Tuesday 8 February 2011

Kebebasan seorang Juruukur Bahan

Sebelum korang baca tentang entry ni sampai habis (sape tak nak baca sampai habis aku cubit.. haha..) aku nak terangkan dulu Juruukur Bahan / Quantity Surveyor (QS) tu kerja apa coz bagi aku dan beberapa orang kawan aku yang juga QS, ramai orang tak tahu kerja QS tu macam mana. Kami yang pernah mengalami situasi "orang tanya kerja QS tu kerja apa" berpendapat kerja QS tidaklah popular macam kerja yang seangkatan dengannya di dalam bidang pembinaan (bukan angkatan tentera ok..) seperti Jurutera / Engineer dan Arkitek / Architect, so ramai yang tak tahu.. lagipun QS memang low profile.. kan kan..

Tak dinafikan ramai yang tahu, tapi kebarangkalian (wah.. tetiba teringat kebarangkalian matematik lak.. haha.. ) diorang tahu pun coz diorang, kawan-kawan atau sedara-mara diorang sedang atau pernah belajar atau sedang bekerja dalam bidang pembinaan ataupun diorang memang lahir-lahir dah tahu.. wakaka.. Kalau  dulu-dulu orang tanya kerja QS tu kerja apa, jawapan aku akan ikut lokasi di mana aku berada waktu tu & siapa yang bertanya tapi sekarang aku dah ada jawapan yang lain.. ape? nak tahu.. jap gi aku bagitau ok : P

Kalau dulu-dulu aku balik kampung lepas kerja QS di Seremban, orang-orang tua di kampung (yang kenal aku je ok..) akan tanya aku kerja apa coz lepas belajar 2 tahun ada ja muka aku kat kampung.. wakaka.. Kedah I LOVE U !!! (tetiba je..) Aku selalu jawab "kerja juruukur bahan". Lepas aku jawab confirm orang tu tak puas hati.. hahaha.. dia mesti tanya balik kerja macam mana tu, aku lak confirm akan jawab balik "kerja ukur barang nak buat bangunan.." tapi ada yang tanya banyak lak aku jawab la buat rumah ka sekolah ka macam tu la. Kadang-kadang bila aku lupa aku jawab "kerja QS" tapi lepas tu kena la explain balik macam step tadi. Tapi kan.. haha.. ada gak diorang selalu teka QS tu Quality System.. "Aiman tak kisah : )" lalalala..

Tapi sekarang aku dah ada jawapan yang lagi cepat dan pantas nak jawab bila orang tanya kerja apa.. haha.. tapi kena ikut lokasi juga jawapan yang aku nak bagi tu. Kalau di kampung aku akan jawab "kerja macam Engineer.. Arkitek.." wakaka.. aku jawab macam ok.. bukan "kerja sebagai Engineer.. Arkitek.." bukan sekali-kali nak perasan jadi Engineer atau Arkitek (sedar dir.. huhu..) tapi orang kampung lagi tahu kerja Engineer & Arkitek dari Juruukur Bahan, maksud aku macam tu di dalam bidang yang sama la bidang pembinaan.. haha..




Ok.. dah tahu apa itu kerja QS kan, so perkenalkan yang bertudung tu kawan aku Kak Ema.. senior QS & sorang lagi tu adik aku QS juga (tapi baru suam-suam kuku.. haha..) Kebebasan di sini maksudnya hari ini kami meraikan kebebasan Kak Ema dari syarikat pembinaan *** (tak boleh komen lebih-lebih.. hehe..) untuk mancari tapak di syarikat lain pula yang menawarkan lebih $$$, persekitaran baru & ilmu yang baru. Adik aku juga bakal mengikut jejak Kak Ema tidak lama lagi.. Entry ni tak ada kene mengena dengan aku walaupun aku QS coz aku memang dah sedia "BEBAS" di KKMNSSB ni.. wakaka la sangat.. : P

Moral of the entry.. carilah kebebasan wahai QS yang tertekan di mana saja kamu berada, hidup kena happy.. jangan ada tekanan yang berlebihan dalam pekerjaan (tekanan sikit-sikit tu adat dalam pekerjaan la weh.. aku tampar karang tertekan sikit dah membebel.. haha..) Tapi kalau ada tekanan yang sudah !@#$%^&*() so berenti la wehhh.. ingat deskripsi tugas dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hanya membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan. lalalala..


No comments:

Post a Comment