Sunday, 13 February 2011

Happy 2nd Anniversary

Happy 2nd Anniversary Fzal & Ct <3 <3 <3
Semoga Fzal & Ct panjang umur, murah rezeki, gembira & bahagia selalu di samping keluarga tersayang : )

Kenapa kita meraikan hari ulang tahun kita bersama pasangan kita? ha pandai pun.. terus nak fikir la tu kan kan.. : ) Aku tak tahu apa jawapan korang tapi yang pasti aku nak meraikan hari ulang tahun aku & Fzal coz kitorang kan "sibuk la sangat" (mari gelak bersama aku dulu.. wakaka..) pada hari-hari biasa, so tak salah pun hari tu kita luangkan masa yang betul-betul namanya masa dengan ikhlas bersama pasangan & keluarga kita untuk meraikan kenangan suka duka kita sepanjang tahun tu & mendapat lebih banyak semangat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik (tipu la sangat kalau suka je & tak ada duka ok.. : P).

Ayat aku tadi tu tu tak bermaksud aku tak ikhlas luangkan masa bersama sebelum ni, aku ikhlas weh.. sampai hati cakap aku tak ikhlas.. : ( tapi walau seikhlas mana pun masa yang aku luangkan otak aku masih akan memikirkan perkara-perkara lain (contohnya dalam hp aku ada 80++ draft.. itu sebahagian perkara penting yang perlu aku fikirkan..). Apapun.. "Aiman tak kisah.." coz hanya Fzal je yang tahu seikhlas mana budak bernama Siti Zuridah yang tembam lagi kelakar ni (ada kena mengena ke dengan kelakar.. biar lah..) bak kata anak sedara aku umur 5 tahun nama Danial "Aunty ni kelakarlah.." wakaka.. kelakar ke aunty ni.. : P. Apa yang pasti hari ulang tahun tu aku hanya fikirkan hari tu.. so aku ikhlas kan kan..




Ini adalah pandanga atas kek yang aku buat ikhlas dari hati aku dengan bantuan ikhlas Fzal.. tima kacih ye.. opsss.. sorang lagi tertinggal.. adik terchayang Min ikhlas gak tolong.. (mungkin..) haha.. Maaf la kedai-kedai kek panel aku di Seremban coz aku dah selalu sangat makan kek korang.. sampai membesar dengan sihat & kuat macam sekarang ni la.. so untuk majlis ni aku nak buat sendiri kek. Apa-apa jadi pun rupa & rasa kek aku tu aku tak kisah (kek pertama dalam 29 tahun buat tanpa bantuan mak.. jeng jeng jeng..). So dengan gigih & ikhlasnya pagi-pagi buka internet cari resepi coz tak nak guna resepi mak.. hehe..  Tanpa mengkaji dulu kuantiti bahan (walaupun kerja Juruukur Bahan.. tapi bab-bab nak ukur bahan masak ni sangat la lemah aku ni..) kami terus belasah buat kek. Tunggu ye hasil ketinggian kek aku.. (mari gelakkk dulu ye..). Opsss lupa, sengaja tak nak letak kek pandangan sisi, tunggu.. : P.




Kalau kita ikhlas buat sesuatu perkara, mesti akan ada orang yang sudi tolong kan. Nak kata aku tak suka makan puding caramel tak juga coz pernah makan dan memang sedap tapi tak berani nak makan je.. hehe.. coz selalu orang kata guna bayak telur & manis.. so tak nak la terlebih "manis" lagi aku ni.. wakaka.. Tapi hari ni ada orang ikhlas sudi tolong aku buat, aweks adik aku, Syifa offer nak buat, senang je katanya, so aku tengok dia buat.. tadaaa dah siap "Puding Caramel Ikhlas Syifa".. memang senang betul rupanya. Thanks ye Syifa coz memang sedap & tak manis sangat.. pandai tul budget gula ye.. : ) Berapa banyak ikhlas daaa.. (15 kali jerrr.. hehe..) ok dah!!!. 





Antara menu lain adalah ayamas, bihun goreng (mak tersayang yang gorengkan..saaayang mak..), spaghetti hasil sumbangan resepi dari Kak Lin, (sebelum ni buat spaghetti resepi sendiri.. kali ni nak cuba resepi baru..), puding kastard dan lain-lain. Macam biasa sebelum aktiviti makan-makan kita bergambar dulu ye khas untuk blog gitu.. Syifa offer nak tolong ambilkan gambar dulu, say cheese.. opppssss.. min lak tolong ambilkan gambar.. tadaaa.. : ) aku & Fzal tak abis-abis dengan peace nya.. haha.. : P




Jeng jeng jeng.. tiba la masa aku & Fzal nak potong kek.. tengok ye hasil ketinggian kek aku.. tadaaa.. ok la tu kan QS buat kek jadi rupa kek, kalau jadi rupa bangunan empat segi kosong je karang sedih sangat la pulak.. so ok la ada hiasan strawberry & prune lagi gitu, tapi prune baru balik berjemur kat pantai, so dia jadi gelap & tak nampak sangat ye..tapi apapun habis gak semua makan kek aku ni.. hehe.. Ape??? nak aku buat lagi.. OH TIDAKKK (buat masa sekarang.. haha..). Kalau nak kek yang cantik & sedap, tempahlah pada yang pakar dalam bidang kek ye, kalau nak tempah pada kawan aku pun boleh, Kak Ina namanya, so sila lihat dulu di sini ye.. kalau ada yang berkenan di hati, sila call sendiri ok..

No comments:

Post a comment