Hari ni kita belajar resepi masak
cepat yang lain pula ye kawan-kawan. Hari ni aku jadi chef sendiri coz
resepi ni aku yang hentam sendiri waktu aku rasa teramat "rajin" nak
masak.. tapi bila dah makan rasa ok la juga rasanya.. so maksudnya
bahan-bahannya memenuhi spesifikasi pemakanan aku la.. tapi ramai juga
orang lain yang "rajin" dan spesifikasi pemakanan diorang pun sama
dengan aku suka resepi masak cepat ni.. haha.. ok jom masak..
Macam
biasa nak jimat masa la katakan.. so tak perlu sebut bahan-bahannya
ok, sila tengok sendiri gambar di atas, kebanyakkan bahan memang dah
sedia ada di dapur kan, tipu la sangat kalau telur pun tak ada di rumah
kan (aku tahu korang suka makan nasi dengan telur letak kicap kan..
kan.. ) so memang sesuai sangat la resepi ni dengan korang.. orang yang
"rajin", tak kisah la "rajin" nak pergi kedai beli barang ke "rajin"
nak masak ke.. ok masak cepat !!!
Roti Telur
1. Sediakan bahan seperti gambar di atas ye..
2. Sapu 2 keping roti dengan majerin (cikit je ok..) dan balik-balikan di atas kuali sehingga garing.. cewahh..
3. Letak sekeping roti atas pinggan dan susun sayur-sayurannya ok.. (sila makan sayur banyak..)
4. Panaskan minyak (cikit juga ye..), pecahkan telur dan kecilkan api (tak nak telur hangit.. haha..)5. Taburkan bawang besar yang telah dipotong di atas telur..
6. Masukkan sedikit kicap seasoning, kicap biasa, sos cili dan lada berperisa..
7. Besarkan api, biarkan sebentar dan balikkan telur sehingga separuh masak..
8. Letakkan telur di atas sayur tadi dan tutup dengan sekeping roti tadi dan makan la..
No comments:
Post a Comment