Friday, 17 April 2020
Saturday, 1 February 2020
Friday, 3 January 2020
Appecut Royale
Appecut Royale adalah minuman tambahan berperisa kopi yang sedap untuk membantu mengawal selera makan dan mencerahkan kulit secara semulajadi dengan ekstrak apple stem cell dan ekstrak sakura.
Bahan Utama Appecut Royale
Green coffee extract
Garcinia cambogia
Non-dairy creamer
Apple stem cell
Instant coffee powder
Fungsi Appecut Royale
🔥 Membantu mengawal selera makan berlebihan.
🔥 Membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam badan.
🔥 Membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.
🔥 Mempunyai bahan ekstrak sakura dan stem cell membantu mencerahkan dan menganjalkan kulit.
Untuk pembelian, Dropship atau Agent
Thursday, 2 January 2020
Appecut Max
Appecut Max adalah minuman coklat dengan tambahan lemon dan vitamin c dalam bentuk serbuk untuk bantu kawal selera makan 2x ganda lebih lama dan turunkan berat badan lebih cepat. Kandungan Appecut Max terdiri daripada koko, kopi hijau, garcinia cambogia, germa gandum, lemon dan vitamin c.
Bahan Utama Appecut Max
Kopi Hijau - meningkatkan metabolisma tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat.
Garcinia Cambogia - membantu mempercepatkan pencernaan dan proses penurunan berat badan.
Germa Gandum - membantu memudahkan penghadaman, mengawal berat badan, menyingkirkan lemak dan mudah merasa kenyang.
Lemon - membantu detoks dan melawaskan pembuangan air besar.
Vitamin C - membantu mencantikkan kulit.
Kebaikan Appecut Max
🔥 Memberi tenaga sepanjang hari.
🔥 2x ganda kawal selera makan.
🔥 Menurunkan berat badan lagi pantas.
🔥 Meningkatkan 2x ganda kadar metabolisma.
🔥 Mengawal paras gula dalam badan.
🔥 Memperbaharui sel kulit mati dan mencantikkan kulit.
Untuk pembelian, Dropship atau Agent
Wednesday, 1 January 2020
Appecut
Appecut adalah minuman coklat yang sedap dalam bentuk serbuk untuk bantu kawal selera makan dan turunkan berat badan. Kandungan Appecut terdiri daripada koko, kopi hijau, garcinia cambogia dan germa gandum.
Bahan Utama Appecut
Kopi Hijau - meningkatkan metabolisma tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat.
Garcinia Cambogia - membantu mempercepatkan pencernaan dan proses penurunan berat badan.
Germa Gandum - membantu memudahkan penghadaman, mengawal berat badan, menyingkirkan lemak dan mudah merasa kenyang.
Kebaikan Appecut
🔥 Memberi tenaga sepanjang hari.
🔥 Mengawal selera makan anda.
🔥 Menurunkan berat badan.
🔥 Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.
🔥 Mengawal paras gula dalam badan.
🔥 Menjaga paras kolestrol untuk lebih sihat.
Untuk pembelian, Dropship atau Agent
Tuesday, 1 May 2018
Monday, 14 August 2017
Rendang Versi Mak Mertuo Den (Bonda Hasnah) "Umang Ai Sodap"
Hai korang. Maaf la ye lambat pula Kak Ct share resepi ni hehe. Biasa la kalut sedia haha. Sebelum ni kenapa la Kak Ct set dalam otak rendang ni susah nak buat. Maka tak la Abg Pezal dapat makan rendang dari air tangan Kak Ct. Jangan risau lopeh ni den buek yo banggg. Dah tengok mak mertua a.k.a Bonda Hasnah masak baru sedar akan hakikat tak susah pun rupanya.
Kali ni Kak Ct share resepi Bonda Hasnah dulu. Mak Kak Ct, Bonda Aminah pun ada gak resepi power. Rendang Cabai Melaka baq hang. Pehhh..sedap betuiii. Tu lain kali pulak ya. Nak kena balik mengadap Bonda Aminah dulu hehe. Ok ni resepinya. Cara memasak di setiap gambar ya.
Maaf ye rendang ayam bersama rebung tak sempat ambil gambar. Ni rendang daging bersama daun puding.
RENDANG AYAM/DAGING
Bahan bahan :
1 ekor ayam
14 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
2 senduk cili kisar
2 paket rempah kari
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
1 kg santan
Garam kasar
Serbuk perasa
Air
Cara cara :
1. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, 1 batang serai yang telah ditumbuk halus bersama 1 sudu kecil garam kasar. Kacau hingga wangi dan garing.
