Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Work Life Balance



Terlalu ramai yang bertanya kaedah mencari WORK LIFE BALANCE. Di antara amalan untuk merek samada yang BARU atau DAH LAMA KAWIN:

  1. Jaga solat dengan sempurna.
  2. Bangun tidur terus SENYUM & berdoa untuk dapat kebaikan dunia & akhirat.
  3. Jika sempat, sarapan bersama.
  4. Peluk pasangan sebelum pergi kerja, bukan sekadar bersalaman.
  5. Lakukan kerja dengan terbaik & ikhlas agar dapat rezki yang berkat & bahagia rumahtangga
  6. Sebelum balik kerja, programkan minda dengan sebut dalam hati, Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ni. Aku serahkan kerja & diri ku kepada Mu Ya Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan/ keluarga & mudah membantu kerja rumah. 
  7. Nak masuk rumah baca Bismillah, Surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu.
  8. Peluk pasangan & tanya kabar.
  9. Buat kerja rumah bersama, suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah, masak, berkemas, mencuci dll.
  10. Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid).
  11. Berbual & dengari pasangan. Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sebab isteri cuma nak lepaskan tension dengan bercerita. RAMAI SUAMI YANG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar.
  12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan & bermaafan.
  13. Pagar diri dengan Surah Al-Fatihah, ayat Kursi, & Surah 3 Qul, hembus tapak tangan & sapu seluruh badan kecuali tapak kaki & kemaluan.
  14. Programkan minda agar esok jika panjang umur agar lebih positif, ceria, bersemangat & lebih baik daripada hari ni.
  15. Sentiasa berdoa & tawakkal kepada Allah. Banyak lagi yang boleh di lakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal untyk dapat WORK LIFE BALANCE.


Kredit Fb Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Monday, 15 July 2013

Rumahtangga & Kerjaya


Mengimbangi Antara Rumahtangga & Kerjaya.

Antara tip untuk bentuk WORK LIFE BALANCE :-

  1. Jadi insan yang soleh/solehah
  2. Sentiasa berdoa
  3. Sentiasa mesyuarat dengan keluarga
  4. Masukkan aktiviti keluarga dalam diari
  5. Buat senarai prioriti
  6. Belajar menolak kerja yang di luar kemampuan
  7. Urus diri & tugasan
  8. Gunakan teknologi (database) untuk urus diri
  9. Terima hakikat kita tak sempurna & perlukan bantuan
  10. Tulis visi & misi hidup, kerjaya & keluarga
  11. Tutup TV bila nak bincang
  12. Kawal penggunaan internet
  13. Cari hobi yg menarik & berfaedah
  14. Buat aktiviti keluarga yang seronok d hujung minggu
  15. Tidur awal & bangun awal
  16. Hapuskan kegiatan yang sia-sia
  17. Kurang mengharap & banyak memberi
  18. Sentiasa tawakal kepada Allah.


Thursday, 21 March 2013

Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya."