Tuesday, 22 May 2012

My first 3 Series Birthday with Love

Dalam banyak-banyak cuti hari keraian yang di sambut di Malaysia (aku tahu banyak weh cuti coz selalu aku dapat kalendar awal tahun mesti aku tanda cuti dulu..), hari yang paling istimewa bagi aku adalah first Hari Raya Aidilfitri (unexplained why it comes first), next Hari Raya Aidiladha, next Hari Ulangtahun Perkahwinan (tahun ni baru masuk senarai.. hee..) & next hari Ulangtahun Kelahiran aku sendiri serta insan-insan teristimewa di hati aku iaitu suami, mak, ayah, abang, anak sedara, adik & kawan-kawan aku.

Today is my first 3 series birthday with love.. tu je nak cakap.. hee.. Nape lah pulak sebut 3 series teringat BMW ni.. dush.. Tahun ni kira tahun yang paling istimewa aku sambut birthday coz selalu sambut birthday 2x je, dengan kawan-kawan & family. Tahun ni banyak yang dah berubah coz selaras dengan berubahnya status aku sebagai seorang yang bukan single-mingle lagi so maybe lebih dari 2x lah kot aku akan sambut birthday.. hee.. Apapun hari ni aku sambut birthday dengan suami dulu & next time dengan yang lain.

Memandangkan birthday aku tahun ni jatuh pada hari Selasa (hari bekerja la weh..) so tak banyak masa untuk fikir mana lokasi yang terbaeeekkk nak sambut birthday. Masa pun ada 1 jam je waktu rehat (1 jam lebih coz masuk lambat.. haha..) so mana lagi la lokasi yang paling dekat dengan office aku selain di Pizza Hut, AEON Seremban 2. Ikutkan dah set nak lepak situ dengan budak office 28hb tapi otw asal-usulnya nak ke Delifrance tak jadi coz banner new menu selections Pizza Hut hari ni nampak macam menarik.

Lime Pepper Chicken Chop

Passion Mint Fizz & Blackberry Fizz


Suami comel ajak beli kek coz macam tak menarik sambut birthday tak ada kek (kebaratan sangat la weh..) Rilex ah.. kita makan dulu, kek simpan next event coz sangat tak menarik makan kek 2 orang je. Italian Herb Chicken & Blackberry Fizz pilihan Fzal, Lime Pepper Chicken Chop & Passion Mint Fizz pilihan aku. Sambutan yang amat sederhana hari ni tapi penuh makna dalam hati. Sempat lagi jalan-jalan sebelum masuk office macam office tu aku yang punya.. hahaha.. Sayaaaaaaaang kamooo.. <3


Tuesday, 8 May 2012

Ini Cerita Zombie

Hi semua aweks yang cantik meranik eh salah cantik menarik lagi tertarik. Semalam hari Isnin atau Monday atau oh aku dah lupa la ikutkan aku nak educate korang dalam bahasa lain juga. Tetiba aku teringat kes abang aku tipu aku. Katanya Wahid, Isnani & Salasa itu adalah Ahad, Isnin & Selasa. Ye la aku tahu la aku tak pandai Bahasa Arab. Makanya aku telah buat study group dengan anak sedara aku a.k.a Danial coz dia belajar Bahasa Arab & husband la sape lagi a.k.a Mr. Fzal. So, tak yah la der nak tipu aku lagi, tu 1, 2 & 3 hee..

Hi.. saya Danial..

Dah mari sambung ke cerita seram coz intro tadi sangat tidak seram.

Semalam hari Isnin. Hari yang indah lagi dinanti-nantikan oleh semua orang yang makan gaji sebab tak sabar-sabar nak pergi kerja. Oh itu tipu sangat ye !!!. Akulah pekerja yang makan gaji tapi tak la pula tidak sabar untuk datang kerja. Aku baru balik dari Melakau eh Melaka la. Aku, Mr. Fzal & Min pergi rumah abang aku sebab nak duduk bawah ketiak mak ayah aku & main games Zombie Cafe dengan anak sedara aku. Terima kasih Mr. Fzal yang sangat memahami.

Tak dapat buka cafe.. dapat tolong Zombie pun jadi la.. hehe..

Oh ini ada sedikit cerita. Aku sangat sedih waktu nak balik Seremban coz Danial nangis tak bagi aku balik. Air mata aku bak kata orang Kedah sipi-sipi je nak keluaq waktu aku nak tepuk bagi dia tidur lepas jadi cikgu tuisyen dia. Terpaksa pujuk interoducer aku tentang games Zombie Cafe tu kata aunty akan call selalu tanya Cafe dah ada berapa banyak duit. Terharu aunty derrr coz dia sangat menyukai, menggemari, mencintai & yang sewaktu dengannya pada aunty nya yang seorang ini dari yang seorang lagi itu haha..

Alkisah balik dari Melaka pun dah lewat so sampai Seremban tak kan lah pulak dapat sampai cepat. Kalau drive Beemer kot lah ye.. huhu.. Niat di hati pergi office nak balik awal coz nak sambung tidur kejap untuk hilangkan letih-letih badan sambil melayan cerita Nada Cinta yang semakin hari semakin menyakitkan hati tetapi hati tetap tak mau stop dari terus tengok. So kita layannn.. Layan pun gitu-gitu aje coz tak boleh nak parking betul-betul di depan tv, so mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu sambil bersiap-siap nak keluar.

