Sunday 27 February 2011

Makan Malam Amal - Kami Paling Bertuah

Al-kisah kami-kami yang paling bertuah di Jamuan Makan Amal anjuran Persatuan Ibubapa & Guru, Sek. Keb. Seremban 2B, Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih banyak buat bos Dato' Baharuddin Bin Sariman coz bagi kami staff PKMMNS & KKMNSSB peluang untuk menghadiri majlis tersebut. Biasa la.. kalau majlis makan-makan ni memang muka kami la.. hehe.. Apapun senyum banyak-banyak dulu sebelum terus taip entry ni.. : ) : ) : )

Seawal 8.00 malam lebih kurang, kami.. sape kami tu.. ok kami yang terdiri daripada kak amy + 4 anaknya, aku + fzal & min serta kak lin + husbandnya telah meredah kegelapan malam menaiki 3 buah  kereta buatan malaysia.. cewahhh.. nak gi majlis makan malam yang pastinya terang berderang di lokasi yang telah dimaklumkan iaitu Sek. Keb. Seremban 2B. Tapi.. huhuhu.. sampai je di sekolah suasana macam tak ada ape-ape pun, gelap wa cakap sama lu.. Tapi orang-orang bertuah ni memang tak putus asa kan kan..

Lepas call penganjur baru tahu salah information, huhu.. sampai hati tak cakap kat kami. Kami pun bertolak la ke tempat yang sepatutnya iaitu di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sampai je di situ, Kak Lin telah membisingkan dirinya di kaunter coz tak maklumkan tempat yang sepatutnya kepada kami.. tak percaya??? klik di sini, hehe.. Oleh kerana kami sampai lambat maka lambat la kami masuk & tempat kami pun di belakang lah ye. Tapi tak kisah coz kami dapat makan dengan selesa & kenyangnya. Paling best dapat menang cabutan bertuahhhhhhh..


Suasana dari meja belakang


Aku & Fzal


Angah & along


Aku & min..


Resit rasmi paling bertuah


Fzal & aku dapat cabutan bertuah TV LCD 32'


Kak Amy & family dapat cabutan bertuah 2D1N di Klana Resort


Kak Lin & husband dapat cabutan bertuah hamper dari Adabi

No comments:

Post a Comment