Hari
Jumaat lepas aku balik kerja awal tuhhh.. (macam selalu aku balik
lambat.. haha..) pekerja cemerlang weh.. semua pakaian dah siap masuk
bag & parking dekat pintu. Berkobar-kobar aku nak gi Kuala
Terengganu, hantar pengantin perempuan (jiran Fzal), apa orang panggil
tah.. hantar menantu kot. Aku kena drive sendiri dari Seremban ke rumah
Fzal di Felda Pasir Besar, Gemas coz Fzal tunggu kat sana, nasib baik
ada Ain (kak ipar Fzal) teman coz aku tersangat la malas nak drive
sekarang sejak ada driver ni (jangan marah ek syg).
Pukul 6.30 ptg aku, Ain & Abg Ngah bertolak lalu Kuala Pilah dalam hujan lebat, so sampailah ke rumah pukul 8.00 mlm coz mulut lagi laju berborak dengan Ain dari drive.. haha.. Kesian Min tak dapat ikut coz esoknya ada interview, xpe nanti kita gi lak ok. Lepas makan & layan final raja lawak, pukul 11.00 mlm berkumpul depan rumah pengantin & bergerak pukul 11.30 mlm.
Pukul 6.30 ptg aku, Ain & Abg Ngah bertolak lalu Kuala Pilah dalam hujan lebat, so sampailah ke rumah pukul 8.00 mlm coz mulut lagi laju berborak dengan Ain dari drive.. haha.. Kesian Min tak dapat ikut coz esoknya ada interview, xpe nanti kita gi lak ok. Lepas makan & layan final raja lawak, pukul 11.00 mlm berkumpul depan rumah pengantin & bergerak pukul 11.30 mlm.
Lepas
gerak.. berhenti.. makan.. gerak.. berhenti.. makan.. gerak..
berhenti.. makan.. haha.. so lebih kurang 6.30 pg kitorang sampai di
perkarangan Masjid Tengku Tengah Zahrah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
(Masjid Terapung) setelah harungi perjalanan dengan jalan yang ok
& tersangat la "OK", area mana tah..tak tahu la coz aku bukan
orang Negeri Sembilan mahupun Terengganu..haha. Pihak lelaki datang
jemput kitorang kat masjid & bawa ke
rumahnya..ngantuknya..zzzZZZzzz..
Dah
sampai rumah berangguh sebelah rumah pengantin lelaki, zasss..semua
lepak & tido. Lepas je makan kenduri & bergambar ala-ala je,
jeng3..ni la aktiviti yang di tunggu-tunggu. Huhuhu..plan nk gi
Cherating mandi laut api tak kesampaian coz hari dah nak gelap (alasan
la sangat..haha..) so Taman Tamadun Islam je la nampaknya yer
kawan-kawan.
Dah
sampai Taman Tamadun Islam so bergambar-gambar la ala-ala pelancong
tak pernah sampai kat sini. Cantiknya Masjid Kristal.. pemandangan kat
sini pun cantik tapi panas sangat so makan ais krim dulu la.. eh ada
kena mengena ke panas dengan makan ais krim.. ye la tahu la panas minum
air mineral tapi biasa la budak-budak ni ek yang bagi ais krim kat
aku, ikutkan aku nk air mineral botol besar.. wakaka tipu la sangattt.
Dek
cadangan juga hasutan, haha.. rasa nak naik TT River Cruise la pula
coz macam best je, so bila dah dapat naik tiba-tiba terfikir ada buaya
tak??? haha.. aku tanya aku jawab sendiri la dalam hati tak ada kot
untuk menyedapkan hati aku sendiri. Sebelum naik sempat dulu bergambar
dengan pantas bersama mereka-mereka yang juga pantas untuk mengelakkan
penumpang-penumpang lain berkata poyos biar diorang tunggu lama coz bot
tak dapat jalan tunggu kitorang, tapi kalau ye pun ada aku kisah,
haha.. ok aku kisah.
Sebelum
balik sempat dulu singgah di Pasar Payang, biasa ah acara membeli
belah atau membeli pastu blah. Aku tengok Fzal banyak beli buah, tahu
la suka makan buah pun tapi Negeri Sembilan tak ada buah ke awak???
Orang lain beli keropok atau apa-apa yang tak ada di Negeri Sembilan
la. Aku tak nak apa-apa kalau pergi Terengganu, nak satay ikan jerrr,
so ni kedai ke-2 aku makan satay ikan dalam sehari, kuantiti jangan
tanya ok, malu la caye hehe.. Lepas membeli pastu blah ke Negeri
Sembilan sampai semua terlupa nak berhenti beli keropok lekor coz dah
penat sangat, semua zzzZZZzzz kecuali driver.
Kredit : Fzal coz xPENAT layan aku (kot..) | Ain Sanusi
coz teman aku drive dari Seremban ke Gemas malam tu | Abg Ngah coz
drive slow malam tu bg aku follow | cha-ir coz drive & ct sbg
co-driver yg tido..haha.. | WJA 15** coz tak buat hal sepanjang
perjalanan walaupun tak berapa sihat | Hp sony ericsson kamera 2.0
megapixel (jerrr) tp hasil pic aku suka | m.i.l coz anjer kain2 batik,
keropok dll & pengikut2 lain juga coz meramaikan majlis.
No comments:
Post a Comment