Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Monday, 14 August 2017

Rendang Versi Mak Mertuo Den (Bonda Hasnah) "Umang Ai Sodap"


Hai korang. Maaf la ye lambat pula Kak Ct share resepi ni hehe. Biasa la kalut sedia haha. Sebelum ni kenapa la Kak Ct set dalam otak rendang ni susah nak buat. Maka tak la Abg Pezal dapat makan rendang dari air tangan Kak Ct. Jangan risau lopeh ni den buek yo banggg. Dah tengok mak mertua a.k.a Bonda Hasnah masak baru sedar akan hakikat tak susah pun rupanya.


Kali ni Kak Ct share resepi Bonda Hasnah dulu. Mak Kak Ct, Bonda Aminah pun ada gak resepi power. Rendang Cabai Melaka baq hang. Pehhh..sedap betuiii. Tu lain kali pulak ya. Nak kena balik mengadap Bonda Aminah dulu hehe. Ok ni resepinya. Cara memasak di setiap gambar ya.


Maaf ye rendang ayam bersama rebung tak sempat ambil gambar. Ni rendang daging bersama daun puding.


RENDANG AYAM/DAGING

Bahan bahan :
1 ekor ayam
14 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
2 senduk cili kisar
2 paket rempah kari
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
1 kg santan
Garam kasar
Serbuk perasa
Air


Cara cara :
1. Panaskan minyak.


2. Tumis rempah penumis hingga wangi.


3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, 1 batang serai yang telah ditumbuk halus bersama 1 sudu kecil garam kasar. Kacau hingga wangi dan garing.

*Tips : Garam kasar akan kurangkan licin nak tumbuk bawang dan bagi masakan rasa lagi sedap.


4. Masukkan cili kisar, rempah kari (rempah kari di sini memang sodap) dan sedikit air di dalam bekas. Kacau sebati dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga garing.


5. Masukkan ayam dan 2 batang serai yang telah dititik. Tambahkan 1-2 gelas air. Gaul rata sehingga ayam kecut dan air kering.

*Tips : Kacau di bahagian bawah kuali untuk elakkan hangit.


6. Masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kuah kering dan pecah minyak. Setelah hampir pekat masukkan bahan lain seperti rebung, daun puding dan bahan yang sesuai. 


Ni daun puding. Buang urat tengah tu dulu ya sebelum masak.







~ Boleh share & tag kawan yang nak masak rendang/ rasa nak masak rendang susah/ suka makan rendang hehe.. tak perlu minta izin.


Friday, 25 December 2015

Resepi Ala Shell Out di Rumah


Zaman sekarang hidangan-hidangan viral seperti Shell Out mesti kena cuba masak sendiri di rumah. Bukan nak lawan tahap kesedapan Shell Out yang original cuma nak uji tahap kerajinan diri sendiri masuk dapur je. Oleh sebab minggu ni cuti 4 hari dan kebetulan si suami menunjukkan tahap kerajinannya dengan cuci toilet malam-malam buta semalam, maka si isteri pun zasss dengan serta merta terlintas di fikiran malam tu jugak nak masak ala-ala Shel Out la untuk si dia yang rajin tu. Biasanya hari cuti je masa nak cuba masak resepi yang best sikit sebab hari keje memang ketung ketang ketung ketang resepi yang mudah dan masak cepat je.


Sebelum tidur google dulu resepi Shell Out. Banyak juga orang yang dah cuba masak sendiri di rumah. Baca je resepi satu per satu tapi niat di hati nak masak ikut tekak aku dan suami je sebab kami yang nak makan kan haha.. Esoknya beli barang di Mydin, alamak ketam pulak tak ada. Hati berbelah bagi nak masak ketam dengan telur biasa atau dengan telur masin sebab dah simpan resepi ketam dengan telur masin gak. Alang-alang dah rajin nak masak tu kan, suami pun ikutkan juga kata si isteri nak pergi Family Store cari ketam. Yeayyy..settle beli ketam dan telur masin.









