Thursday 31 March 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PKMMNS Kali ke-33

Alhamdulillah.. selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) Kali ke-33. Apa yang pasti semua bos, AJK, staff PKMMNS & anak syarikatnya Konsortium Kontraktor Melayu Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (KKMNSSB) mesti rasa lega & happy. Boleh lah tidur dengan lena & nyenyaknya malam ni setelah bertungkus-lumus menyiapkan persediaan untuk mesyuarat beberapa hari kebelakangan ni.






Majlis berlangsung di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YBhg Dato' Haji Mokhtar Bin Samad DSSA, AMN, PMK, PJK, JP. Klana Grand Ballroom dihias kemas (memang dah kemas pun kan) untuk majlis ini yang telah dihadiri oleh perwakilan yang terdiri daripada kontraktor-kontraktor Negeri Sembilan yang juga ahli-ahli PKMMNS. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli-ahli PKMMNS. Lepas ahli-ahli mendaftar, staff-staff campur staff import sorang a.k.a Fzal, biasa lah ye.. menjalankan aktiviti -aktiviti biasa.




Aktiviti 1
Bergambar bersama staff yang 5 kerat tu je la. 2 kerat PKMMNS & 3 kerat KKMNSSB yang duduk tu. Tapi lagi 1 kerat PKMMNS tak ada dalam gambar ni coz dia sibuk, dia ada dalam ballroom. (Wah!!! nampak sangat cukup makannn staff-staff ni coz semua kerat2 besar ni..  haha.. tetiba teringat drumstick ayam daging..). Apapun baju kita & tudung Mawaddah sponser itewww sangat cantik ok : ) Naik seri gitu.. wakaka..




Aktiviti 2
Mesti la bergambar dengan staff import. Terima kasih ye staff import coz di mana-mana.. pada bila-bila masa awak mesti ada dengan kami, selalu tolong kami walau apa jua event.. (huhu.. terharu a.k.a bodekkk pun ada ni..) Wajib ni bergambar coz nak masuk blog.. wakaka.. kalau tak dapat bergambar muncung saya automatik ke depan ok : P.





Aktiviti 3
Bergambar secara penuh pula ye bersama seluar & kasut tajaan dengan pelbagai aksi tapi aksi ni je yang dapat dipaparkan coz bergaya sopan gitu ok. Kelazzz.. dapat juga bergambar bersama "the 5 & only" staff, yg tgh tu MC of the event. Yehaaa.. membesar bagai johan : P. Lepas mesyuarat selesai, kitorang bergambar bersama bos-bos & AJK coz jarang dapat berkumpul bersama memakai baju gojesss ini : ). Lepas tu mesti la bergambar dengan staff import yang tersayanggg. Lepas tu kitorang buat aktiviti sdn. bhd. lak ok.






Aktivi Sdn. Bhd. 4, 5 & 6
Lepas kemas apa yang patut, sumbat-sumbat semua barang dalam kereta dengan pantasnya coz tak nak buang masa susun barang dengan lemah lembutnya a.k.a buang masa aku tau tak.. hehe.. kitorang bergambar lagi sekitar Klana Resort ala-ala model dalam banner promote hotel lak aii (aku tahu korang mesti ngumpat gambar 3 aweks baju biru tu kan kan.. alah jangan nak tipu.. den tahu derrr). Lepas menjamu selesa kat A&W lak, penyanyi-penyanyi karaoke tegar.. siyes tak temasuk aku ok.. diorang ni bt keputusan pantas nak karaoke di Seremban Parade (sorry gambar karaoke pakai baju office sangat la tidak sesuai untuk aku masukkan dalam entry ni ye..). Apapun, kredit utk 2 orag abang baju putih tu coz sangat sporting layannnzzz aweks-aweks PKMMNS & KKMNSSB nih.

No comments:

Post a Comment