Saturday, 2 April 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Siang aku menemani mak ayah beraktiviti..
Malam aku menemani yang tersayang pula beraktiviti..
So..
Aku baik kan.. wah tetiba aku baik.. hahaha..

Hari Ini Dalam Sejarah (macam rancangan dalam tv dulu-dulu tu la plak). Sejak aku jadi pengunjung setia STAR of Paroi, Seremban, NS sejak 2009 (dah 3 tahun derrr) tiap minggu dek kerana menemani peminat bola sepak tegar yang juga fans N9futbol tu tak pernah sekali pun orang lain jadi kawan borak aku sepanjang game selain bodyguard comel aku tu coz biasalah peminat tegar mana layan kita borak derrr sepanjang game.. ok aku tipu je, mana boleh tak layan.. mahu aku balik time tu gak.. ada berani : P. Jeng3.. kali ni aku & Fzal ditemani oleh seorang ibu muda dengan anak super duper active seramai 4 orang.. cayalah.. enjoy da pic..   


Peminat tegar sedang membelanjakan tiket.. tima kacih ye : )


Kanak2 tersebut.. : P


Waaaa.. sukeee.. ; )


Ibu muda dgn anak super duper active yang baru lepas tettt.. : P


Asyik pic dia je bila gol : ( cuba kalau tak gol heh..


Very the pucat meh.. biasa ah xde penaja lipice : P


Lepas tgk bola sila bawa saya jamu selera ok coz saya lapar : )

Aktiviti Hujung Minggu

Sape orang Seremban angkat tangkat tangan!!. Orang Kedah yang kerja di Seremban pun angkat la juga tangan coz sama dengan aku. Ape? tak nak angkat tangan !!. Ikut suka korang ah, aku nak ajak senaman angkat-angkat tangan sambil hirup udara segar di City Park, Seremban 2 je pun coz tu la aktiviti hujung minggu aku (kadang-kadang) hahaha..

Hujung minggu korang buat apa.. hujung minggu ni lah masa yang paling aku tunggu-tunggu.. rasa macam nak duduk rumah tak nak keluar langsung. Sape ajak aku keluar hujung minggu kalau tak ada Fzal aku tu memang aku fikir 80 kali ah.. hahaha.. coz aku malas nak drive, tu je pun reasonnya. Nikmatnya.. leh bangun pagi lewat.. sarapan.. tengok tv.. layan fb.. mandi (lewat !!!).. makan tengah hari.. layan blog pulak.. tengok tv lagi.. sedar-sedar dah malam & kerja rumah pun tak buat.. malas lak aku.. ceh..

Malas tu ada waktu-waktu tertentu je ok. Selalu aku rajin.. ok aku tahu korang tak percaya : (. Walau semalas mana pun aku aku tetap akan memenuhi permintaan mak aku untuk keluar.. selalunya sarapan & jogging di City Park & shopping.. tu je pun coz aku pun tak tahu nak buat aktiviti apa lagi di sini, nak melawat rumah sedara tak ada sedara la plak kt Nogori ni. Kesian mak aku.. hari aku kerja mak & ayah duduk je di rumah coz mak aku kat rumah di Kedah pun memang tak suka keluar rumah coz dia tak suka duduk bersembang aka umpat-mengumpat ni (patut mak aku putih dari aku, jarang kena panas.. wakaka..). 

Hari ni mak, ayah, aku, fzal, min, mat, syifa & anak buah aku danial.. gi City Park. Kitorang jogging (jalan dengan perlahan aka santai-santai sebenarnya..) & sarapan nasi lemak yang mak masak sendiri 100% (anak yang baik ni tak sempat tolong coz bangun je mak dah siap masak). Nikmat sangat sarapan dengan family kat situ sambil tengok pemandangan hijau.. cuci mata gitu : P. Lepas tu gi Tesco beli barang nak masak untuk tengah hari, pendek kata hujung minggu memang makan je kerjanya, mana tak membesar bagai johannn.. Ok, sila layan gambar sekarang : P.






