Saturday 29 January 2011

Ayam Cili Padi Sos

Buat julung-julung kalinya.. cewahhh.. ok sekali lagi, buat julung-julung kalinya blog aku akan memuatkan resepi-resepi yang cepat dimasak sedap dimakan.. dah dah jangan nak cakap maggi ok. Dalam ayat yang mudah resepi masak cepat. Korang jangan nak cakap aku malas ok, aku bukan malas nak masak lama-lama tapi menu masak cepat ni lagi sedap dari yang kena masak lama-lama. Lagipun zaman sekarang kena jimat masa masak coz wanita bekerjaya sibuk la katakan, wanita suri rumah pun sibuk juga coz banyak lagi masa nak guna buat benda lain.. layan ipad!!!. Itu contoh aku bagi ok.. tak ada kena mengena dengan aku ok.. : P





Hari ni kita masak dengan jejaka berbaju biru, Chef Fzal nama dia. Chef ni suka masak kat rumah, so abaikan persekitaran tempat masak ok, nama pun rumah sewa.. so korang tak yah nak imagine-imagine kitchen cabinet bagaiii.. haha.. Yang baju merah bajet cun tu Assistant Chef Ct ok. Diam!!! jangan mengumpat : P Ok adik-adik, cik-cik dan puan-puan, kita terus ke kelas "masak cepat" ye.. nama pun kelas masak cepat,  so kita terus masak la ye, tak payah la cakap bahan-bahan yang diperlukan ok.. buang maso yo.. haha..


 


Ayam Cili Padi Sos
(Oleh : Chef Fzal a.k.a CF & Asst. Chef Ct a.k.a ACC)

CF : "Beli ayam, potong dan bersihkan.. lepas tu gaul dengan garam kunyit ye.."
ACC : "Buang lemak dan kulit au.."

Sambil tunggu ayam bermesra-mesraan dengan garam kunyit..
 
CF : "Tumbuk bawang putih dan cili padi ye.. lepas tu potong bawang besar.."
ACC : Cili padi banyak ek.. lagi pedas lagi sedap.. yum yummm.."

Ayam dah sudah bermesra-mesraan dengan garam kunyit..

CF : "Goreng ayam, angkat dan ketepikan dulu ok.."
ACC : "Toskan sampai kurang minyak au.."

CF : "Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk tadi dengan bawang besar sehingga naik bau.."
ACC : "Kurangkan minyak juga au.."

CF : "Masukkan sos cili, garam, serbuk perasa dan sedikit air ok.."
ACC : "Tak nak serbuk perasa banyak au.."

CF : "Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau sehingga sebati dan angkat ok.."
ACC : "Emmm.. "

CF : "Makan.. "
ACC : "Emmm.. sedap, pandai la awak masak (tetiba awak la pulak.. haha..) ikhlas ni.. betul ikhlas puji ni.. "


p/s : Resepi ini dipantau oleh ACC ye coz CF dan ACC yang nak makan, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk jaga kesihatan CF dan ACC, kalau tak maka akan bertambah-tambah demok la CF dan ACC.. Bukan niat ACC nak menyibuk CF masak ye..

Sunday 23 January 2011

Tidak Salah Memakai Baju Kurung

Mesti korang tengok baju kurung aku kan bila baca tajuk post.. hehe.. Ape??? Tak tengok pun!!! Korang lagi ter automatik tengok no plat kereta tu ek, ye la.. tahu la baju aku tak cantik.. huhu.. Apapun NCJ tu bukan kereta aku ok : P




Alkisahnya hari ini aku dan Kak Amy jadi wakil staff PKMMNS dan KKMNSSB memenuhi undangan ke rumah salah seorang bos untuk majlis sambutan hari jadi anak bos di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bos cakap kenduri so kitorang pakai la baju kurung, rupanya majlis sambutan hari jadi.. huhu.. tak pe lah baju kurung kan sesuai untuk semua majlis.. lagipun tak salah pakai baju kurung ke Majlis Sambutan Hari Jadi kan kan <--- itu ayat untuk memuaskan hati coz kalau tahu majlis sambutan hari jadi mesti nak pakai seluar.. eh jangan gelak!!!. : )





Perhatian!!! wah siap perhatian tuh.. saja je nak cakap jangan terpedaya dengan gambar di atas, diorang pun pakai baju kurung juga tadi gi majlis tu.. wakakaaa.. otw balik Seremban kitorang singgah di Ulu Bendul untuk mandi, eh salah.. diorang singgah untuk mandi coz aku tak mandi pun kat situ, aku hanya penjaga duit $$$, hp, beg dan kasut.. huhu.. Ape??? nak tahu kenapa aku tak mandi, tanya la diorang.. nak tanya aku pun boleh.. call aku sekarang, cepat cepat.. haha..

