Bagi aku azam adalah apa yang aku
nak buat dalam tahun tu untuk buktikan ada perubahan ke arah yang lebih
baik dalam hidup dan masa depan aku. Aku mula buat azam sejak grad
(ooo.. patut la time study dulu aku tak berapa bersemangat, tak ada
azam rupanya, so aku tak tahu apa yang aku nak capai, main redah je
belajar, tu yang sakit skit nak grad tu.. hehe..). Apa-apa pun aku dah
berubah sekarang, best sangat ada azam coz kita tahu apa yang kita nak
dan yang paling best, perasaan bila azam tu dah tercapai. (Best lagi
dari perasaan makan ayam goreng waktu tengah lapar dan minum limau ais
waktu tengah hari terik.. tak percaya??? cuba lah..). Tiap-tiap tahun
aku akan buat 5 azam, azam-azam minor yang tak perlukan masa yang
panjang untuk capai tak perlu la masuk dalam senarai azam, nanti pening
kepala. Sape berani, letak la 20 azam.. ada berani???.
Azam pertama : Ambil lesen kereta
Sebenarnya
bukan ambil lesen kereta tetapi "ambil kembali" setelah gagal dapat
lesen kereta waktu pertama kali ambil (study di Shah Alam gatal ambil
lesen di Kedah, so tak ada masa nak balik Kedah belajar dan test sampai
tamat tempoh 2 tahun). Waktu kerja di Seremban, aku tinggal dengan
kawan aku masa belajar di UiTM Shah Alam, sape lagi klau bukan Kak Ema
a.k.a K.E. Kebetulan k.e memang otw ambil lesen motor dan kereta. So aku
tanpa buang masa (chewah..) daftarkan diri ambil lesen kereta. Syarat
untuk k.e.. jangan kawin lagi sampai aku lulus.. haha. Berkat bebelan
k.e.. tadaaa aku berjaya gak akhirnya (klau korang sama kes macam aku,
jangan teragak-agak cari kawan korang yang sangat talented bebel pada
korang.. k.e jangan marah ye..).
Azam kedua : Beli kereta untuk mak dan ayah
Azam
ni tak dapat dilaksanakan pada tahun 2009 coz penasihat kewangan aku
(abang aku ler..) kerja di Sarawak selama 2 tahun. Syukur alhamdulillah
aku dan adik aku berjaya menghadiahkan mak dan ayah sebuah kereta impian
ayah pada 20.04.2010 iaitu selepas 1 bulan aku dan adik accept peluang
perniagaan yang sangat-sangat hebat pada 19.03.2010.
Azam ketiga : Nak terima pasangan hidup
Bermulalah
sebuah cerita disebalik azam ini (huhu..). Pada suatu petang.. chewah..
lepas aku balik kerja housemate aku Kak Liza cakap dia akan di transfer
kerja di Sarawak pada 03.01.2009 dan Kak Ema akan berkawin pada
25.01.2009 (huhu.. aku sedih..). Semasa balik Hari Raya Aidiladha di
rumah tok aku di Kedah, satu malam hati aku pun berdoa tentang pasangan
hidup aku, dengan rendah hati aku berdoa dengan sangat ikhlas pada saat
tu. Aku sangat yakin doa aku akan sampai di hati hati bakal suami aku,
aku berdoa tiap malam sebelum tidur sehinggalah aku akhirnya berjumpa
dengan insan istimewa tu pada 10.02.2009.
Disini aku nak kongsikan doa ikhlas dari hati aku..
”Ya
allah ya tuhanku, detikkanlah hatiku siapakah bakal suamiku,
detikkanlah hati bakal suamiku bahawa akulah bakal isterinya,
bukakanlah pintu hati bakal suamiku untuk menerimaku dan bukakanlah
pintu hatiku untuk menerimanya, dekatkanlah hati kami berdua,
permudahkanlah jalan pertemuan kami, cepatkanlah jodoh kami dan
satukanlah kami dalam kebahagiaan, sesungguhnya kepadamu tempatku berdoa
dan meminta pertolongan, amin”.
Azam keempat : Menceburi bidang perniagaan
Azam
ni tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2009 coz aku sekeluarga perlu
bagi sepenuh tumpuan dari segi masa dan kewangan untuk menyembuhkan mak
aku yang sedang sakit. Apapun, syukur alhamdulillah mak aku telah
pulih sepenuhnya, amin. Azam ini telah aku tunaikan pada tahun 2010.
Azam terakhir : Kurangkn berat badan
Azam
ni telah berjaya dengan bantuan Jus Mate 5. Tujuan aku ingin kurangkan
berat badan coz nak tahap kesihatan yang lebih baik. Badan sihat, cantik
dan berseri (hehe..).
No comments:
Post a Comment