Monday, 21 March 2011

Terengganu 1D1N

Hari Jumaat lepas aku balik kerja awal tuhhh.. (macam selalu aku balik lambat.. haha..) pekerja cemerlang weh.. semua pakaian dah siap masuk bag & parking dekat pintu. Berkobar-kobar aku nak gi Kuala Terengganu, hantar pengantin perempuan (jiran Fzal), apa orang panggil tah.. hantar menantu kot. Aku kena drive sendiri dari Seremban ke rumah Fzal di Felda Pasir Besar, Gemas coz Fzal tunggu kat sana, nasib baik ada Ain (kak ipar Fzal) teman coz aku tersangat la malas nak drive sekarang sejak ada driver ni (jangan marah ek syg).

Pukul 6.30 ptg aku, Ain & Abg Ngah bertolak lalu Kuala Pilah dalam hujan lebat, so sampailah ke rumah pukul 8.00 mlm coz mulut lagi laju berborak dengan Ain dari drive.. haha.. Kesian Min tak dapat ikut coz esoknya ada interview, xpe nanti kita gi lak ok. Lepas makan & layan final raja lawak, pukul 11.00 mlm berkumpul depan rumah pengantin & bergerak pukul 11.30 mlm.





Lepas gerak.. berhenti.. makan.. gerak.. berhenti.. makan.. gerak.. berhenti.. makan.. haha.. so lebih kurang 6.30 pg kitorang sampai di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zahrah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu (Masjid Terapung) setelah harungi perjalanan dengan jalan yang ok & tersangat la "OK", area mana tah..tak tahu la coz aku bukan orang Negeri Sembilan mahupun Terengganu..haha. Pihak lelaki datang jemput kitorang kat masjid & bawa ke rumahnya..ngantuknya..zzzZZZzzz..





Dah sampai rumah berangguh sebelah rumah pengantin lelaki, zasss..semua lepak & tido. Lepas je makan kenduri & bergambar ala-ala je, jeng3..ni la aktiviti yang di tunggu-tunggu. Huhuhu..plan nk gi Cherating mandi laut api tak kesampaian coz hari dah nak gelap (alasan la sangat..haha..) so Taman Tamadun Islam je la nampaknya yer kawan-kawan.







Dah sampai Taman Tamadun Islam so bergambar-gambar la ala-ala pelancong tak pernah sampai kat sini. Cantiknya Masjid Kristal.. pemandangan kat sini pun cantik tapi panas sangat so makan ais krim dulu la.. eh ada kena mengena ke panas dengan makan ais krim.. ye la tahu la panas minum air mineral tapi biasa la budak-budak ni ek yang bagi ais krim kat aku, ikutkan aku nk air mineral botol besar.. wakaka tipu la sangattt.







Dek cadangan juga hasutan, haha.. rasa nak naik TT River Cruise la pula coz macam best je, so bila dah dapat naik tiba-tiba terfikir ada buaya tak??? haha.. aku tanya aku jawab sendiri la dalam hati tak ada kot untuk menyedapkan hati aku sendiri. Sebelum naik sempat dulu bergambar dengan pantas bersama mereka-mereka yang juga pantas untuk mengelakkan penumpang-penumpang lain berkata poyos biar diorang tunggu lama coz bot tak dapat jalan tunggu kitorang, tapi kalau ye pun ada aku kisah, haha.. ok aku kisah.




Sebelum balik sempat dulu singgah di Pasar Payang, biasa ah acara membeli belah atau membeli pastu blah. Aku tengok Fzal banyak beli buah, tahu la suka makan buah pun tapi Negeri Sembilan tak ada buah ke awak??? Orang lain beli keropok atau apa-apa yang tak ada di Negeri Sembilan la. Aku tak nak apa-apa kalau pergi Terengganu, nak satay ikan jerrr, so ni kedai ke-2 aku makan satay ikan dalam sehari, kuantiti jangan tanya ok, malu la caye hehe.. Lepas membeli pastu blah ke Negeri Sembilan sampai semua terlupa nak berhenti beli keropok lekor coz dah penat sangat, semua zzzZZZzzz kecuali driver.