Tips sebelum masak ala-ala Shell Out :-
  • Pastikan kira jumlah orang yang akan menikmati hidangan dengan betul untuk elakkan pembaziran. Aku paling tak suka dengan pembaziran makanan. So aku kira siap-siap untuk 2 orang iaitu aku dan suami dan lebih sedikit untuk adik. Adik aku balik kampung dengan isterinya tapi aku kan kakak yang baik..haha..so aku simpan dalam tempat beku supaya tak rosak atau berubah rasa. Ketam sorang seekor sebab aku tak boleh makan seafood sangat sebenarnya. Udang 5 ekor/orang. Sotong 3 ekor/orang. Lala suami yang ambil. Tapi hakikatnya lepas makan, udang 3 ekor je seorang makan sebab banyak lauk dalam satu masa makan..haha.. 
  • Bersihkan satu per satu makanan laut tu dan simpan dalam peti sejuk dulu sementara makanan laut yang lain siap dibersihkan. Kenapa? Untuk kekalkan tahap kemanisan dan kesedapan la. Kalau kita masak hari-hari biasa tak banyak sangat lauk dan masa yang perlu nak bersihakan lauk. Kali ni sekali masak banyak jenis lauk. Sementara nak tunggu lauk lain siap bersih alamat lembik dulu la udang ke sotong tu tunggu kawan-kawan dia yang lain siap.. haha..
  • Masak versi kering sedikit. Kenapa? Sebeb kalau versi basah tu versi kawah dah tu bukan Shell Out..haha.. Versi kering untuk sesuaikan cara hidangan lambak atas meja supaya tak ada keuah yang meleleh jatuh ke muka bumi la.
  • Tanya tetamu betul-betul nak makan lauk sahaja atau dengan nasi. Kenapa? Sebab kalau makan nasi sekali lauk-pauk mungin akan lebih banyak sebab dah kenyang dengan nasi. So boleh anggarkan jumlah lauk yang betul. Sebenarnya lebih nikmat makan lauk je sebab baru best kupas-kupas ketam, udang terus makan. Kan leceh kupas ketam nak suap-suap nasi lagi..haha..
  • Suruh tetamu makan sayur sama!!! Kenapa? Kan membazir sayur buat hiasan saja..haha.. Eh lemon tu bukan hiasan semata ye, boleh perah sambil menikmati makanan..lagi best! Yummehhh..
  • Lepas masak lauk- pauk masukkan dalam pinggan dulu untuk kurangkan kepanasan. Kemudian baru hidang versi lambak atas meja.




Aku tak suka nak bagi resepi panjang berjela sebab aku faham orang-orang spesis macam aku yang terlebih rajin ni bukan suka sangat nak baca resepi panjang-panjang. Nanti dah elok ada mood nak masak terus tak ada. So ni resepi eh..harap-harap newbie pun boleh faham kot kan..


Resepi Ketam Cili Dengan Telur
(Resepi biasa semua orang dah tau kan)

Rebus 3 ekor ketam dan sedikit garam.
Buang insang dan kantung "bahan buangannya". Aku pun baru tau sebab aku dah call mak tanya. Ni 1st time aku bersihkan ketam sendiri! Teringat kat predator lak aku waktu bersihkan ketam tu.

Kisar 1 genggam cili kering (simpan sedikit untuk sotong dan lala), 2 ulas bwg putih, 1 biji bwg besar, 3 ulas bwg merah, 1 inci halia.
Potong memanjang cili kering, buang biji dan rebus dulu baru kisar dengan bahan-bahan lain. 

Tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik minyak/ cili masak.

Masukkan sedikit garam, asam jawa, gula, secukup rasa dan sos cili.

Masukkan ketam.

Pukul 2 biji telur dan curah atas ketam.

Kacau hingga telur masak dan menyaluti ketam gitu.

Siap. 


*        *        *


Resepi Udang Marjerin Cheese
(Resepi hentam sebab asal nak ikut resepi udang butter tapi butter, serbuk kari dan daun kari tak ada)

Bersihkan udang.
Potong depan dan atas kepala udang yang tajam tu. Potong atas kulit belakang udang untuk buang kotorannya.

