Sunday 6 February 2011

Pengadil Bola Sepak Yang Demam

Masa kecik-kecik dulu aku pernah fikir tentang ciri-ciri lelaki pilihan hati untuk jadi suami bila aku dah besar nanti.. wah kelasss aku kecik-kecik pun tahu fikir macam tu.. wkwkwk.. Salah satu ciri-cirinya adalah lelaki bertuah di muka bumi Malaysia tu (tak penah terfikir lak nak married with mix guy cehhh..) mesti suka bola sepak. Dulu terfikir pemain bola sepak je.. maklumlah pengadil bola sepak bukannya glamour pun tapi tak sangka lak sekarang akan berkenalan dengan pengadil bola sepak. Tak kisahlah janji bola sepak.

Minggu ni aku balik kampung melawat mak dan nenek Fzal. Ikutkan petang dah balik Seremban coz esok kerja. Sebelum balik si peminat bola sepak tegar ajak aku jadi penonton perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Felda Pasir Besar dan budak-budak Presiden walhal dia demam.. (wah aku guna ayat walhal tuh..). Demam yang ada bintik-bintik merah di badan tapi not sure itu adalah demam campak ke demam denggi coz aku bukannya tuan empunya badan lagipun belum pergi hospital.

Aku dan Fzal baru turun kereta nak cari tempat yang sesuai nak lepak tapi Fzal disuruh jadi pengadil ke-4. Fzal tersenyum-senyum buat-buat lupa kata dia demam terus ajak aku balik rumah ambil barang. Pesan Fzal waktu dia di bawah jadi pengadil aku duduk belakang dia kat atas. Patutlah pesanan sedemikian rupa. Si pengadil ke-4 kan memang tak ada kerja, so kejap-kejap pusing belakang sengih-sengih. So si penonton setia ni pun apa lagi jadi photographer amatur lah. Lihatlah hasil gambar terbaekkk dari belakang pengadil yang deman. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan angkara bukan event yang dirancang ye.





No comments:

Post a Comment