Kredit : Fzal coz xPENAT layan aku (kot..) | Ain Sanusi coz teman aku drive dari Seremban ke Gemas malam tu | Abg Ngah coz drive slow malam tu bg aku follow | cha-ir coz drive & ct sbg co-driver yg tido..haha.. | WJA 15** coz tak buat hal sepanjang perjalanan walaupun tak berapa sihat | Hp sony ericsson kamera 2.0 megapixel (jerrr) tp hasil pic aku suka | m.i.l coz anjer kain2 batik, keropok dll  & pengikut2 lain juga coz meramaikan majlis. 

Sunday, 13 March 2011

Awak Minumlah Air Banyak

Awak minumlah air banyak.. coz cuaca sekarang ni dah tak sama macam cuaca zaman dulu-dulu. Cuaca hari ni sangat panas berbanding cuaca dulu yang kurenggg panasnya. Walaupun cuaca semakin panas tapi hari ni jumlah kita minum air putih / air kosong / air masak & sewaktu dengannya tetap sama macam dulu, tak berubah sama sekali pun malah semakin kurang adalah kita minum air tu coz semakin panas cuaca semakin tekak kita terasa haus & kita pun semakin teringin nak minum air manis.

Awak minumlah air banyak.. orang perempuan nak cantik, nak berseri, so diorang minum air banyak. Awak lelaki pun kena minum air putih banyak gak walaupun bukan untuk cantik & berseri sekurang-kurangnya untuk kesihatan kulit. Tak dinafikan air bergas, bersusu, bertenaga & yang seangkatan dengannya tu sedap, tapi jangan lah lupa minum air putih ye coz kalau kita kurang minum air putih, kulit kita nak minum air ape?

Awak minumlah air banyak.. coz kalau awak demam saya juga yang kena temankan.. huhu.. Kesihatan awak adalah keselesaan saya.. haha.. ingat pesanan di bawah ni ye : )


Sebelum awak demam macam ni, minum air putih banyak sebelum kena masuk ikut tiub..


Seelok-eloknya 8 gelas ye..


Kalau tak boleh 8 gelas, 1 gelas tapi air tu dari 1 jag penuh & mesti dihabiskan..


Kurangkan minum limau ais ye..


Kalau awak tak buat & demam lagi macam hari tu nanti saya sedih : (

Saturday, 5 March 2011

Selamat Pengantin Baru Along

Selamat Pengantin Baru Along : )

Eh jangan hairan dulu ye tengok entry tentang perkahwinan tetiba ada terselit gambar sorang lelaki tengah tengok bola. Biasalah orang kalau dah minat bola otw balik kampung tak rancang nak tengok bola pun ada je rezeki dia nak bolehkan juga dia tengok bola. Nak dijadikan cerita, wah dah macam buku cerita lak ni.. aku & Fzal otw balik kampung Fzal di Pasir Besar untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran Fzal a.k.a Along yang akan berlangsung keesokannya, semestinya kami akan lalu Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS & kami memang lalu pun tadi.. haha..

Aku memang teringin nak makan burger terbaeeekkk Ijan Burger@Paroi, NS coz lama dah tak makan, maklumlah dulu rumah di Palma Jaya Perdana, Paroi so senanglah nak makan. Aku request nak singgah beli & Fzal pergi belikan aku burger tu.. yum yum.. Tetiba adik laki aku call nak pinjam kereta nak pergi ambil aweks dia di KPM Beranang. Tempat yang paling sesuai kami nak lepak selama 1 jam lebih sementara tunggu adik aku balik tak lain tak bukan stadium itu lah, so rezeki Fzal lah dapat tengok bola.
 

Tak puas hati ke sampai berdiri tu.. hehe..


Aku ingatkan Seremban je panas, tapi kampung yang penuh dengan pokok-pokok pun dah panas sekarang, so ini ajelah gambar yang sempat aku ambil coz aku sibuk tengok adik ipar Fzal a.k.a Siti andamkan pengantin, tangan aku lak sibuk makan.. minum & berkipas ye.. haha.. Apapun lauk-pauk yang disediakan memang terbaeeekkk lah, tekak Kedah aku ngam lak kan dengan lauk-pauk Nogori ni.. hehe..


2 pengantin, along & sedara dia..


Aku & yaya


 Aku, yaya & mummy yaya (Fzal) coz diorang panggil Fzal "mummy" hehe..