Friday 25 December 2015

Resepi Ala Shell Out di Rumah


Zaman sekarang hidangan-hidangan viral seperti Shell Out mesti kena cuba masak sendiri di rumah. Bukan nak lawan tahap kesedapan Shell Out yang original cuma nak uji tahap kerajinan diri sendiri masuk dapur je. Oleh sebab minggu ni cuti 4 hari dan kebetulan si suami menunjukkan tahap kerajinannya dengan cuci toilet malam-malam buta semalam, maka si isteri pun zasss dengan serta merta terlintas di fikiran malam tu jugak nak masak ala-ala Shel Out la untuk si dia yang rajin tu. Biasanya hari cuti je masa nak cuba masak resepi yang best sikit sebab hari keje memang ketung ketang ketung ketang resepi yang mudah dan masak cepat je.


Sebelum tidur google dulu resepi Shell Out. Banyak juga orang yang dah cuba masak sendiri di rumah. Baca je resepi satu per satu tapi niat di hati nak masak ikut tekak aku dan suami je sebab kami yang nak makan kan haha.. Esoknya beli barang di Mydin, alamak ketam pulak tak ada. Hati berbelah bagi nak masak ketam dengan telur biasa atau dengan telur masin sebab dah simpan resepi ketam dengan telur masin gak. Alang-alang dah rajin nak masak tu kan, suami pun ikutkan juga kata si isteri nak pergi Family Store cari ketam. Yeayyy..settle beli ketam dan telur masin.









Tips sebelum masak ala-ala Shell Out :-
  • Pastikan kira jumlah orang yang akan menikmati hidangan dengan betul untuk elakkan pembaziran. Aku paling tak suka dengan pembaziran makanan. So aku kira siap-siap untuk 2 orang iaitu aku dan suami dan lebih sedikit untuk adik. Adik aku balik kampung dengan isterinya tapi aku kan kakak yang baik..haha..so aku simpan dalam tempat beku supaya tak rosak atau berubah rasa. Ketam sorang seekor sebab aku tak boleh makan seafood sangat sebenarnya. Udang 5 ekor/orang. Sotong 3 ekor/orang. Lala suami yang ambil. Tapi hakikatnya lepas makan, udang 3 ekor je seorang makan sebab banyak lauk dalam satu masa makan..haha.. 
  • Bersihkan satu per satu makanan laut tu dan simpan dalam peti sejuk dulu sementara makanan laut yang lain siap dibersihkan. Kenapa? Untuk kekalkan tahap kemanisan dan kesedapan la. Kalau kita masak hari-hari biasa tak banyak sangat lauk dan masa yang perlu nak bersihakan lauk. Kali ni sekali masak banyak jenis lauk. Sementara nak tunggu lauk lain siap bersih alamat lembik dulu la udang ke sotong tu tunggu kawan-kawan dia yang lain siap.. haha..
  • Masak versi kering sedikit. Kenapa? Sebeb kalau versi basah tu versi kawah dah tu bukan Shell Out..haha.. Versi kering untuk sesuaikan cara hidangan lambak atas meja supaya tak ada keuah yang meleleh jatuh ke muka bumi la.
  • Tanya tetamu betul-betul nak makan lauk sahaja atau dengan nasi. Kenapa? Sebab kalau makan nasi sekali lauk-pauk mungin akan lebih banyak sebab dah kenyang dengan nasi. So boleh anggarkan jumlah lauk yang betul. Sebenarnya lebih nikmat makan lauk je sebab baru best kupas-kupas ketam, udang terus makan. Kan leceh kupas ketam nak suap-suap nasi lagi..haha..
  • Suruh tetamu makan sayur sama!!! Kenapa? Kan membazir sayur buat hiasan saja..haha.. Eh lemon tu bukan hiasan semata ye, boleh perah sambil menikmati makanan..lagi best! Yummehhh..
  • Lepas masak lauk- pauk masukkan dalam pinggan dulu untuk kurangkan kepanasan. Kemudian baru hidang versi lambak atas meja.




Aku tak suka nak bagi resepi panjang berjela sebab aku faham orang-orang spesis macam aku yang terlebih rajin ni bukan suka sangat nak baca resepi panjang-panjang. Nanti dah elok ada mood nak masak terus tak ada. So ni resepi eh..harap-harap newbie pun boleh faham kot kan..


Resepi Ketam Cili Dengan Telur
(Resepi biasa semua orang dah tau kan)

Rebus 3 ekor ketam dan sedikit garam.
Buang insang dan kantung "bahan buangannya". Aku pun baru tau sebab aku dah call mak tanya. Ni 1st time aku bersihkan ketam sendiri! Teringat kat predator lak aku waktu bersihkan ketam tu.