Panaskan 1 sudu marjerin.

Tumis 2 ulas bwg putih dan 1 biji bwg bsr holland potong dadu hingga wangi.

Masukkan udang dan kacau sebentar.

Masukkan sedikit garam, lada hitam, susu cair dan 1 keping cheese.

Kacau sebati dan siap.




Resepi Sotong Cili Sos 
(Resepi hentam campak-campak)

Bersihkan sotong dan toskan. 
Buang dakwat, tulang dan potong ikut saiz yang disukai.

Gaul dengan garam, sedikit kunyit dan cili kisar.

Panaskan pemanggang ajaib/ kuali non stick dan tumis 2 ulas bwg putih.

Masukkan sotong dan kacau sebentar hingga kering air.
Jangan tutup penutup pemanggang ajaib/ kuali non stick untuk elakkan sotong lebih berair.

Masukkan sedikit sos cili, sos tiram, kicap dan secukup rasa.

Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.

Siap.


*        *        *


Resepi Lala Pedas
(Resepi hentam campak-campak)

Bersihkan lala.
Buang pasir/ selut.

Panaskan mintak. Tumis 2 ulas bwg putih dan 2 batang serai.

Masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan secukup rasa.

Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.

Siap.


*        *        *


Resepi Sayur-sayuran

Bersihkan salad dan tomato.

Potong brokoli, karot, anak jagung. Rebus sebentar dengan sedikit garam dan toskan.

Gaulkan tomato, brokoli, karot dan anak jagung dengan kewpie roasted sesame dressing.
Gaul dengan garam je pun tak pe..tapi aku memang suka kewpie roasted sesame dressing ni.


Hehe..6x masuk dapur tengok dah siap ke belum masak eh..




Jemput makan ye..kesian tunggu lama..




Sorang lagi adik otw nak balik Melaka, transit sini dulu demi Shell Out kakak eh..


Monday, 23 February 2015

Resepi Daging Dendeng Sodappp!


Nah tengok pic selepas dulu baru korang semangat nak baca..hihi..


Alkisah daging dendeng. Satu hari nampak orang share gambar dan resepi daging dendeng ni. Dek kerana gambar yang nampak sangat mabelesss tu aku pun save la resepi tu. Sekali baca mak ai macam susah je nak masak. Maka tersimpan la resepi tu dalam hp dulu. Dah lama rasa teringin nak cuba masak sendiri daging dendeng ni. Selagi tak cuba selagi tu la tak puas hati. Duduk rumah sendiri rasa tak best cuba resepi baru. Sesekali datang berkumpul adik beradik atau jumpa mak mesti ada je resepi baru nak cuba. So kali ni cuba la masak daging dendeng ni sebab ada ketua chef..sape lagi kalau bukan mak la..haha..lagipun dah tak ada idea nak masak ape untuk makan tengah hari.


Ok tak yah membebel banyak. Jom masak. Aku cuba guna ayat yang paling simple & senang faham ok supaya korang yang sama "rajin" dengan aku mesti rasa macam nak cuna masak. Kan dah bertambah kepakaran masak korang..hihi..


DANGING DENDENG SODAPPP

Bahan-bahannya :

1 kg daging
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar cili kering kisar
4 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam
Gula
3/4 cawan kicap manis
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air rebusan daging


Cara-caranya :
  1. Potong dadu daging sebesar 2 jari dan rebus hingga lembut, jangan terlalu empuk.
  2. Toskan daging dan biar sejuk sebentar, simpan air rebusan daging.
  3. Mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga keemasan dan ketepikan.
  4. Potong daging tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal, tumbuk hingga habis dan goreng sebentar guna minyak goreng bawang tadi dan ketepikan.
  5. Guna lebihan minyak goreng daging, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
  6. Masukkan cili kering kisar, daun limau purut, serai dan kacau hingga pecah minyak.
  7. Masukkan garam, gula, kicap, asam jawa, air rebusan daging dan kacau rata.
  8. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Tutup sebentar hingga air sedikit kering.
  9. Masukkan bawang goreng tadi dan kacau rata.
  10. Tambahkan sedikit air rebusan daging jika terlalu kering.

Bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang halus.


Bawang besar, bawang putih dan halia yang digoreng keemasan.


Daging yang telah ditumbuk.


Daging yang telah di goreng sebentar.


Daging dendeng yang siap di masak.


Tuesday, 24 September 2013

Kacang Panjang Goreng Tempe


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni bersiaran dari rumah mak mertua. Macam biasa aku kagum giler kat mak mertua aku pasal masak sedap selain mak aku tersayang yang masak sedap sampai aku jadi comelll macam ni..haha.. Kalau kat rumah aku hari cuti je yang aku jadi suri rumah sepenuh masa, maksudnya aku masak untuk lunch ler dowh..kalau kat rumah aku pukul 11.00 pagi aku baru nak imagine ape nak masak, mak mertua aku time tu dah boleh makan kenyang dan relax-relax bawah pokok dah kot weh..super cepat dia masak..tabik springgg ah..


So hari ni resepi yang berjaya menggeletek jari aku nak share kat sini ialah kacang panjang goreng tempe je pun weh..tapi tujuan aku nak share dalam blog ni coz aku dah bertekad..cehhh..aku nak belajar masak sedap macam mak mertua aku untuk masak buat suami aku..ceh ceh ceh..al maklumlah aku tekak versi kedah..kesian pulak kang suami aku tak merasa la makan makanan versi kuning ala nogori coz makanan versi kedah aku kalau tak oren kari & pajeri mesti merah sambal tumis.


So jom layan dulu menu sempoi sebelum aku belajar menu lain yang susah skit..hehe..


Kacang Panjang Goreng Tempe

Bahan-bahan :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
8 biji cili padi
1/2 cawan ikan bilis
1 keping tempe
1 mangkuk kacang panjang
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Garam secukup rasa


Cara-caranya :
- Potong tempe, gaul dengan garam, goreng garing, angkat & ketepikan
- Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi & ikan bilis. Tumis hingga garing & masukkan garam
- Masukkan kacang panjang & sedikit air. Goreng sebentar.
- Masukkan tempe, kacau & hidangkan


Sumber Resepi : My super sempoi MIL ;)


Monday, 8 July 2013

Begedil


Betul cakap orang tua-tua kan, bila kita dah kawin dari tak pandai masak akan jadi pandai masak. Aku belum la lagi sampai tahap pandai masak, cuma baru merajinkan diri nak belajar-belajar masak.. hehe.. Mana tak nya, tak kan lah asyik nak suruh mak kita masak setiap kali suami nak makan. Aku la tu coz Fzal suka makan serawa (bahasa kedah) atau pengat (bahaso nogori kot). Tiap kali dia nampak durian dia mesti sebut nak suruh mak masak pengat. Mak aku lak dengan suka hati tak sampai berapa lama dah siap serawa duriannya. Tak pernah lak aku terfikir sebelum ni nak masak sendiri untuk Fzal.. dush dush !!! 


Hari ni aku nak cari resepi belajar buat begedil coz pagi tadi aku tengah sarapan soto ada la satu kehtulll begedil. Aku cakap la kat Fzal, dia suka ni. Dia yang tengah sodap makan kueh teow goreng terus cakap nak cikittt begedil. Next time kita belajar buat serawa lak ye. Walaupun dah tahu bahan & macam mana nak masak sesuatu menu, bagi aku masih tak boleh kata aku dah pandai masak menu tu selagi aku tak masak sendiri buat pertama kalinya. Yang aku tau & aku pernah tengok selalunya begedil kentang, begedil daging & begedil kentang campur daging.. coz klau tak campur kentang kang jadi meatball la pulak..haha.. Korang semua sure dah expert gilos la bab-bab masak ni an an.. huhu.. ok la.. jom la start belajar sikit-sikit masak ni.. hehe..


