Tiap kali masuk tahun baru aku
mesti nak tengok bunga api, "wahhh" "aaahhh" "cantiknyaaa" "bestnyerrr"
tu confirm keluar dari mulut aku. Sejak zaman uitm lagi gigih lah
sangat aku, Kak Ema & Ila layannn tengok bunga api. Kalau tak dapat
tengok mungkin tak bersemangat nak study kot sepanjang semester tu..
haha.. walaupun hakikatnya tak la semangat mana : p tapi jadi gak
kitorang Juruukur Bahan kecuali Ila.. huhu.. Ila jadi Cikgu lepas jadi
Juruukur Bahan kejap. Eh dah dah la mengimbau kenangan lalu.. next..
Tahun ni nak juga tengok bunga api walaupun tak plan awal-awal. Oleh sebab aku ni anak yang baik.. chewah.. aku bawa mak ayah aku sekali sambut tahun baru kat Dataran Shah Alam dengan sepupu aku Mila termasuk budak yang ambil gambar ni.. adik tercyayang Min. Lepas menghirup udara segar.. eh tak pasti la segar ke tak udara kat Shah Alam.. ok semula.. lepas menghirup udara yang tak berapa pasti tahap kesegarannya di Shah Alam & tengok bunga api sampai ternganga mulut.. haha.. kami bermalam kat rumah Mila untuk meneruskan agenda seterusnya esok.
Tujuan
bermalam di rumah Mila coz mak aku request nak makan karipap IKEA
tahun baru ni.. kelasss mak nyer request, nasib baik kita duduk
Seremban sekarang mak.. kalau la kita duduk Kedah.. jauh tuh nak makan
karipap. Apapaun ok la dari rumah Mila 10 minit lebih kurang gi IKEA
untuk memenuhi permintaan karipap mak. Untung mak nak makan karipap, so
aku & Min leh beli meja comel baru sempena tahun baru 2011 khas
untuk kaki FB tegar.. tujuan beli meja comel coz nak parking depan tv..
lum sump yer kawan-kawan, layan fb.. tengok tv.. kerja.. bisness..
makan.. tido.. semua kat tempat paling strategik tuh.. wah wah busy
betul tahun 2011 ni online je kerja aku & min..
Pagi-pagi
esoknya tu kitorang gerak awal balik Seremban.. AWAL versi Siti
Zuridah ye.. bukan awal versi orang lain.. haha.. dengan pantas juga
versi Siti Zuridah semua kena singgah rumah coz kena la pakai pakaian
sesuai nak pergi kenduri kesyukuran kat rumah Fzal di Gemas. Tiba-tiba
aku yang paling pantas la sangat ni tak tahu nak pakai baju kurung
mana.. sure korang pun selalu rasa macam aku bila tengok baju kurung
yang memang dah sedia banyak tapi rasa macam tak banyak je. Kalau aku
kerja gomen sure dah banyak banyak lagi baju kurung aku, tapi
memandangkan aku kerja private, sangat kurenggg baju kurung aku coz aku
datang pejabat pakai jeans.. ikut mood la katakan.. kalau mood ok
pakai la kemeja bagaiii.. haha..
So
keputusan muktamad baju kurung mana aku pakai.. sorry pic baju tak
available la coz bateri out waktu tu.. kesimpulannya aku pakai la baju
kurung dari Butik Larra..
butik sendiri la katakan, so balik kenduri lah ye masuk akaun duit beli
baju kurung.. wakaka waka waka eh eh.. opsss.. gambar kat atas tu
sekadar hiasan, tapi ada kena mengena cikit la dengan baju kurung aku
pakai, tu gambar waktu aku pergi ***** * shopping stok baju kurung untuk
Butik Larra termasuk baju kurung yang aku pakai ye.. ok jumpa lagi next post..
No comments:
Post a Comment