Saturday, 5 March 2011

Selamat Pengantin Baru Along

Selamat Pengantin Baru Along : )

Eh jangan hairan dulu ye tengok entry tentang perkahwinan tetiba ada terselit gambar sorang lelaki tengah tengok bola. Biasalah orang kalau dah minat bola otw balik kampung tak rancang nak tengok bola pun ada je rezeki dia nak bolehkan juga dia tengok bola. Nak dijadikan cerita, wah dah macam buku cerita lak ni.. aku & Fzal otw balik kampung Fzal di Pasir Besar untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran Fzal a.k.a Along yang akan berlangsung keesokannya, semestinya kami akan lalu Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS & kami memang lalu pun tadi.. haha..

Aku memang teringin nak makan burger terbaeeekkk Ijan Burger@Paroi, NS coz lama dah tak makan, maklumlah dulu rumah di Palma Jaya Perdana, Paroi so senanglah nak makan. Aku request nak singgah beli & Fzal pergi belikan aku burger tu.. yum yum.. Tetiba adik laki aku call nak pinjam kereta nak pergi ambil aweks dia di KPM Beranang. Tempat yang paling sesuai kami nak lepak selama 1 jam lebih sementara tunggu adik aku balik tak lain tak bukan stadium itu lah, so rezeki Fzal lah dapat tengok bola.
 

Tak puas hati ke sampai berdiri tu.. hehe..


Aku ingatkan Seremban je panas, tapi kampung yang penuh dengan pokok-pokok pun dah panas sekarang, so ini ajelah gambar yang sempat aku ambil coz aku sibuk tengok adik ipar Fzal a.k.a Siti andamkan pengantin, tangan aku lak sibuk makan.. minum & berkipas ye.. haha.. Apapun lauk-pauk yang disediakan memang terbaeeekkk lah, tekak Kedah aku ngam lak kan dengan lauk-pauk Nogori ni.. hehe..


2 pengantin, along & sedara dia..


Aku & yaya


 Aku, yaya & mummy yaya (Fzal) coz diorang panggil Fzal "mummy" hehe..

No comments:

Post a comment