Saturday 22 January 2011

10 Langkah untuk Kaya

Pada 24.10.2007 aku baca satu majalah keluaran Mei 2006 tentang satu ilmu yang amat berguna dan di sini aku nak kongsikan maklumat tu dengan semua. Dah 4 tahun rupanya aku simpan maklumat ni. Tujuan aku nak kongsi ilmu ni coz aku yakin semua orang pasti nak jadi kaya tak kira kaya dari segi kewangan atau harta benda. So bacalah ye..


LANGKAH 1 : Ambil Keputusan Untuk Menjadi Kaya
Orang miskin hanya fokus kepada survival kewangan. Mereka miskin kerana gagal mengurus wang dan selalu bergelut dengan survival kewangan tanpa mengira berapa pendapatan yang diperolehi. Golongan pertengahan mempunyai idea bagaimana menggunakan wang dan memberi tumpuan kepada keselesaan, tidak mahu menjadi kaya tetapi mahu hidup selesa. Orang kaya fokus kepada pemilikan jangka panjang aset atau hartanah seperti saham, bon, perniagaan dan hartanah yang memberi hasil. Mereka rela mengorbankan makan minum, gaji, percutian atau keselesaan tinggal di rumah yang cantik untuk membina atau memiliki aset sebenar. Jadi ambil keputusan untuk menjadi kaya walaupun hari ini anda tidak mempunyai wang kerana keadaan itu hanya sementara.


LANGKAH 2 : Buat keputusan jenis masalah kewangan anda
Hanya ada 2 jenis masalah kewangan iaitu tidak cukup wang atau terlalu banyak wang. Malangnya, kebanyakkan orang menghadapi masalah tidak cukup wang. Ramai orang tahu bagaimana bekerja untuk mendapatkan wang tetapi tidak tahu bagaimana mempunyai sumber tenaga dan wang bekerja untuk mereka. Jika anda ingin menjadi kaya anda mesti memastikan segala wang lebihan mendatangkan lebih banyak wang kepada anda. Anda perlu tahu apa yang harus dilakukan dengan wang lebihan itu sebelum ia menguasai anda. Kebanyakan orang berbelanja secara boros atau menyimpan wang lebihan di dalam bank tetapi malangnya wang lebihan akan habis dalam masa terdekat kerana tidak dapat mengawal nafsu berbelanja apabila tiba waktu jualan murah.


LANGKAH 3 : Tulis rancangan anda dan ikut rancangan itu
Jika anda telah memilih untuk menjadi kaya walaupun hari ini anda tidak mempunyai wang anda haruslah membuat rancangan dengan beberapa matlamat asas seperti menukar ciri-ciri pendapatan anda, memulakan perniagaan secara separuh masa, mengubah ciri-ciri perbelanjaan, menukar perbelanjaan peribadi kepada perbelanjaan perniagaan, mengesahkan perniagaan dan membeli aset melalui perniagaan. Kembangkan rancangan anda dan pada waktu yang sama anda mesti bertahan untuk hidup kurang selesa buat sementara waktu. Hari ini, anda perlu bersedia untuk tidak mempunyai cukup wang tetapi bukan miskin. Anda haruslah berdisiplin dengan mematuhi sepenuhnya rancangan yang anda tulis dan bersemangat serta ikhlas dalam melakukannya.


LANGKAH 4 : Buat keputusan di mana urusan perbankan anda
Anda boleh membezakan golongan kaya, miskin dan pertengahan daripada tempat mereka mendapatkan wang atau di mana mereka melakukan urusan perbankan. Bank bagi golongan miskin ialah pajak gadai yang memberi pinjaman atas aset. Golongan pertengahan menggunakan bank untuk simpanan, pinjaman serta mendapatkan kad kredit.  Orang kaya berurusan dengan bank-bank yang berbeza. Mereka menggunakan khidmat bank pelaburan, mencari modal persendirian daripada individu yang kaya atau wang dari institusi lain seperti syarikat insurans atau pasaran saham. Orang kaya yang berjaya sebagai ahli perniagaan lazimnya tidak menghadapi masalah mengumpul wang yang banyak dan mendapatkannya pada kadar yang lebih baik.


