Sebelum
korang baca tentang entry ni sampai habis (sape tak nak baca sampai
habis aku cubit.. haha..) aku nak terangkan dulu Juruukur Bahan /
Quantity Surveyor (QS) tu kerja apa coz bagi aku dan beberapa orang
kawan aku yang juga QS, ramai orang tak tahu kerja QS tu macam mana.
Kami yang pernah mengalami situasi "orang tanya kerja QS tu kerja apa"
berpendapat kerja QS tidaklah popular macam kerja yang seangkatan
dengannya di dalam bidang pembinaan (bukan angkatan tentera ok..)
seperti Jurutera / Engineer dan Arkitek / Architect, so ramai yang tak
tahu.. lagipun QS memang low profile.. kan kan..
Tak
dinafikan ramai yang tahu, tapi kebarangkalian (wah.. tetiba teringat
kebarangkalian matematik lak.. haha.. ) diorang tahu pun coz diorang,
kawan-kawan atau sedara-mara diorang sedang atau pernah belajar atau
sedang bekerja dalam bidang pembinaan ataupun diorang memang lahir-lahir
dah tahu.. wakaka.. Kalau dulu-dulu orang tanya kerja QS tu kerja apa,
jawapan aku akan ikut lokasi di mana aku berada waktu tu & siapa
yang bertanya tapi sekarang aku dah ada jawapan yang lain.. ape? nak
tahu.. jap gi aku bagitau ok : P
Kalau
dulu-dulu aku balik kampung lepas kerja QS di Seremban, orang-orang tua
di kampung (yang kenal aku je ok..) akan tanya aku kerja apa coz lepas
belajar 2 tahun ada ja muka aku kat kampung.. wakaka.. Kedah I LOVE U
!!! (tetiba je..) Aku selalu jawab "kerja juruukur bahan". Lepas aku
jawab confirm orang tu tak puas hati.. hahaha.. dia mesti tanya balik
kerja macam mana tu, aku lak confirm akan jawab balik "kerja ukur barang
nak buat bangunan.." tapi ada yang tanya banyak lak aku jawab la buat
rumah ka sekolah ka macam tu la. Kadang-kadang bila aku lupa aku jawab
"kerja QS" tapi lepas tu kena la explain balik macam step tadi. Tapi
kan.. haha.. ada gak diorang selalu teka QS tu Quality System.. "Aiman
tak kisah : )" lalalala..
Tapi sekarang aku dah ada jawapan yang lagi cepat dan pantas nak jawab bila orang tanya kerja apa.. haha.. tapi kena ikut lokasi juga jawapan yang aku nak bagi tu. Kalau di kampung aku akan jawab "kerja macam Engineer.. Arkitek.." wakaka.. aku jawab macam ok.. bukan "kerja sebagai Engineer.. Arkitek.." bukan sekali-kali nak perasan jadi Engineer atau Arkitek (sedar dir.. huhu..) tapi orang kampung lagi tahu kerja Engineer & Arkitek dari Juruukur Bahan, maksud aku macam tu di dalam bidang yang sama la bidang pembinaan.. haha..
Ok..
dah tahu apa itu kerja QS kan, so perkenalkan yang bertudung tu kawan
aku Kak Ema.. senior QS & sorang lagi tu adik aku QS juga (tapi baru
suam-suam kuku.. haha..) Kebebasan di sini maksudnya hari ini kami
meraikan kebebasan Kak Ema dari syarikat pembinaan *** (tak boleh komen
lebih-lebih.. hehe..) untuk mancari tapak di syarikat lain pula yang
menawarkan lebih $$$, persekitaran baru & ilmu yang baru. Adik aku
juga bakal mengikut jejak Kak Ema tidak lama lagi.. Entry ni tak ada
kene mengena dengan aku walaupun aku QS coz aku memang dah sedia "BEBAS"
di KKMNSSB ni.. wakaka la sangat.. : P
Moral
of the entry.. carilah kebebasan wahai QS yang tertekan di mana saja
kamu berada, hidup kena happy.. jangan ada tekanan yang berlebihan dalam
pekerjaan (tekanan sikit-sikit tu adat dalam pekerjaan la weh.. aku
tampar karang tertekan sikit dah membebel.. haha..) Tapi kalau ada
tekanan yang sudah !@#$%^&*() so berenti la wehhh.. ingat deskripsi tugas dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hanya membuat
kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran,
kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan. lalalala..
No comments:
Post a Comment