*Tips : Garam kasar akan kurangkan licin nak tumbuk bawang dan bagi masakan rasa lagi sedap.
4. Masukkan cili kisar, rempah kari (rempah kari di sini memang sodap) dan sedikit air di dalam bekas. Kacau sebati dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga garing.
5. Masukkan ayam dan 2 batang serai yang telah dititik. Tambahkan 1-2 gelas air. Gaul rata sehingga ayam kecut dan air kering.
*Tips : Kacau di bahagian bawah kuali untuk elakkan hangit.
6. Masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kuah kering dan pecah minyak. Setelah hampir pekat masukkan bahan lain seperti rebung, daun puding dan bahan yang sesuai.
Ni daun puding. Buang urat tengah tu dulu ya sebelum masak.
~ Boleh share & tag kawan yang nak masak rendang/ rasa nak masak rendang susah/ suka makan rendang hehe.. tak perlu minta izin.
Thursday, 1 December 2016
Planner 2017 Malaysia sesuai dimiliki oleh semua
APA ITU PLANNER
Planner adalah diari aktiviti harian yang digunakan untuk membantu dalam urusan harian sepanjang tahun. Kini planner menjadi keperluan penting bagi anak-anak, pelajar, suri rumah, peniaga online, individu bekerjaya dan mereka yang sibuk dalam menguruskan aktiviti harian supaya menjadi lebih mudah dan teratur.
Terdapat pelbagai jenis design planner sedia ada di pasaran. Walaubagaimanapun kebanyakkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan planner custom made yang lebih menarik. Bagi yang tidak ada masa untuk ke kedai, dapatkan Planner 2017 dari Zara Mayesa yang direka untuk memudahkan urusan dan sesuai untuk digunakan oleh semua. Semoga segala urusan anda dipermudahkan setelah menggunakan planner ini.
Terdapat pelbagai jenis design planner sedia ada di pasaran. Walaubagaimanapun kebanyakkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan planner custom made yang lebih menarik. Bagi yang tidak ada masa untuk ke kedai, dapatkan Planner 2017 dari Zara Mayesa yang direka untuk memudahkan urusan dan sesuai untuk digunakan oleh semua. Semoga segala urusan anda dipermudahkan setelah menggunakan planner ini.
KELEBIHAN PLANNER 2017 DARI ZARA MAYESA
✔ Planner saiz A5 dan A4 beserta index bulan Jan-Dis mudah dibawa ke mana saja.
✔ Design Front Page 2017 yang menceriakan hari anda (nak tukar nama sendiri pun boleh).
✔ Planner berwarna yang ringkas, ceria dan menarik.
✔ Design template yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
✔ Memudahkan urusan harian agar lebih mudah dan teratur.
PLANNER 2017 PERLU DIMILIKI OLEH
✔ Anak-anak anda untuk belajar rekod perbelanjaan harian.
✔ Pelajar untuk memudahkan rekod matlamat dan tugasan.
✔ Suri rumah untuk rekod bayaran bil bulanan dan urusan harian.
✔ Peniaga online untuk rekod tempahan dan maklumat pelanggan.
✔ Individu bekerjaya untuk rekod mesyuarat, kursus dan latihan.