LANGKAH 5 : Bijak pilih kawan dan rakan kongsi
Salah satu sebab orang kaya menjadi lebih kaya ialah mereka memilih kawan untuk bergaul dan rakan kongsi perniagaan di kalangan orang kaya. Kebanyakan pelaburan yang baik datang daripada rakan-rakan yang kaya, bukan daripada broker saham atau broker hartanah. Jadi pilih kawan-kawan yang mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya, hidup selesa atau sekadar meneruskan hidup sahaja. Kawan-kawan yang hanya mahu hidup selesa atau hidup untuk cukup makan sahaja tidak akan faham mengapa anda ingin menjadi kaya dan tanpa sedar mereka akan menurunkan semangat anda. Rakan-rakan yang ingin menjadi kaya sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan. Anda akan lebih bersemangat untuk kaya apabila berkawan dan berkongsi ilmu dengan mereka.


LANGKAH 6 : Beri masa kepada diri sendiri
Membina perniagaan memerlukan masa. Perniagaan tidak seperti bekerja dengan orang lain iaitu dibayar gaji. Perniagaan memungkinkan anda tidak bergaji selama beberapa tahun. Di peringkat awal berniagalah secara separuh masa. Pandangan menyatakan 90% perniagaan gagal dalam tempoh 5 tahun pertama kerana kekurangan ilmu dan pengalaman. Perniagaan tidak boleh dipelajari di sekolah kerana ianya adalah kombinasi pendidikan formal, pengalaman dan keberanian. Punca lain ialah wang. Kebanyakan peniaga kecil tidak mempunyai cukup modal dan pemilik perniagaan cuba menyara hidupnya dan keluarga dengan perniagaannya yang belum kukuh menyebabkan perniagaannya kekurangan modal sedangkan ia memerlukan wang untuk berkembang.


LANGKAH 7 : Mula kecil, impian besar
Anda mungkin berfikir tiada gunanya mempunyai sedikit simpanan sedangkan kawan anda mempunyai wang berjuta ringgit kerana tidak mungkin anda dapat mengejarnya. Jangan berfikir begitu, cuba bersaing dengannya dan jadikan dia mentor dan kejayaannya sebagai inspirasi. Impikan sesuatu yang besar walaupun anda harus bermula dengan sesuatu yang kecil. Mempunyai impian besar sangat perlu kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan penting untuk berjaya seperti harapan, kemahuan, kecintaan, tenaga, kepercayaan, semangat, inspirasi dan kreativiti yang menjadikan hidup lebih bermakna. Ceritakan kepada orang lain mengenai impian besar anda dan biar mereka mengkritiknya. Gunakan kritikan-kritikan tersebut untuk mengukuhkan keinginan anda itu.


LANGKAH 8 : Fokus
Tinggalkan atau kurangkan aktiviti yang kurang mendatangkan faedah jika anda ingin merubah masa depan anda dan keluarga. Aktiviti yang kurang mendatangkan berfaedah tersebut sebenarnya mengeringkan poket anda bukan menambahkan duit di dalam akaun simpanan anda. Fokus atau beri tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan sangat penting untuk berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Jika sebelum ini anda kurang fokus kepada sesuatu pekerjaan yang anda lakukan, berubahlah sekarang. Fokus dan terus fokus sebaik-baiknya kerana hasil yang bakal diperolehi akan membahagiakan anda. Anda akan mempunyai kedudukan kewangan yang baik pada masa hadapan. Oleh itu, insafi kelalaian lalu dan perbetulkan kegiatan anda hari ini.


LANGKAH 9 : Jadi lebih besar dengan cepat
Masalah dalam perniagaan kecil ialah anda harus menjalankan semua kerja sendiri kerana tidak mempunyai modal mencukupi untuk mengambil pekerja. Peniaga kecil bermula secara kecil dan terus dengan perniagaan itu perlahan-lahan sehingga perniagaannya lebih besar. Jika anda ingin berkembang maju dan lebih besar, perniagaan atau pelaburan yang anda buat mesti bekerja untuk anda dan sebaiknya ia adalah pendapatan pintar. Perniagaan kecil kurang berkesan untuk menjadikan anda kaya. Dapatkan ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin, mula secara kecil-kecilan, dan kembangkan perniagaan secepat mungkin. Lebih banyak aset yang anda miliki, berkurangan kerja yang anda perlu lakukan dan lebih banyak wang akan anda perolehi.