Love Mikha than Nada :P

Lebih kurang 7.30 mlm aku, Fzal & the family serta kawan family Fzal pergi ke Darul Syifa, Kuala Pilah. Kitorang sempat melihat kejadian yang agak mendebarkan semasa di sana. Berdebar jantung aku weh. Setelah selesai urusan kami pun balik rumah & sampai di rumah lebih kurang 3.30 pagi. Pukul 4.30 pagi aku nak tido tapi mata tak mau lelap so aku ambil ipad masuk bilik nak main games sementara tunggu mata mengantuk. Letak ipad tepi bantal nak baca doa dulu.

Tiba-tiba..
????? : Aaarrrkkk........
Dalam suasana pagi yang sunyi terdengar suara macam suara manusia tapi tak pasti suara atau bunyi apa yang sebenarnya tu. Hati apa lagi berdebar-debar sambil otak ligat fikir mana datangnya weh bunyi tu.  Mata lak pandang atas siling pastu keliling bilik.. tak ada apa-apa yang mencurigakan pun.. wakaka.. nampak sangat penakut. Apa tak nya teringat kejadian yang sebelumnya tu. Fzal nampak macam dah tido.

Dengan pantas..
Aku : Awak.. dengar tak bunyi apa tu?
Fzal : Zombie la.. (kembali zzzZZZzzz..)
Dalam hati fikir Zombie apa, mana datangnya Zombie. Blurrr 2 -3 saat. Ceh.. baru teringat games Zombie Cafe. Patut la bunyi kuat menusuk ke kepala coz ipad tepi bantal.

Tapi..
Aku : Zombie kenyang ek?
Fzal : Emmm.. (sambung zzzZZZzzz..)
Dalam hati tak percaya tu bunyi Zombie coz selalu Zombie kenyang pun tak pernah aku dengar bunyi macam tu. Tak kisahlah apa pun tapi untuk menyedapkan hati anggap aja lah Zombie kenyang.

Pastu..
Aku : Awak ah tak nak main games tak tutup pintu cafe.
Fzal : (tak layan.. zzzZZZzzz terus..)
Dengan pantas aku terus off ipad, so kalau Zombie kenyang lagi ke nak makan pelanggan ke tak kan ada la bunyi-bunyi lagi.

Pagi tadi bangun tidur terus siasat apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin notification games.. ye anggap aja lah notification games. Ceh !!!


Tuesday, 10 January 2012

Tips Memilih Pakaian Bagi Wanita Berbadan Besar


Setiap wanita ingin tampil cantik dan menarik dalam penampilan. Bentuk tubuh badan yang kurus, ramping dan langsing menjadikan penampilan lebih menarik dan berkeyakinan dalam menggayakan fesyen yang digemari. Walaubagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai bentuk tubuh badan yang ideal.


Wanita yang tergolong di kalangan mereka yang berbadan besar sering menghadapi masalah dalam memilih pakaian yang cantik & sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun majlis-majlis tertentu seperti makan malam, majlis pertunangan, majlis perkahwinan & sebagainya. Ini adalah disebabkan mereka merasa kurang yakin dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan & kebanyakan pakaian yang cantik di pasaran di reka untuk wanita yang kurus, ramping dan langsing.


Berikut adalah 6 tips memilih pakaian bagi wanita berbadan besar yang Butik Larra ingin kongsikan sebagai panduan memilih pakaian agar anda juga boleh tampil cantik & bergaya ke mana saja yang anda inginkan. Buangkan rasa rendah diri yang sering menghantui fikiran & gayakan pakaian anda dengan yakin.



Pertama
Pilih pakaian berwarna gelap atau corak pakaian yang agak gelap seperti warna hitam, kelabu gelap, biru gelap, ungu gelap & sebagainya supaya bentuk tubuh yang sedikit berisi dapat disamarkan atau disembunyikan oleh warna pakaian tersebut.


Kedua
Pilih pakaian yang sedikit longgar untuk mengimbangi bahagian perut, belakang & lain-lain yang sedikit berisi. Memilih pakaian yang ketat untuk digayakan tidak akan sesekali membuatkan anda kelihatan kecil sebaliknya ia akan mengundang pandangan yang kurang selesa dari orang ramai. Anda juga tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu besar sehingga menampakkan anda lebih besar daripada biasa.


Ketiga
Pilih pakaian dengan motifnya garis yang menegak atau corak bunga kecil untuk menampakkan anda sedikit langsing & elakkan memakai pakaian dengan motif garis melintang yang akan membuatkan badan anda kelihatan lebih lebar. Motif berkotak juga boleh digayakan mengikut potongan pakaian yang sesuai.


Keempat
Pilih blazer, jaket atau cardigan dengan potongan yang sesuai untuk digayakan bagi menutupi kekurangan di bahagian perut anda.


Kelima
Pilih seluar dengan potongan straightcut atau yang sesuai dengan kaki anda. Hindari seluar dengan potongan bahagian bawah yang mengecil atau street seperti trend celana pencil kerana ia akan membuatkan anda kelihatan rendah.


Keenam
Pilih aksesori sesuai untuk digayakan bersama dress, skirt dan seluar seperti tali pinggang. Pemilihan tali pinggang yang halus dan nipis serta berantai-rantai dengan saiz yang tidak terlalu besar melebihi satu inci dan terletak pada bahagian pinggul amat sesuai digayakan.