PLANNER 2017 HARDCOPY (BASIC)
- Front Page - 1 page
- Contact Info - 1 page
- Goals - 1 page
- Calendar 2017 - 2 page
- Payment Checklist - 3 page
- Monthly Planner - 12 page
- To Do List - 48 page
- Contacts - 2 page
- Size : A5 & A4
- Cover : 2 pages laminate front & back
- Paper : 80 gsm
- Content : 70 pages
- Price : RM 59.00 (A5) & RM 79.00 (A4)
- Postage : RM 7 SM/ RM 10 SS (Pos Laju)
PLANNER 2017 HARDCOPY (FULL)
- Front Page - 1 page
- Contact Info - 1 page
- Goals - 1 page
- Calendar 2017 - 2 page
- Payment Checklist - 3 page
- Monthly Planner - 12 page
- Daily Expenditure - 12 page
- Monthly Budget - 12 page
- To Do List 48 page
- Planner (Line) - 2 page
- Planner (Blank) - 2 page
- Contacts - 4 page
- Size : A5 & A4
- Cover : 2 pages laminate front & back
- Paper : 80 gsm
- Content : 100 pages
- Price : RM 79.00 (A5) & RM 99.00 (A4)
- Postage : RM 7 SM/ RM 10 SS (Pos Laju)
To order :-
Whatsapp +60194512205 (Ct)
Follow us on http://www.facebook.com/zaramayesa11
Like us on http://www.instagram.com/zaramayesa
#planner #planner2017 #planneraddict #plannermalaysia #zaramayesa
Like us on http://www.instagram.com/zaramayesa
#planner #planner2017 #planneraddict #plannermalaysia #zaramayesa
Monday, 8 August 2016
Project Make Me Feel Better
Baru-baru ini
Aku minta tolong daripada suami
Tolong aku buat beberapa perkara
Untuk aku hilangkan stress dan happy
Berkesan rupanya
Kemudian
Aku nampak satu video di facebook
Video tulisan dengan maksud sama
Suami tolong buat isteri rasa gembira
Ternyata ada caranya
Sekarang
Orang tag kawan untuk spouse challenge
Best juga sebab suami isteri jadi gembira
Banyak cara nak gembira jika kena gaya
Banyak cara nak gembira jika kena gaya
Bahagia rasanya
Jadi
Aku dapat cara nak buat challenge juga
Challenge untuk diri sendiri sahaja
PROJECT MAKE ME FEEL BETTER
Nantikan hasilnya..
PROJECT MAKE ME FEEL BETTER
Nantikan hasilnya..
Friday, 25 December 2015
Resepi Ala Shell Out di Rumah
Zaman sekarang hidangan-hidangan viral seperti Shell Out mesti kena cuba masak sendiri di rumah. Bukan nak lawan tahap kesedapan Shell Out yang original cuma nak uji tahap kerajinan diri sendiri masuk dapur je. Oleh sebab minggu ni cuti 4 hari dan kebetulan si suami menunjukkan tahap kerajinannya dengan cuci toilet malam-malam buta semalam, maka si isteri pun zasss dengan serta merta terlintas di fikiran malam tu jugak nak masak ala-ala Shel Out la untuk si dia yang rajin tu. Biasanya hari cuti je masa nak cuba masak resepi yang best sikit sebab hari keje memang ketung ketang ketung ketang resepi yang mudah dan masak cepat je.
Sebelum tidur google dulu resepi Shell Out. Banyak juga orang yang dah cuba masak sendiri di rumah. Baca je resepi satu per satu tapi niat di hati nak masak ikut tekak aku dan suami je sebab kami yang nak makan kan haha.. Esoknya beli barang di Mydin, alamak ketam pulak tak ada. Hati berbelah bagi nak masak ketam dengan telur biasa atau dengan telur masin sebab dah simpan resepi ketam dengan telur masin gak. Alang-alang dah rajin nak masak tu kan, suami pun ikutkan juga kata si isteri nak pergi Family Store cari ketam. Yeayyy..settle beli ketam dan telur masin.
Sebelum tidur google dulu resepi Shell Out. Banyak juga orang yang dah cuba masak sendiri di rumah. Baca je resepi satu per satu tapi niat di hati nak masak ikut tekak aku dan suami je sebab kami yang nak makan kan haha.. Esoknya beli barang di Mydin, alamak ketam pulak tak ada. Hati berbelah bagi nak masak ketam dengan telur biasa atau dengan telur masin sebab dah simpan resepi ketam dengan telur masin gak. Alang-alang dah rajin nak masak tu kan, suami pun ikutkan juga kata si isteri nak pergi Family Store cari ketam. Yeayyy..settle beli ketam dan telur masin.
Tips sebelum masak ala-ala Shell Out :-
- Pastikan kira jumlah orang yang akan menikmati hidangan dengan betul untuk elakkan pembaziran. Aku paling tak suka dengan pembaziran makanan. So aku kira siap-siap untuk 2 orang iaitu aku dan suami dan lebih sedikit untuk adik. Adik aku balik kampung dengan isterinya tapi aku kan kakak yang baik..haha..so aku simpan dalam tempat beku supaya tak rosak atau berubah rasa. Ketam sorang seekor sebab aku tak boleh makan seafood sangat sebenarnya. Udang 5 ekor/orang. Sotong 3 ekor/orang. Lala suami yang ambil. Tapi hakikatnya lepas makan, udang 3 ekor je seorang makan sebab banyak lauk dalam satu masa makan..haha..
