Sebut pasal kontraktor apa yang bermain di fikiran korang??? Bagi aku, sejak zaman belajar dulu aku memang fikir kontraktor mesti kaya & selalunya kahwin 2.. hehe.. sebab aku selalu disajikan dengan drama di tv & real drama waktu belajar kontraktor selalu gah.. pakai smart & naik kereta besar pergi site. So mana idaknya aku imagine diorang kaya kan. Biasa la waktu dulu belajar QS.. tak faham sangat waktu tu tentang kontraktor ni, rupanya ada kontraktor kaya & ada yang biasa-biasa je. Waktu tu pendaftaran kontraktor Kelas A, B, C, D, E & F dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) & Gred G7-G1 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Berkuatkuasa pada 15hb Oktober 2012, sistem pendaftaran kontraktor dah berubah ke Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK). Semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh PKK adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB. Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK. Maklumat lanjut tentang sistem ni boleh Google keywords yang terlintas di fikiran atau pergi ke website CIDB okeh.
Apa yang aku ingin kongsikan hari ni adalah Kriteria Pendaftaran Kontraktor dengan CIDB bagi korang, kawan-kawan atau saudara-mara yang berminat nak jadi kontraktor. Terdapat 3 kumpulan mereka yang boleh hantar permohonan untuk jadi kontraktor kepada CIDB seperti di bawah. Bolehlah kiranya di panjang-panjangkan info ni ye.. untuk kebaikan bersama & kemajuan negara kita.. chewahhh.
- Kumpulan A - pemegang Ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
- Kumpulan B - pemegang Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pembinaan.
- Kumpulan C - individu yang pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pembinaaan dan/atau juga individu selain daripada yang di atas tetapi terlibat dengan aktiviti-aktiviti teknikal di tapak binaan dengan pengalaman di dalam kerja-kerja pembinaan ataupun pemegang sijil-sijil teknikal berkaitan pembinaan dari Akademi Binaan Malaysia (ABM), politeknik & pusat-pusat latihan seumpamanya.
Bagi individu yang berminat untuk menjadi kontraktor, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) menganjurkan kursus seperti di bawah :-
KURSUS ASAS PENGURUSAN PEMBINAAN
Tarikh : (Akan dimaklumkan kemudian)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Mutiara Oakland, PKMMNS
Yuran Penyertaan : RM 600.00
Sijil/ Mata : Sijil kehadiran 20 mata CCD & Sijil
* Jurulatih adalah Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia &
diiktiraf oleh Dale Carnegie Training, USA
Pendaftaran & pertanyaan hubungi 06-633 3663
Tarikh : (Akan dimaklumkan kemudian)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Mutiara Oakland, PKMMNS
Yuran Penyertaan : RM 600.00
Sijil/ Mata : Sijil kehadiran 20 mata CCD & Sijil
* Jurulatih adalah Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia &
diiktiraf oleh Dale Carnegie Training, USA
Pendaftaran & pertanyaan hubungi 06-633 3663
Bagi individu yang telah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pembinaan, mereka boleh menghantar permohonan kepada CIDB untuk menjadi kontraktor mengikut kriteria pendaftaran kontraktor di bawah.
Click picture > Right Click > View Image > Click to Zoom
PKMMNS
https://www.facebook.com/pkmmns
http://mutiaraoakland.blogspot.com

