Agak-agak turun berapa kg hari ni? : P

Thursday, 31 March 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PKMMNS Kali ke-33

Alhamdulillah.. selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) Kali ke-33. Apa yang pasti semua bos, AJK, staff PKMMNS & anak syarikatnya Konsortium Kontraktor Melayu Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (KKMNSSB) mesti rasa lega & happy. Boleh lah tidur dengan lena & nyenyaknya malam ni setelah bertungkus-lumus menyiapkan persediaan untuk mesyuarat beberapa hari kebelakangan ni.






Majlis berlangsung di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YBhg Dato' Haji Mokhtar Bin Samad DSSA, AMN, PMK, PJK, JP. Klana Grand Ballroom dihias kemas (memang dah kemas pun kan) untuk majlis ini yang telah dihadiri oleh perwakilan yang terdiri daripada kontraktor-kontraktor Negeri Sembilan yang juga ahli-ahli PKMMNS. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli-ahli PKMMNS. Lepas ahli-ahli mendaftar, staff-staff campur staff import sorang a.k.a Fzal, biasa lah ye.. menjalankan aktiviti -aktiviti biasa.




Aktiviti 1
Bergambar bersama staff yang 5 kerat tu je la. 2 kerat PKMMNS & 3 kerat KKMNSSB yang duduk tu. Tapi lagi 1 kerat PKMMNS tak ada dalam gambar ni coz dia sibuk, dia ada dalam ballroom. (Wah!!! nampak sangat cukup makannn staff-staff ni coz semua kerat2 besar ni..  haha.. tetiba teringat drumstick ayam daging..). Apapun baju kita & tudung Mawaddah sponser itewww sangat cantik ok : ) Naik seri gitu.. wakaka..




Aktiviti 2
Mesti la bergambar dengan staff import. Terima kasih ye staff import coz di mana-mana.. pada bila-bila masa awak mesti ada dengan kami, selalu tolong kami walau apa jua event.. (huhu.. terharu a.k.a bodekkk pun ada ni..) Wajib ni bergambar coz nak masuk blog.. wakaka.. kalau tak dapat bergambar muncung saya automatik ke depan ok : P.





Aktiviti 3
Bergambar secara penuh pula ye bersama seluar & kasut tajaan dengan pelbagai aksi tapi aksi ni je yang dapat dipaparkan coz bergaya sopan gitu ok. Kelazzz.. dapat juga bergambar bersama "the 5 & only" staff, yg tgh tu MC of the event. Yehaaa.. membesar bagai johan : P. Lepas mesyuarat selesai, kitorang bergambar bersama bos-bos & AJK coz jarang dapat berkumpul bersama memakai baju gojesss ini : ). Lepas tu mesti la bergambar dengan staff import yang tersayanggg. Lepas tu kitorang buat aktiviti sdn. bhd. lak ok.






Aktivi Sdn. Bhd. 4, 5 & 6
Lepas kemas apa yang patut, sumbat-sumbat semua barang dalam kereta dengan pantasnya coz tak nak buang masa susun barang dengan lemah lembutnya a.k.a buang masa aku tau tak.. hehe.. kitorang bergambar lagi sekitar Klana Resort ala-ala model dalam banner promote hotel lak aii (aku tahu korang mesti ngumpat gambar 3 aweks baju biru tu kan kan.. alah jangan nak tipu.. den tahu derrr). Lepas menjamu selesa kat A&W lak, penyanyi-penyanyi karaoke tegar.. siyes tak temasuk aku ok.. diorang ni bt keputusan pantas nak karaoke di Seremban Parade (sorry gambar karaoke pakai baju office sangat la tidak sesuai untuk aku masukkan dalam entry ni ye..). Apapun, kredit utk 2 orag abang baju putih tu coz sangat sporting layannnzzz aweks-aweks PKMMNS & KKMNSSB nih.