- Bersihkan satu per satu makanan laut tu dan simpan dalam peti sejuk dulu sementara makanan laut yang lain siap dibersihkan. Kenapa? Untuk kekalkan tahap kemanisan dan kesedapan la. Kalau kita masak hari-hari biasa tak banyak sangat lauk dan masa yang perlu nak bersihakan lauk. Kali ni sekali masak banyak jenis lauk. Sementara nak tunggu lauk lain siap bersih alamat lembik dulu la udang ke sotong tu tunggu kawan-kawan dia yang lain siap.. haha..
- Masak versi kering sedikit. Kenapa? Sebeb kalau versi basah tu versi kawah dah tu bukan Shell Out..haha.. Versi kering untuk sesuaikan cara hidangan lambak atas meja supaya tak ada keuah yang meleleh jatuh ke muka bumi la.
- Tanya tetamu betul-betul nak makan lauk sahaja atau dengan nasi. Kenapa? Sebab kalau makan nasi sekali lauk-pauk mungin akan lebih banyak sebab dah kenyang dengan nasi. So boleh anggarkan jumlah lauk yang betul. Sebenarnya lebih nikmat makan lauk je sebab baru best kupas-kupas ketam, udang terus makan. Kan leceh kupas ketam nak suap-suap nasi lagi..haha..
- Suruh tetamu makan sayur sama!!! Kenapa? Kan membazir sayur buat hiasan saja..haha.. Eh lemon tu bukan hiasan semata ye, boleh perah sambil menikmati makanan..lagi best! Yummehhh..
- Lepas masak lauk- pauk masukkan dalam pinggan dulu untuk kurangkan kepanasan. Kemudian baru hidang versi lambak atas meja.
Aku tak suka nak bagi resepi panjang berjela sebab aku faham orang-orang spesis macam aku yang terlebih rajin ni bukan suka sangat nak baca resepi panjang-panjang. Nanti dah elok ada mood nak masak terus tak ada. So ni resepi eh..harap-harap newbie pun boleh faham kot kan..
Resepi Ketam Cili Dengan Telur
(Resepi biasa semua orang dah tau kan)
Rebus 3 ekor ketam dan sedikit garam.
Buang insang dan kantung "bahan buangannya". Aku pun baru tau sebab aku dah call mak tanya. Ni 1st time aku bersihkan ketam sendiri! Teringat kat predator lak aku waktu bersihkan ketam tu.
Kisar 1 genggam cili kering (simpan sedikit untuk sotong dan lala), 2 ulas bwg putih, 1 biji bwg besar, 3 ulas bwg merah, 1 inci halia.
Potong memanjang cili kering, buang biji dan rebus dulu baru kisar dengan bahan-bahan lain.
Tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik minyak/ cili masak.
Masukkan sedikit garam, asam jawa, gula, secukup rasa dan sos cili.
Masukkan ketam.
Pukul 2 biji telur dan curah atas ketam.
Kacau hingga telur masak dan menyaluti ketam gitu.
Siap.
* * *
Resepi Udang Marjerin Cheese
(Resepi hentam sebab asal nak ikut resepi udang butter tapi butter, serbuk kari dan daun kari tak ada)
Bersihkan udang.
Potong depan dan atas kepala udang yang tajam tu. Potong atas kulit belakang udang untuk buang kotorannya.
Panaskan 1 sudu marjerin.
Tumis 2 ulas bwg putih dan 1 biji bwg bsr holland potong dadu hingga wangi.
Masukkan udang dan kacau sebentar.
Masukkan sedikit garam, lada hitam, susu cair dan 1 keping cheese.
Kacau sebati dan siap.
Resepi Sotong Cili Sos
(Resepi hentam campak-campak)
Bersihkan sotong dan toskan.
Buang dakwat, tulang dan potong ikut saiz yang disukai.
Gaul dengan garam, sedikit kunyit dan cili kisar.
Panaskan pemanggang ajaib/ kuali non stick dan tumis 2 ulas bwg putih.
Masukkan sotong dan kacau sebentar hingga kering air.
Jangan tutup penutup pemanggang ajaib/ kuali non stick untuk elakkan sotong lebih berair.
Masukkan sedikit sos cili, sos tiram, kicap dan secukup rasa.
Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.
Siap.
* * *
Resepi Lala Pedas
(Resepi hentam campak-campak)
Bersihkan lala.
Buang pasir/ selut.
Panaskan mintak. Tumis 2 ulas bwg putih dan 2 batang serai.
Masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan secukup rasa.
Masukkan bawang besar holland dan kacau sebati.
Siap.
* * *
Resepi Sayur-sayuran
Bersihkan salad dan tomato.
Potong brokoli, karot, anak jagung. Rebus sebentar dengan sedikit garam dan toskan.
Gaulkan tomato, brokoli, karot dan anak jagung dengan kewpie roasted sesame dressing.
Gaul dengan garam je pun tak pe..tapi aku memang suka kewpie roasted sesame dressing ni.
Hehe..6x masuk dapur tengok dah siap ke belum masak eh..
Jemput makan ye..kesian tunggu lama..
Sorang lagi adik otw nak balik Melaka, transit sini dulu demi Shell Out kakak eh..
Monday, 23 February 2015
Resepi Daging Dendeng Sodappp!
Alkisah daging dendeng. Satu hari nampak orang share gambar dan resepi daging dendeng ni. Dek kerana gambar yang nampak sangat mabelesss tu aku pun save la resepi tu. Sekali baca mak ai macam susah je nak masak. Maka tersimpan la resepi tu dalam hp dulu. Dah lama rasa teringin nak cuba masak sendiri daging dendeng ni. Selagi tak cuba selagi tu la tak puas hati. Duduk rumah sendiri rasa tak best cuba resepi baru. Sesekali datang berkumpul adik beradik atau jumpa mak mesti ada je resepi baru nak cuba. So kali ni cuba la masak daging dendeng ni sebab ada ketua chef..sape lagi kalau bukan mak la..haha..lagipun dah tak ada idea nak masak ape untuk makan tengah hari.
Ok tak yah membebel banyak. Jom masak. Aku cuba guna ayat yang paling simple & senang faham ok supaya korang yang sama "rajin" dengan aku mesti rasa macam nak cuna masak. Kan dah bertambah kepakaran masak korang..hihi..
DANGING DENDENG SODAPPP
Bahan-bahannya :
1 kg daging
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar cili kering kisar
4 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam
Gula
3/4 cawan kicap manis
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air rebusan daging
Cara-caranya :
Ok tak yah membebel banyak. Jom masak. Aku cuba guna ayat yang paling simple & senang faham ok supaya korang yang sama "rajin" dengan aku mesti rasa macam nak cuna masak. Kan dah bertambah kepakaran masak korang..hihi..
DANGING DENDENG SODAPPP
Bahan-bahannya :
1 kg daging
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar cili kering kisar
4 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam
Gula
3/4 cawan kicap manis
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air rebusan daging
Cara-caranya :
- Potong dadu daging sebesar 2 jari dan rebus hingga lembut, jangan terlalu empuk.
- Toskan daging dan biar sejuk sebentar, simpan air rebusan daging.
- Mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga keemasan dan ketepikan.
- Potong daging tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal, tumbuk hingga habis dan goreng sebentar guna minyak goreng bawang tadi dan ketepikan.
- Guna lebihan minyak goreng daging, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan cili kering kisar, daun limau purut, serai dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan garam, gula, kicap, asam jawa, air rebusan daging dan kacau rata.
- Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Tutup sebentar hingga air sedikit kering.
- Masukkan bawang goreng tadi dan kacau rata.
- Tambahkan sedikit air rebusan daging jika terlalu kering.
Bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang halus.
Saturday, 24 January 2015
Majlis Aqiqah, Yassin & Tahlil serta Bday Qayyum & Iyad
Hari ni aunty tengah diet ni..maklumlah semangat tahun baru masih berkobar-kobar. Alang-alang dah ada majlis..cheat sekali sekala dua kali dua kala pun boleh kan. 3 kek kan..semua nak rasa..haha..tu baru gambar kek belum lauk-pauk eh.. Maaf gambar lauk tak ada sebab nanti kantoi makan banyak. Maklumlah lauk nogori 9 memang terlajak sedappp. Selain daripada tu tak termasuk juga kuih-muih jiran-jiran terdekat bawa..hehe..tak apa lah yang penting semua orang happy dapat makan-makan & sambut bday 2 orang cucu wo eh.
Happy Birthday Iyad & Qayyum.
Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang baik, happy & bahagia selalu.
Happy Birthday Iyad & Qayyum.
Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang baik, happy & bahagia selalu.
Iyad..aunty tak buli pun..kenapa gitu..hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































