Saturday, 2 April 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Sape orang Seremban angkat tangkat tangan!!. Orang Kedah yang kerja di Seremban pun angkat la juga tangan coz sama dengan aku. Ape? tak nak angkat tangan !!. Ikut suka korang ah, aku nak ajak senaman angkat-angkat tangan sambil hirup udara segar di City Park, Seremban 2 je pun coz tu la aktiviti hujung minggu aku (kadang-kadang) hahaha..

Hujung minggu korang buat apa.. hujung minggu ni lah masa yang paling aku tunggu-tunggu.. rasa macam nak duduk rumah tak nak keluar langsung. Sape ajak aku keluar hujung minggu kalau tak ada Fzal aku tu memang aku fikir 80 kali ah.. hahaha.. coz aku malas nak drive, tu je pun reasonnya. Nikmatnya.. leh bangun pagi lewat.. sarapan.. tengok tv.. layan fb.. mandi (lewat !!!).. makan tengah hari.. layan blog pulak.. tengok tv lagi.. sedar-sedar dah malam & kerja rumah pun tak buat.. malas lak aku.. ceh..

Malas tu ada waktu-waktu tertentu je ok. Selalu aku rajin.. ok aku tahu korang tak percaya : (. Walau semalas mana pun aku aku tetap akan memenuhi permintaan mak aku untuk keluar.. selalunya sarapan & jogging di City Park & shopping.. tu je pun coz aku pun tak tahu nak buat aktiviti apa lagi di sini, nak melawat rumah sedara tak ada sedara la plak kt Nogori ni. Kesian mak aku.. hari aku kerja mak & ayah duduk je di rumah coz mak aku kat rumah di Kedah pun memang tak suka keluar rumah coz dia tak suka duduk bersembang aka umpat-mengumpat ni (patut mak aku putih dari aku, jarang kena panas.. wakaka..). 

Hari ni mak, ayah, aku, fzal, min, mat, syifa & anak buah aku danial.. gi City Park. Kitorang jogging (jalan dengan perlahan aka santai-santai sebenarnya..) & sarapan nasi lemak yang mak masak sendiri 100% (anak yang baik ni tak sempat tolong coz bangun je mak dah siap masak). Nikmat sangat sarapan dengan family kat situ sambil tengok pemandangan hijau.. cuci mata gitu : P. Lepas tu gi Tesco beli barang nak masak untuk tengah hari, pendek kata hujung minggu memang makan je kerjanya, mana tak membesar bagai johannn.. Ok, sila layan gambar sekarang : P.






Agak-agak turun berapa kg hari ni? : P

No comments:

Post a comment