LANGKAH 10 : Lebih banyak anda berkongsi, anda menjadi lebih kaya
Jika anda tamak, kedekut atau terlalu takut untuk berbelanja, lebih lama tempoh yang akan anda ambil untuk menjadi kaya. Fokus untuk mendapatkan lebih banyak wang walaupun mendatangkan pulangan yang kurang, tetapi untuk lebih ramai orang. Anda perlu berkongsi kekayaan dengan orang lain seramai yang mungkin. Bermurah hatilah dan cuba berkongsi. Jika anda berbuat demikian, anda akan menjadi lebih kaya berbanding mereka yang hanya bekerja untuk diri sendiri. Amalkan bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan dengan niat ikhlas sebagai tanda anda ingin berkongsi rezeki anda dengan mereka. Anda juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan dengan mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan pintu rezeki anda akan sentiasa terbuka luas.


Wednesday 19 January 2011

Tahniah Bos

Sempena Hari Keputeraan ke - 63 D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14hb yang lalu, Tuanku menganugerahkan bos aku gelaran Dato'. Tahniah bos daripada kami "the 5 and only (aku, Kak Amy, Kak Zimah, Kak Ct dan Kak Lin) staff" PKMMNS & KKMNSSB. Malam ni kami staff-staff, AJK PKMMNS bersama-sama staff PKK Negeri Sembilan menghadiri majlis makan malam meraikan bos aku di Hotel Kelana Resort, Seremban, NS. 




 


Lepas makan dan dengar banyak juga la patah-patah kata nasihat, semangat dan ucapan dari bos aku, bukan sepatah dua kata la.. ada sesi penyampaian cenderahati dari staff dan AJK untuk bos. Lepas borak-borak, aku dan 3 orang puan-puan tu (sorang puan tak dapat hadir ok..) ada aktiviti wajib kami yang tersendiri, aktiviti bergambar nak masuk blog je pun sementara nak tunggu makanan otw masuk perut. Cun-cun je makanan dah parking dalam perut, apa lagi.. balik la. Ok bye-bye..

Saturday 15 January 2011

Jalan-jalan ke Seri Menanti

Aku lahir di Pantai Timur, negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan, membesar dengan sihatnya di Utara, negeri Jelapang Padi, Kedah dan kini mencari rezeki di negeri Selatan, negeri beradat Negeri Sembilan. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.. so aku dengan besar hati turut meraikan kemeriahan Hari Keputeraan ke - 63 D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada malam ini bersama-sama Fzal yang memang berasal dari Negeri Sembilan, so secara tidak langsungnya aku bakal menjadi sebahagian dari Negeri Sembilan nanti : )






Budak bertuah berbaju biru itu dengan bangganya menjadi pemandu pelancong aku, min, mat dan Syifa malam ini. Kami usha-usha kawasan Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Walaupun hujan renyai-renyai atau rebas bak kata orang Nogori Sembilan, aku tengok ramai je warga-warga Negeri Sembilan yang turun padang meriahkan kawasan tu. Banyak gerai jual makanan dan pakaian. Lebih meriah  lagi bila Ifa Raziah dan artis-artis buat persembahan, so tak la boring sangat. Aku suka sangat dapat makan coklat strawberry.. yum yum : ). Tu je pun.. haha..
 

Kisah Azam 2009 yang lalu

Bagi aku azam adalah apa yang aku nak buat dalam tahun tu untuk buktikan ada perubahan ke arah yang lebih baik dalam hidup dan masa depan aku. Aku mula buat azam sejak grad (ooo.. patut la time study dulu aku tak berapa bersemangat, tak ada azam rupanya, so aku tak tahu apa yang aku nak capai, main redah je belajar, tu yang sakit skit nak grad tu.. hehe..). Apa-apa pun aku dah berubah sekarang, best sangat ada azam coz kita tahu apa yang kita nak dan yang paling best, perasaan bila azam tu dah tercapai. (Best lagi dari perasaan makan ayam goreng waktu tengah lapar dan minum limau ais waktu tengah hari terik.. tak percaya??? cuba lah..). Tiap-tiap tahun aku akan buat 5 azam, azam-azam minor yang tak perlukan masa yang panjang untuk capai tak perlu la masuk dalam senarai azam, nanti pening kepala. Sape berani, letak la 20 azam.. ada berani???.  