Kisar 1 genggam cili kering (simpan sedikit untuk sotong dan lala), 2 ulas bwg putih, 1 biji bwg besar, 3 ulas bwg merah, 1 inci halia.
Potong memanjang cili kering, buang biji dan rebus dulu baru kisar dengan bahan-bahan lain. 

Tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik minyak/ cili masak.

Masukkan sedikit garam, asam jawa, gula, secukup rasa dan sos cili.

Masukkan ketam.

Pukul 2 biji telur dan curah atas ketam.

Kacau hingga telur masak dan menyaluti ketam gitu.

Siap. 


*        *        *


Resepi Udang Marjerin Cheese
(Resepi hentam sebab asal nak ikut resepi udang butter tapi butter, serbuk kari dan daun kari tak ada)

Bersihkan udang.
Potong depan dan atas kepala udang yang tajam tu. Potong atas kulit belakang udang untuk buang kotorannya.

Panaskan 1 sudu marjerin.

Tumis 2 ulas bwg putih dan 1 biji bwg bsr holland potong dadu hingga wangi.

Masukkan udang dan kacau sebentar.

Masukkan sedikit garam, lada hitam, susu cair dan 1 keping cheese.

Kacau sebati dan siap.




Resepi Sotong Cili Sos 
(Resepi hentam campak-campak)

Bersihkan sotong dan toskan. 
Buang dakwat, tulang dan potong ikut saiz yang disukai.

Gaul dengan garam, sedikit kunyit dan cili kisar.

Panaskan pemanggang ajaib/ kuali non stick dan tumis 2 ulas bwg putih.

Masukkan sotong dan kacau sebentar hingga kering air.
Jangan tutup penutup pemanggang ajaib/ kuali non stick untuk elakkan sotong lebih berair.

Masukkan sedikit sos cili, sos tiram, kicap dan secukup rasa.

Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.

Siap.


*        *        *


Resepi Lala Pedas
(Resepi hentam campak-campak)

Bersihkan lala.
Buang pasir/ selut.

Panaskan mintak. Tumis 2 ulas bwg putih dan 2 batang serai.

Masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan secukup rasa.

Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.

Siap.


*        *        *


Resepi Sayur-sayuran

Bersihkan salad dan tomato.

Potong brokoli, karot, anak jagung. Rebus sebentar dengan sedikit garam dan toskan.

Gaulkan tomato, brokoli, karot dan anak jagung dengan kewpie roasted sesame dressing.
Gaul dengan garam je pun tak pe..tapi aku memang suka kewpie roasted sesame dressing ni.


Hehe..6x masuk dapur tengok dah siap ke belum masak eh..




Jemput makan ye..kesian tunggu lama..




Sorang lagi adik otw nak balik Melaka, transit sini dulu demi Shell Out kakak eh..


Monday 23 February 2015

Resepi Daging Dendeng Sodappp!


Nah tengok pic selepas dulu baru korang semangat nak baca..hihi..


Alkisah daging dendeng. Satu hari nampak orang share gambar dan resepi daging dendeng ni. Dek kerana gambar yang nampak sangat mabelesss tu aku pun save la resepi tu. Sekali baca mak ai macam susah je nak masak. Maka tersimpan la resepi tu dalam hp dulu. Dah lama rasa teringin nak cuba masak sendiri daging dendeng ni. Selagi tak cuba selagi tu la tak puas hati. Duduk rumah sendiri rasa tak best cuba resepi baru. Sesekali datang berkumpul adik beradik atau jumpa mak mesti ada je resepi baru nak cuba. So kali ni cuba la masak daging dendeng ni sebab ada ketua chef..sape lagi kalau bukan mak la..haha..lagipun dah tak ada idea nak masak ape untuk makan tengah hari.


Ok tak yah membebel banyak. Jom masak. Aku cuba guna ayat yang paling simple & senang faham ok supaya korang yang sama "rajin" dengan aku mesti rasa macam nak cuna masak. Kan dah bertambah kepakaran masak korang..hihi..


DANGING DENDENG SODAPPP

Bahan-bahannya :

1 kg daging
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar cili kering kisar
4 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam
Gula
3/4 cawan kicap manis
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air rebusan daging


Cara-caranya :
  1. Potong dadu daging sebesar 2 jari dan rebus hingga lembut, jangan terlalu empuk.
  2. Toskan daging dan biar sejuk sebentar, simpan air rebusan daging.
  3. Mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga keemasan dan ketepikan.
  4. Potong daging tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal, tumbuk hingga habis dan goreng sebentar guna minyak goreng bawang tadi dan ketepikan.
  5. Guna lebihan minyak goreng daging, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
  6. Masukkan cili kering kisar, daun limau purut, serai dan kacau hingga pecah minyak.
  7. Masukkan garam, gula, kicap, asam jawa, air rebusan daging dan kacau rata.
  8. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Tutup sebentar hingga air sedikit kering.
  9. Masukkan bawang goreng tadi dan kacau rata.
  10. Tambahkan sedikit air rebusan daging jika terlalu kering.

Bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang halus.


Bawang besar, bawang putih dan halia yang digoreng keemasan.


Daging yang telah ditumbuk.


Daging yang telah di goreng sebentar.


Daging dendeng yang siap di masak.


Saturday 24 January 2015

Majlis Aqiqah, Yassin & Tahlil serta Bday Qayyum & Iyad


Hari ni aunty tengah diet ni..maklumlah semangat tahun baru masih berkobar-kobar. Alang-alang dah ada majlis..cheat sekali sekala dua kali dua kala pun boleh kan. 3 kek kan..semua nak rasa..haha..tu baru gambar kek belum lauk-pauk eh.. Maaf gambar lauk tak ada sebab nanti kantoi makan banyak. Maklumlah lauk nogori 9 memang terlajak sedappp. Selain daripada tu tak termasuk juga kuih-muih jiran-jiran terdekat bawa..hehe..tak apa lah yang penting semua orang happy dapat makan-makan & sambut bday 2 orang cucu wo eh.


Happy Birthday Iyad & Qayyum.
Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang baik, happy & bahagia selalu.












Iyad..aunty tak buli pun..kenapa gitu..hehe..





Friday 9 January 2015

Week 1 : Yes!!! Berjaya elak nasi!!!


Assalamualaikum


Alhamdulillah..hari ni hari penimbangan SZ IW Challenge untuk Week 1. Pehhh..nama program tak ingat..SZ IW Challenge bagai..haha.. Nama penuhnya Siti Zuridah Ideal Weight Challenge je pun, letak nama aku la tak kan nak letak nama korang lak. Saya budak baru belajar la katakan, banyak lagi yang perlu diperbaiki sebab semua cara dalam challenge ni aku cuba sendiri je ikut tekak dan keadaan diri aku tanpa merujuk mana-mana pakar pemakanan, hanya belajar sendiri dari kawan-kawan, google, facebook, instagram dll sebab aku banyak masa nak belajar..haha.. Apa guna kawan dan teknologi kalau tak guna..ye dak. Kalau ada yang nak bagi nasihat, petua, cadangan dll aku terima dengan gembiranya..pm atau wassup je ok.


Hari ni aku nak tulis tentang Week 1, apa yang aku plan untuk belajar ubah dari kebiasaan tentang cara pemakanan aku, cabaran yang aku hadapi, keputusan yang dinanti-nantikan dan perubahan apa yang aku rasa dalam minggu ni sebagai rujukan aku di masa akan datang. Kalau ada sesape nak ikut tu boleh, cuma biarlah sesuai dengan cara hidup dan keadaan badan masing-masing sebab jangan sampai rasa terpaksa, mesti tak happy macam tu. Jangan tanya aku ni kali yang ke berapa aku diet, tidakkk aku dah fobia nak panggil ianya diet sebab sebelum-sebelum ni diet aku nan hadooo..tak ado yang berjaya, ada yang berjaya tapi tak kekal so anggap je la tak berjaya senang citer. Nak puaskan hati..aku anggap je la ubah cara makan bukan diet.


Plan

Beberapa menu Week 1


Minggu ni biasa la minggu pertama mula, mesti semangat tu lebih sikit..hehe.. Apa yang aku plan, malam-malam aku plan tau apa nak makan esoknya..gigih..haha..kalau tak plan mesti ngelat punyalah. Minggu ni aku nak ubah kebiasaan aku dari tak minum air putih langsung lepas bangun tidur ke minum air putih lepas bangun tidur sebagai permulaan. Air putih tak sedap pagi-pagi..tah kenape tah..macam pahit je haha.. Aku bukan seorang yang rajin minum air putih sebelum ni walaupun aku tahu kebaikan minum air putih yang cukup untuk badan kita. Dulu, aku akan minum air banyak lepas balik dari site tengok projek, tu pun sebab panasss kan. Plan permulaan aku hanyalah 2 liter minum air putih.


Kemudian, peminat nasi lemak dan roti canai tegar sebagai sarapan boleh dikatakan macam selang sehari menu-menu tu kepada menu yang tekak aku kata tidakkk sebelum ni, yeah..ianya oat. Tengah hari pula plan nak elakkan nasi. Nasi..ok aku tahu diet seimbang boleh makan nasi dengan kuantiti 1 genggam tangan kita, 1 cawan atau agak-agak la 1/4 pinggan. Aku saja nak cabar diri aku sendiri dengan cuba elakkan nasi dalam challenge ni dengan tambah serta pelbagaikan sayur-sayuran. Dah 30 tahun lebih makan nasi kan.


