Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Sunday, 15 June 2014

Selamat Hari Bapa


Ayah..
Selamat hari bapa ayah
Atas segala susah & payah
Sentiasa cekal tak pernah goyah
Mengharungi apa jua masalah

Tak terbalas segala jasamu
Kusimpan erat di lubuk hatiku
Akan aku cuba apa yang termampu
Kerana bahagia melihat senyummu

Engkau insan paling penyabar
Tiada nilai setanding untuk dibayar
Mendidik aku dengan sabar
Mengharungi liku yang penuh mencabar


Wednesday, 22 January 2014

Aku, Dia, Kamu & Mereka



               Aku
               Tak kan pernah berubah
               Kerana selesa dengan apa yang ada
               Tak kan begini selama-lamanya
               Oh aku perlu berubah segera

               Dia
               Tak kan pernah tinggalkan
               Kerana tak sanggup aku kesunyian
               Tak kan sesekali membiarkan
               Oh besarnya pengorbanan

               Kamu
               Tak kan pernah menghargai
               Kerana aku tak sanggup lukai
               Tak kan lagi membakar diri
               Oh maaf buat kali ini

               Mereka
               Tak kan pernah bersyukur
               Kerana semuanya sangat teratur
               Tak kan lagi aku akur
               Oh terima kasih budi yang ditabur

               Aku akan mengasah bakat sendiri
               Dia perlu mula belajar berdikari
               Kamu terpaksa lakukannya sendiri
               Mereka terpulanglah apa nak jadi 


Friday, 7 October 2011

Saat Ini Hari Ini


 SAAT INI HARI INI
Oleh : Siti Zuridah

Saat ini hari ini
Liku-liku kehidupan pun bermula
Akibat mengiyakan semua perkara
Demi berusaha menjaga hati semua
Kerana lebihkan senyuman tanpa suara

Saat ini hari ini..
Tak akan ada lagi keputusan segera
Sebaliknya katakan tidak dengan tegasnya
Demi mengelak masalah bermula
Kerana ia kelak mengundang duka

Saat ini hari ini..
Berusaha berdikari dengan apa yang ada
Tanpa menyusahkan sesiapa pun jua
Demi hadapi apa yang telah bermula
Kerana rasa yakin dan percaya

Saat ini hari ini..
Kuatkan diri serta tabahkan jiwa
Hadapi apa jua yang bakal melanda
Demi masa depan yang lebih bahagia
Kerana segalanya baru saja bermula