Monday, 14 August 2017

Rendang Versi Mak Mertuo Den (Bonda Hasnah) "Umang Ai Sodap"


Hai korang. Maaf la ye lambat pula Kak Ct share resepi ni hehe. Biasa la kalut sedia haha. Sebelum ni kenapa la Kak Ct set dalam otak rendang ni susah nak buat. Maka tak la Abg Pezal dapat makan rendang dari air tangan Kak Ct. Jangan risau lopeh ni den buek yo banggg. Dah tengok mak mertua a.k.a Bonda Hasnah masak baru sedar akan hakikat tak susah pun rupanya.


Kali ni Kak Ct share resepi Bonda Hasnah dulu. Mak Kak Ct, Bonda Aminah pun ada gak resepi power. Rendang Cabai Melaka baq hang. Pehhh..sedap betuiii. Tu lain kali pulak ya. Nak kena balik mengadap Bonda Aminah dulu hehe. Ok ni resepinya. Cara memasak di setiap gambar ya.


Maaf ye rendang ayam bersama rebung tak sempat ambil gambar. Ni rendang daging bersama daun puding.


RENDANG AYAM/DAGING

Bahan bahan :
1 ekor ayam
14 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
2 senduk cili kisar
2 paket rempah kari
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
1 kg santan
Garam kasar
Serbuk perasa
Air


Cara cara :
1. Panaskan minyak.


2. Tumis rempah penumis hingga wangi.


3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, 1 batang serai yang telah ditumbuk halus bersama 1 sudu kecil garam kasar. Kacau hingga wangi dan garing.

*Tips : Garam kasar akan kurangkan licin nak tumbuk bawang dan bagi masakan rasa lagi sedap.


4. Masukkan cili kisar, rempah kari (rempah kari di sini memang sodap) dan sedikit air di dalam bekas. Kacau sebati dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga garing.


5. Masukkan ayam dan 2 batang serai yang telah dititik. Tambahkan 1-2 gelas air. Gaul rata sehingga ayam kecut dan air kering.

*Tips : Kacau di bahagian bawah kuali untuk elakkan hangit.


6. Masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kuah kering dan pecah minyak. Setelah hampir pekat masukkan bahan lain seperti rebung, daun puding dan bahan yang sesuai. 


Ni daun puding. Buang urat tengah tu dulu ya sebelum masak.







~ Boleh share & tag kawan yang nak masak rendang/ rasa nak masak rendang susah/ suka makan rendang hehe.. tak perlu minta izin.


No comments:

Post a comment