Azam pertama : Ambil lesen kereta
Sebenarnya bukan ambil lesen kereta tetapi "ambil kembali" setelah gagal dapat lesen kereta waktu pertama kali ambil (study di Shah Alam gatal ambil lesen di Kedah, so tak ada masa nak balik Kedah belajar dan test sampai tamat tempoh 2 tahun). Waktu kerja di Seremban, aku tinggal dengan kawan aku masa belajar di UiTM Shah Alam, sape lagi klau bukan Kak Ema a.k.a K.E. Kebetulan k.e memang otw ambil lesen motor dan kereta. So aku tanpa buang masa (chewah..) daftarkan diri ambil lesen kereta. Syarat untuk k.e.. jangan kawin lagi sampai aku lulus.. haha. Berkat bebelan k.e.. tadaaa aku berjaya gak akhirnya (klau korang sama kes macam aku, jangan teragak-agak cari kawan korang yang sangat talented bebel pada korang.. k.e jangan marah ye..).


Azam kedua : Beli kereta untuk mak dan ayah
Azam ni tak dapat dilaksanakan pada tahun 2009 coz penasihat kewangan aku (abang aku ler..) kerja di Sarawak selama 2 tahun. Syukur alhamdulillah aku dan adik aku berjaya menghadiahkan mak dan ayah sebuah kereta impian ayah pada 20.04.2010 iaitu selepas 1 bulan aku dan adik accept peluang perniagaan yang sangat-sangat hebat pada 19.03.2010.


Azam ketiga : Nak terima pasangan hidup
Bermulalah sebuah cerita disebalik azam ini (huhu..). Pada suatu petang.. chewah.. lepas aku balik kerja housemate aku Kak Liza cakap dia akan di transfer kerja di Sarawak pada 03.01.2009 dan Kak Ema akan berkawin pada 25.01.2009 (huhu.. aku sedih..). Semasa balik Hari Raya Aidiladha di rumah tok aku di Kedah, satu malam hati aku pun berdoa tentang pasangan hidup aku, dengan rendah hati aku berdoa dengan sangat ikhlas pada saat tu. Aku sangat yakin doa aku akan sampai di hati hati bakal suami aku, aku berdoa tiap malam sebelum tidur sehinggalah aku akhirnya berjumpa dengan insan istimewa tu pada 10.02.2009.

Disini aku nak kongsikan doa ikhlas dari hati aku..
”Ya allah ya tuhanku, detikkanlah hatiku siapakah bakal suamiku, detikkanlah hati bakal suamiku bahawa akulah bakal isterinya, bukakanlah pintu hati bakal suamiku untuk menerimaku dan bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya, dekatkanlah hati kami berdua, permudahkanlah jalan pertemuan kami, cepatkanlah jodoh kami dan satukanlah kami dalam kebahagiaan, sesungguhnya kepadamu tempatku berdoa dan meminta pertolongan, amin”.


Azam keempat : Menceburi bidang perniagaan
Azam ni tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2009 coz aku sekeluarga perlu bagi sepenuh tumpuan dari segi masa dan kewangan untuk menyembuhkan mak aku yang sedang sakit. Apapun, syukur alhamdulillah mak aku telah pulih sepenuhnya, amin. Azam ini telah aku tunaikan pada tahun 2010.


Azam terakhir : Kurangkn berat badan
Azam ni telah berjaya dengan bantuan Jus Mate 5. Tujuan aku ingin kurangkan berat badan coz nak tahap kesihatan yang lebih baik. Badan sihat, cantik dan berseri (hehe..).

Tuesday 11 January 2011

Aku ada Blog

|



Itu aku. Aku bukan retis apatah lagi ahli politik. So korang xkenal aku. Aku aweks biasa2 jer.. nak kenal sudi-sudi la baca blog aku coz hari ni semangat aku tengah berkobar-kobar lah sangat nak ada blog sendiri.

Kalau nak ikutkan, dah lama aku nak ada blog sendiri tapi aku sibuk kerja qs (sibuk la sangat..haha..). Walaupun sibuk aku sebenarnya "silent reader" blog individu-individu tertentu (rahsia..) yang amat hebat di mata aku. So, hari ini aku terlalu gembira dan teruja untuk ada blog sendiri dan jadi hebat macam mereka.

