Monday, 29 September 2014

Gambar Perkahwinan Khyril Muhymeen


Hari ni pagi-pagi yang kategori pagi la juga bagi aku, pukul 7.56 pagi kot weh..haha..mak call aku. Ingatkan apa la halnya, rupanya nak tanya tengok tv tak malam tadi berita sukan ada gambar Khyril Muhymeen kahwin. Selalu kalau nak bergosip bagai pun paling kurang pukul 10.00 pagi lebih call..hehe.. Aku cakap tak tengok la mak. Aku di N9 mak di Melaka, majlis di Kedah sanun.. apalagi mak pun bagitau la dia dah suruh kakak dia yang pergi kenduri tu send gambar kat whatsapp aku. Ikutkan je la dia nak tengok anak sepupu dia kawin. Petang nanti nak gi Melaka jumpa mak boleh tunjuk gambar. Aku google juga keywords gambar perkahwinan Khyril Muhymeen kahwin kot ada gambar yang lain boleh tunjuk pada mak tapi nan hado la pulak..tak pelah mak, tengok gambar ni dulu.


Bagi aku majlis dan pelamin dia cantik dengan gabungan warna putih dan warna lembut-lembut je. Simple tapi menarik.