Perangai zaman anak dara yang tak pandai masak atau "tak terlalu rajin" nak masak tu sila la ubah sikit demi sikit ye. Orang tua gak cakap nak tambat hati suami kena jaga perut dia. So, apa lgi.. mood chef aku terus datang lagi. Bila mood dah sampai memang tak boleh nak bertangguh lagi. Cepat-cepat ngadap google cari resepi. Zaman dah canggih tak payah nak call mak, kawan & sepupu bagai nak tanya resepi bagai. Kau google je pastu edit resepi tu ikut citarasa tekak ko sendiri & sudah semestinya boleh masuk gak tekak orang yang nak makan nanti. Biasa la bila dah hidup berdua ni sikit demi sikit kena la ubah. 




Bahan-bahan
8 biji kentang saiz sederhana
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 paket daging cincang ramly
Daun sup (dicincang halus)
1 paket kecil  bawang goreng
3 tangkai cili merah (dipotong halus)
2 sudu teh  lada sulah
4 biji telur (di pukul)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 

Cara-Cara
- Kentang dipotong & digoreng hingga garing.
- Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
- Kemudian ambil daging cincang & gaulkan bersama kentang yang sudah dilenyek tadi.
- Setelah itu masukkan daun sup, bawang besar yang telah dicincang, bawang goreng, lada sulah & garam.
- Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit & bulatkan dengan saiz sederhana.
- Akhir sekali, celupkan dalam telur & goreng.


Tuesday, 23 April 2013

Homemade Mayonnaise



I really want to try Homemade Mayonnaise shared by My Ideal Weight.


1 soft tofu
1 tbsp lemon juice
10 tbsp olive oil
1/2 tsp sea salt
2 tbsp brown sugar / 2 sachets stevia


Blend all the ingredients. Simple !!!

Monday, 25 February 2013

Bubur Nasi

Hari ni mendung je suasana di Oakland semendung perasaan aku di hari Isnin ni. Pagi mendung.. tengah hari mendung.. petang lagi la mendunggg & nak hujannn. Kebiasaannya bila cuaca mendung & sejuk biasalah tekak pun rasa nak makan macam-macam la. Tanpa buang masa tanya la pakcik google jap resepi bubur nasi. Hati berkobar-kobar nak masak, biasalah Mr.Fz dah duduk Seremban. Aktiviti memasak & memakan pun akan bertambah la ye sebagaimana bertambahnya berat badan aku ni haaa..  


Bahan-Bahan :-


Bubur Nasi
   1 cawan beras
   5 cawan air
   Sedikit garam
   1/2 inci halia
   5 biji lada hitam
   2 biji kentang (dipotong dadu)
   1 batang karot (dipotong dadu) 

Ikan bilis goreng
   2 ulas bawang putih
   2 biji bawang besar
   10 biji cili padi
   2 cawan ikan bilis
   2 cawan kacang panjang (dipotong kecil)
   Sedikit garam
   Sedikit kicap
   Sedikit minyak (untuk menumis)

Wednesday, 31 October 2012

Makaroni Bakar

Assalamualaikum..

cik ted comel.. kan..


Tengah seronok-seronok layan cerita Adam & Hawa, feeling-feeling bagai kejap senyum kejap gelak hehe.. tetiba teringat requast husband nak makan makaroni air tangan isteri yang belum tertunai. Alamakkk.. dah tak boleh tangguh ni, nanti penuh to do list nak masak tak termasuk list-list dari adik Min yang requast nak tiramisu bagai. Rasa dah macam Chef Selebriti lak.. ehem ehem "Chef Zue", lum ada lagi kot nama tu. Pause dulu cerita & mulakan pencarian resepi. Oleh kerana husband tak tetapkan nak makaroni goreng atau makaroni bakar, chef tetapkan nak masak makaroni bakar coz kawan-kawan & sepupu chef kata kata makaroni bakar sedap, so sesuai la dengan tema husband "janji sedap", bukan janji ditepati ye.