Salam perkenalan kepada semua blogger-blogger hebat, blogger-blogger suam-suam kuku hebat pun salam perkenalan gak dari aku. Kalau ada komen-komen membina aku alu-alukan untuk memperbaiki diri aku otw aku nak jadi seorang yang lebih maju di masa depan. Berkasih biarlah 1..berkawan biarlah 1000.. (aku nak lebih dari 10,000 kawan..), so jadilah kawan & follower aku, janganlah jadi silent reader macam aku dulu : ).


Sunday 2 January 2011

Tahun Baru 2011 & karipap mak : )

Tiap kali masuk tahun baru aku mesti nak tengok bunga api, "wahhh" "aaahhh" "cantiknyaaa" "bestnyerrr" tu confirm keluar dari mulut aku. Sejak zaman uitm lagi gigih lah sangat aku, Kak Ema & Ila layannn tengok bunga api. Kalau tak dapat tengok mungkin tak bersemangat nak study kot sepanjang semester tu.. haha.. walaupun hakikatnya tak la semangat mana : p tapi jadi gak kitorang Juruukur Bahan kecuali Ila.. huhu.. Ila jadi Cikgu lepas jadi Juruukur Bahan kejap. Eh dah dah la mengimbau kenangan lalu.. next..






Tahun ni nak juga tengok bunga api walaupun tak plan awal-awal. Oleh sebab aku ni anak yang baik.. chewah.. aku bawa mak ayah aku sekali sambut tahun baru kat Dataran Shah Alam dengan sepupu aku Mila termasuk budak yang ambil gambar ni.. adik tercyayang Min. Lepas menghirup udara segar.. eh tak pasti la segar ke tak udara kat Shah Alam.. ok semula.. lepas menghirup udara yang tak berapa pasti tahap kesegarannya di Shah Alam & tengok bunga api sampai ternganga mulut.. haha.. kami bermalam kat rumah Mila untuk meneruskan agenda seterusnya esok.





Tujuan bermalam di rumah Mila coz mak aku request nak makan karipap IKEA tahun baru ni.. kelasss mak nyer request, nasib baik kita duduk Seremban sekarang mak.. kalau la kita duduk Kedah.. jauh tuh nak makan karipap. Apapaun ok la dari rumah Mila 10 minit lebih kurang gi IKEA untuk memenuhi permintaan karipap mak. Untung mak nak makan karipap, so aku & Min leh beli meja comel baru sempena tahun baru  2011 khas untuk kaki FB tegar.. tujuan beli meja comel coz nak parking depan tv.. lum sump yer kawan-kawan, layan fb.. tengok tv.. kerja.. bisness.. makan.. tido.. semua kat tempat paling strategik tuh.. wah wah busy betul tahun 2011 ni online je kerja aku & min..




Pagi-pagi esoknya tu kitorang gerak awal balik Seremban.. AWAL versi Siti Zuridah ye.. bukan awal versi orang lain.. haha.. dengan pantas juga versi Siti Zuridah semua kena singgah rumah coz kena la pakai pakaian sesuai nak pergi kenduri kesyukuran kat rumah Fzal di Gemas. Tiba-tiba aku yang paling pantas la sangat ni tak tahu nak pakai baju kurung mana.. sure korang pun selalu rasa macam aku bila tengok baju kurung yang memang dah sedia banyak tapi rasa macam tak banyak je. Kalau aku kerja gomen sure dah banyak banyak lagi baju kurung aku, tapi memandangkan aku kerja private, sangat kurenggg baju kurung aku coz aku datang pejabat pakai jeans.. ikut mood la katakan.. kalau mood ok pakai la kemeja bagaiii.. haha.. 

So keputusan muktamad baju kurung mana aku pakai.. sorry pic baju tak available la coz bateri out waktu tu.. kesimpulannya aku pakai la baju kurung dari Butik Larra.. butik sendiri la katakan, so balik kenduri lah ye masuk akaun duit beli baju kurung.. wakaka waka waka eh eh.. opsss.. gambar kat atas tu sekadar hiasan, tapi ada kena mengena cikit la dengan baju kurung aku pakai, tu gambar waktu aku pergi ***** * shopping stok baju kurung untuk Butik Larra termasuk baju kurung yang aku pakai ye.. ok jumpa lagi next post..