Cabaran

Antara cabaran minggu ni adalah nasi. Nasi..oh makan nasi memang best kan, bukan nasi tu yang sedap, lauk-pauk tu yang buatkan nasi bertambah-tambah aku makan. Cuba makan nasi kosong tak bertambah kan. Hati kecik cakap eh bertambah ni makan, perut yang besar lak cakap tak pe esok..lusa..tulat..tungging la diet. Sebut pasal nasi, bukan salah nasi aku tak nak makan, salahnya diri aku sendiri yang tak yakin aku boleh makan nasi dengan kuantiti yang sepatutnya sebab aku memang makan bertambah tak ingat bila suami dan mak aku dan mertua aku masak..bila suami aku ajak makan nasi sama-sama ataupun suami aku makan nasi sorang diri..bayangkan macam mana nasi suami aku boleh masuk mulut aku lagi banyak dari mulut dia..haaa kan..susah tak macam tu nak diet. Baik aku tak yah makan nasi langsung dalam challenge ni senang citer lak. 


Awal-awalnya memang la susah nak hadapi perubahan, isteri kan kena teman suami makan nasi..tak ke meleleh air liur si isteri yang nak elak nasi sedang teman suami makan nasi. Pada mulanya aku tabahkan hati..terkebil-kebil mata aku minta simpati nak nasi..haha..konon..bila tengok suami makan nasi, lepas tu aku dah pandai sikit, sebelum suami makan nasi..tadaaa dah siap scrambled egg aku sebagai ganti nasi, so kita enjoyyy..makan nasi scrambled egg aku dengan lauk-pauk biasa..tak de hal lah. Cabaran lain adalah waktu nak elak nasi lemak tapi suap nasi lemak pada suami waktu suami tengah drive, lagi mencabar tekak. Bayangkan aroma nasi lemak dalam kereta. Apa yang penting, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan apa yang kita boleh makan sebelum ianya berlaku. Dah tahu nak elak nasi lemak yang gi beli nasi lemak je ape hal. Beli la kuih sikit. Bukan tak leh makan yang lain..haha.. Nak puaskan hati, aku makan la sambal sikit dengan telur dan timun..tadaa kenyang & senang hati aku. Macam tu la aku belajar elak.


Keputusan

Carta Week 1


Keputusan minggu 1 aku happy sebab berjaya turunkan 2 kg. Rujuk menu kat entry sebelum ni ye. Boleh ubah dari kebiasaan rupanya, ingatkan tak boleh..hehe.. Nak dengan tak nak je kan. Bila nak semuanya senang je nak ikut, bila tak nak tu macam-macam alasan..aku le tu bukan orang lain..hehe.. Semangat sebab baru mula ek..emmm boleh di terima pakai juga tu..haha..


Perubahan

Perubahan yang aku rasa minggu ni adalah badan aku rasa ringan sikit, dagu berlapis aku macam dah makin berkurang. Hari-hari aku pegang dagu dan tengok cermin nak tengok dagu berlapis ke tak lagi je pun, tempat lain tak kisah sangat..haha..biasa la dah 30 tahun lebih tak pernah tengok dagu dan rahang sendiri tanpa kuih lapis..teringin weh. Perut lak selesa dan tak mengah atau sebu macam sebelum ni. Aku makin happy dengan perubahan ni sebab badan aku rasa sihat. Apapun alhamdulillah aku berjaya elak nasi dan semoga usaha aku berterusan. Amin.


Thursday 8 January 2015

Week 1 : Menu & Result


 


 


 


 


 


 


 


 


Thursday 1 January 2015

Awesome 2015


Assalamualaikum w.b.t


Post pertama di tahun baru.


Selamat Tahun Baru 2015 untuk semua ye.
Tahun ni tak ada sambutan tahun baru.
Ingati musibah yang menimpa negara kita.
Kalau tak tahun baru aku mesti nak tengok bunga api.
Ye..sekadar tengok bunga api je aku gembira weh.
Senang kan nak layan aku..tak banyak kos kan.
Tak banyak la sebab aku dah insaf.
Insaf tentang shopping la.


Malam tahun baru aku & fz keluar jumpa kawan.
Dah lama juga la tak jumpa kawan ni.
Al-maklumlah..masing-masing dah pegang status Ex-KKMNS..hehe..
Yang bestnya dapat juga aku tengok bunga api.
Bunga api orang perseorangan je pun.
Orang tu main di rumah sendiri kot.
Bunga api kan naik tinggi..so aku nampak la..tak gitu.


Selamat Tahun Baru 2015
dari SZ & FZ


EX-KKMNS..eh mana lagi sorang nih.


Tq banyak-banyak ye encik.
Balik kerja malam penat.
Tapi sudi layan saya yang nak tengok bunga api.


Next time ada masa kita jumpa lagi ye.