Oleh sebab ni 1st trial, Chef Zue tak ada lagi resepi default untuk makaroni bakar ni. So chef campur, tolak, darab & bahagi resepi dari pak cik google & sepupu chef sesuai dengan citarasa husband chef coz nanti dia juga yang nak bagi pin kebal. Oh tetiba chef teringat zaman sek. men. dulu chef pernah makan makaroni bakar yang sedap hasil masakan sepupu chef di sekolah mungkin. Tak apa kali ni kita cuba masak sendiri, janji ikhlas kan. Biar tak pandai masak janji ada hati nak masak dari pandai masak tapi tak nak masak. Wah kelazzz ayat chef. Aktiviti diet terpaksa diberhentikan seketika ye demi memenuhi permintaan husband coz "kau boleh" kau masak tapi kau kau kau jangan makan.. hehe.. sangat tak sesuai kan.


harap2 jadi la macam ni ye..


Bahan-Bahan
2 cawan makaroni 
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dikisar) 
1/2 inci halia (dikisar)
4 biji telur 
1 tin susu cair 
2 labu bawang besar kuning (dipotong dadu) 
2 sudu besar rempah kari daging (dicampur dengan sedikit air) 
250 gm daging kisar (Ramly) 
1/2 tin cendawan butang (dipotong nipis) 
1/2 batang karot (dipotong nipis) 
Sedikit air 
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
Garam
Serbuk lada hitam
Serbuk buah pala
Serbuk sup cendawan (Maggi) 
Sedikit mentega
1 cawan keju parut (mozarela)
1 tangkai daun sup (dipotong kecil) 
1 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
1 biji cili merah (dipotong dadu) 
4 sudu besar bawang goreng


Cara-caranya 
  1.    Rebus makaroni hingga lembut & toskan. 
  2.    Mesin bawang putih, bawang besar & halia.
  3.    Pukul telur bersama susu cair & ketepikan.
  4.    Panaskan minyak, tumis bawang besar, bahan-bahan yang dikisar & rempah kari hingga naik bau.
  5.    Masukan daging & kacau hingga hampir kering.
  6.    Masukkan cendawan butang, karot & makaroni.
  7.    Masukkan garam, serbuk lada hitam, serbuk buah pala, & serbuk sup cendawan. 
  8.    Kacau hingga sebati, tutup api & sejukkan sebentar.
  9.    Lengserkan mentega pada dulang pembakar.
10.    Masukkan adunan telur ke dalam makaroni & kacau hingga sebati.
11.    Tuangkan makaroni ke dalam dulang pembakar & taburkan keju parut.
12.    Bakar 180 darjah selama 10-20 minit.
13.    Angkat & sejukkan makaroni yang telah masak.
14.    Juraikan sos cili & mayonis serta taburkan daun bawang, daun sup, cili merah & bawang goreng.


Saturday, 26 May 2012

Special Salmon with Lemon Sauce

Sempena my 3 series birthday.. nah amik resepi masak cepat kali ni.. :)))

Special Salmon with Lemon Sauce


Bahan-bahannya :
3 ketul ikan salmon
Lemon
Asparagus
Brokoli
Oren
Tembikai
Pisang
Jus twister
Garam
Gula perang
Lada hitam

Tuesday, 1 February 2011

Roti Telur

Hari ni kita belajar resepi masak cepat yang lain pula ye kawan-kawan. Hari ni aku jadi chef sendiri coz resepi ni aku yang hentam sendiri waktu aku rasa teramat "rajin" nak masak.. tapi bila dah makan rasa ok la juga rasanya.. so maksudnya bahan-bahannya memenuhi spesifikasi pemakanan aku la.. tapi ramai juga orang lain yang "rajin" dan spesifikasi pemakanan diorang pun sama dengan aku suka resepi masak cepat ni.. haha.. ok jom masak..  






Macam biasa nak jimat masa la katakan.. so tak perlu sebut bahan-bahannya ok, sila tengok sendiri gambar di atas, kebanyakkan bahan memang dah sedia ada di dapur kan, tipu la sangat kalau telur pun tak ada di rumah kan (aku tahu korang suka makan nasi dengan telur letak kicap kan.. kan.. ) so memang sesuai sangat la resepi ni dengan korang.. orang yang "rajin", tak kisah la "rajin" nak pergi kedai beli barang ke "rajin" nak masak ke.. ok masak cepat !!!


