  • Masak versi kering sedikit. Kenapa? Sebeb kalau versi basah tu versi kawah dah tu bukan Shell Out..haha.. Versi kering untuk sesuaikan cara hidangan lambak atas meja supaya tak ada keuah yang meleleh jatuh ke muka bumi la.
  • Tanya tetamu betul-betul nak makan lauk sahaja atau dengan nasi. Kenapa? Sebab kalau makan nasi sekali lauk-pauk mungin akan lebih banyak sebab dah kenyang dengan nasi. So boleh anggarkan jumlah lauk yang betul. Sebenarnya lebih nikmat makan lauk je sebab baru best kupas-kupas ketam, udang terus makan. Kan leceh kupas ketam nak suap-suap nasi lagi..haha..
  • Suruh tetamu makan sayur sama!!! Kenapa? Kan membazir sayur buat hiasan saja..haha.. Eh lemon tu bukan hiasan semata ye, boleh perah sambil menikmati makanan..lagi best! Yummehhh..
  • Lepas masak lauk- pauk masukkan dalam pinggan dulu untuk kurangkan kepanasan. Kemudian baru hidang versi lambak atas meja.




Aku tak suka nak bagi resepi panjang berjela sebab aku faham orang-orang spesis macam aku yang terlebih rajin ni bukan suka sangat nak baca resepi panjang-panjang. Nanti dah elok ada mood nak masak terus tak ada. So ni resepi eh..harap-harap newbie pun boleh faham kot kan..


Resepi Ketam Cili Dengan Telur
(Resepi biasa semua orang dah tau kan)

Rebus 3 ekor ketam dan sedikit garam.
Buang insang dan kantung "bahan buangannya". Aku pun baru tau sebab aku dah call mak tanya. Ni 1st time aku bersihkan ketam sendiri! Teringat kat predator lak aku waktu bersihkan ketam tu.

Kisar 1 genggam cili kering (simpan sedikit untuk sotong dan lala), 2 ulas bwg putih, 1 biji bwg besar, 3 ulas bwg merah, 1 inci halia.
Potong memanjang cili kering, buang biji dan rebus dulu baru kisar dengan bahan-bahan lain. 

Tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik minyak/ cili masak.

Masukkan sedikit garam, asam jawa, gula, secukup rasa dan sos cili.

Masukkan ketam.

Pukul 2 biji telur dan curah atas ketam.

Kacau hingga telur masak dan menyaluti ketam gitu.

Siap. 


*        *        *


Resepi Udang Marjerin Cheese
(Resepi hentam sebab asal nak ikut resepi udang butter tapi butter, serbuk kari dan daun kari tak ada)

Bersihkan udang.
Potong depan dan atas kepala udang yang tajam tu. Potong atas kulit belakang udang untuk buang kotorannya.

Panaskan 1 sudu marjerin.

Tumis 2 ulas bwg putih dan 1 biji bwg bsr holland potong dadu hingga wangi.

Masukkan udang dan kacau sebentar.

Masukkan sedikit garam, lada hitam, susu cair dan 1 keping cheese.

Kacau sebati dan siap.




Resepi Sotong Cili Sos 
(Resepi hentam campak-campak)

Bersihkan sotong dan toskan. 
Buang dakwat, tulang dan potong ikut saiz yang disukai.

Gaul dengan garam, sedikit kunyit dan cili kisar.

Panaskan pemanggang ajaib/ kuali non stick dan tumis 2 ulas bwg putih.

Masukkan sotong dan kacau sebentar hingga kering air.
Jangan tutup penutup pemanggang ajaib/ kuali non stick untuk elakkan sotong lebih berair.

Masukkan sedikit sos cili, sos tiram, kicap dan secukup rasa.

Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.

Siap.


*        *        *


Resepi Lala Pedas
(Resepi hentam campak-campak)

Bersihkan lala.
Buang pasir/ selut.

Panaskan mintak. Tumis 2 ulas bwg putih dan 2 batang serai.

Masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan secukup rasa.

Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.

Siap.


*        *        *


Resepi Sayur-sayuran

Bersihkan salad dan tomato.

Potong brokoli, karot, anak jagung. Rebus sebentar dengan sedikit garam dan toskan.

Gaulkan tomato, brokoli, karot dan anak jagung dengan kewpie roasted sesame dressing.
Gaul dengan garam je pun tak pe..tapi aku memang suka kewpie roasted sesame dressing ni.


Hehe..6x masuk dapur tengok dah siap ke belum masak eh..




Jemput makan ye..kesian tunggu lama..




Sorang lagi adik otw nak balik Melaka, transit sini dulu demi Shell Out kakak eh..