Saturday 26 February 2011

Mari Belajar Buat Coklat

Beryl's Chocolate!!! Sedapnya.. yum yum..

Coklat!!! Semua orang suka makan coklat kan kan kan.. Hari ni aku, min & Kak Ina dengan semangatnya pagi-pagi dah bertolak ke Sg. Udang, Melaka untuk belajar buat coklat. Ok mari belajar sikit tentang coklat dengan aku. Mula-mula ambil biji koko & panggang. Lepas panggang buang kulitnya & korang akan nampak koko nips. Koko nips rasanya pahit. Kalau grained biji koko akan cair & akan bertukar jadi koko mass bila disimpan pada suhu bilik. Koko mass tu ler bahan utama dalam pembuatan coklat.




Coklat ada 2 jenis iaitu compound & original. Compound coklat tidak menggunakan coco mass ye cik-cik & puan-puan coz compound coklat terdiri daripada campuran serbuk koko, gula, perasa vanila (original) atau vinalin & vegetable fat / coco butter (minyak dari biji koko & tiada campuran lain) / sub-stitute yang diperbuat daripada palm oil. Original coklat adalah koko mass. Koko mass mengandungi 50-55% minyak. 

Coco cake lak adalah coco mass yang dah dibuang minyaknya. Minyak inilah coco butter yang ada aku sebut dalam kandungan compound coklat tadi tu. Coco cake yang dijadikan serbuk dipanggil serbuk koko laaaa.. Dah faham ke, aku pun baru hari ni faham.. banyak ooo.. ooo.. ooo.. aku keluar waktu tengah belajar.. haha.. Aku belajar buat moulded chocolate (yang ada betuk-betuk tu macam love tu), ganache (coklat bar yang boleh potong-potong tu), lolipop coklat, cara nak cairkan coklat yang betul & macam-macam ah. 




Lepas belajar acara paling aku suka, apa lagi.. rasa@makan coklat la.. sedapnya.. yum yum.. Lepas makan  kitorang ambil sijil & bergambar dulu sebelum bertolak balik ke rumah Fzal di Gemas, NS coz malamnya nak datang Melaka lagi untuk urusan bisnes.

Lepas ni nak pergi Beryl's Chocolate Kingdom lah. Sape nak ikut??? Jom kita ke No.38, Jalan Utara, Off Jalan Imbi (dekat Berjaya Times Square). Opening hours: 9am-6pm. Setelah di google inilah gambar lokasinya ye.





p/s : Coklat tak menggemukkan cikgu aku kata. Tapi jangan ambil kuantiti yang berlebihan ye :)

No comments:

Post a Comment