Roti Telur

1.   Sediakan bahan seperti gambar di atas ye..
2.   Sapu 2 keping roti dengan majerin (cikit je ok..) dan balik-balikan di atas kuali sehingga garing.. cewahh..
3.   Letak sekeping roti atas pinggan dan susun sayur-sayurannya ok.. (sila makan sayur banyak..)
4.   Panaskan minyak (cikit juga ye..), pecahkan telur dan kecilkan api (tak nak telur hangit.. haha..)
5.   Taburkan bawang besar yang telah dipotong di atas telur..
6.   Masukkan sedikit kicap seasoning, kicap biasa, sos cili dan lada berperisa..
7.   Besarkan api, biarkan sebentar dan balikkan telur sehingga separuh masak..
8.   Letakkan telur di atas sayur tadi dan tutup dengan sekeping roti tadi dan makan la..

Saturday, 29 January 2011

Ayam Cili Padi Sos

Buat julung-julung kalinya.. cewahhh.. ok sekali lagi, buat julung-julung kalinya blog aku akan memuatkan resepi-resepi yang cepat dimasak sedap dimakan.. dah dah jangan nak cakap maggi ok. Dalam ayat yang mudah resepi masak cepat. Korang jangan nak cakap aku malas ok, aku bukan malas nak masak lama-lama tapi menu masak cepat ni lagi sedap dari yang kena masak lama-lama. Lagipun zaman sekarang kena jimat masa masak coz wanita bekerjaya sibuk la katakan, wanita suri rumah pun sibuk juga coz banyak lagi masa nak guna buat benda lain.. layan ipad!!!. Itu contoh aku bagi ok.. tak ada kena mengena dengan aku ok.. : P





Hari ni kita masak dengan jejaka berbaju biru, Chef Fzal nama dia. Chef ni suka masak kat rumah, so abaikan persekitaran tempat masak ok, nama pun rumah sewa.. so korang tak yah nak imagine-imagine kitchen cabinet bagaiii.. haha.. Yang baju merah bajet cun tu Assistant Chef Ct ok. Diam!!! jangan mengumpat : P Ok adik-adik, cik-cik dan puan-puan, kita terus ke kelas "masak cepat" ye.. nama pun kelas masak cepat,  so kita terus masak la ye, tak payah la cakap bahan-bahan yang diperlukan ok.. buang maso yo.. haha..


 


Ayam Cili Padi Sos
(Oleh : Chef Fzal a.k.a CF & Asst. Chef Ct a.k.a ACC)

CF : "Beli ayam, potong dan bersihkan.. lepas tu gaul dengan garam kunyit ye.."
ACC : "Buang lemak dan kulit au.."

Sambil tunggu ayam bermesra-mesraan dengan garam kunyit..
 
CF : "Tumbuk bawang putih dan cili padi ye.. lepas tu potong bawang besar.."
ACC : Cili padi banyak ek.. lagi pedas lagi sedap.. yum yummm.."

Ayam dah sudah bermesra-mesraan dengan garam kunyit..

CF : "Goreng ayam, angkat dan ketepikan dulu ok.."
ACC : "Toskan sampai kurang minyak au.."

CF : "Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk tadi dengan bawang besar sehingga naik bau.."
ACC : "Kurangkan minyak juga au.."

CF : "Masukkan sos cili, garam, serbuk perasa dan sedikit air ok.."
ACC : "Tak nak serbuk perasa banyak au.."

CF : "Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau sehingga sebati dan angkat ok.."
ACC : "Emmm.. "

CF : "Makan.. "
ACC : "Emmm.. sedap, pandai la awak masak (tetiba awak la pulak.. haha..) ikhlas ni.. betul ikhlas puji ni.. "


p/s : Resepi ini dipantau oleh ACC ye coz CF dan ACC yang nak makan, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk jaga kesihatan CF dan ACC, kalau tak maka akan bertambah-tambah demok la CF dan ACC.. Bukan niat ACC nak menyibuk CF masak ye..