Friday, 25 February 2011

Interview seorang QS hingga I-City

Al kisah interview seorang QS sampai malam. Kenapa? Tak percaya? Keluar rumah di Seremban awal pagi menuju ke lokasi di Damansara nak interview coz tak tahu jalan, so mesti keluar awal nak cari office nak interview.. al maklumlah jalan di Damansara tersangat la "lengang" waktu pagi. Suami yang drive ditemani  anak kecil & kawan yang comel serta yang tersayangnya & adik kawan tu. Sampai di Damansara, of course la call office tu nak tanya jalan ke office, QS memang "suka" bab-bab call orang tanya jalan ni coz cepat & mudah sikit nak cari. Terbaekkk punya staff, bagi direction pun tak betul & siap cakap tak berapa tahu jalan dari tempat tu ke office. Helloooooooooooo kak, kau baru sehari ke keje situ!!! Kau tak kan tak pernah pergi IKEA kot!!!

Setelah beberapa kali salah jalan, si QS decide tak nak pergi interview & nak gi IKEA coz kawan yang comel tu nak gi IKEA, tapi kawan QS tu tetap nak QS tu gi juga interview & meng"cool" kan keadaan.. lastly jumpa juga office tu. Dekat bangat la kak oiii dari IKEA!!!. Kalau dah rezeki tu kan, apa pun halangan tetap kita berjaya tempuhi kan. Si QS di interview selama lebih kurang 1 jam lebih. So baki penumpang tadi menunggu dengan sabar di kedai makan termasuk anak kecil yang senyum ke keje dia & tak banyak bergerak kesana kemari macam budak tak pernah pakai kasut tak pun tak pernah pijak tiles a.k.a Damia Darwisyah, anak si QS tadi a.k.a Kak Ema.


Sape pernah masuk restoran ni di Shah Alam???


Damia Darwisyah yang baik bangat.. lain kali leh la bawa jalan lagi..


Slurppp.. mee sup power dari utara ok.. letak cili banyak2, pehhh.. meleleh air liur!!!


Lepas interview, Kak Ema bawa kitorang makan sup utara terbaekkk yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam. Kami makan-makan dengan nikmatnya coz letak cili banyak-banyak.. pehhh.. Korang mesti teringin kan, cepat-cepat orang Kedah yang bukan tinggal di Kedah macam aku, yang selalu susah nak jumpa kedai sup yang style Kedah nyer masak datang sini tak pun ke mana-mana kedai sup yang terdekat dengan segera coz aku tahu korang pun dah meleleh air liur tuh. Selain sup ada juga nasi lemak bungkus ok untuk peminat nasi lemak tegarrrr ok.


Pose min persis modelll.. ceh..


Macam kat China la plak..


Min in green.. cantik..


Min lagi.. cantik..


Ala-ala pre-wed gitu.. ceh..


Family Kak Ema..


Lepas makan kitorang pergi i-City coz dalam fb banyak sangat orang tag gi i-City bagai, so kitorang jadi teringin la plak nak pergi.. hahaha.. kuat betul penangan fb. Bila dah sampai.. oooo.. macam ni i-city.. ooo.. ooo.. ooo.. ok.. Lepas pose kat semua pokok-pokok berlampu ditemani hujan renyai-renyai sambil tengok Damia Darwisyah main-main kitorang pun balik coz kepala pun dah peningggggg.. so nak balik zzzZZZzzz.. hahahha..

No comments:

Post a comment