Assalamualaikum..
Hari
Jumaat yang berbahagia ini, dengan rasa ikhlas, tenang & bahagia..
aku & suami memohon ribuan kemaafan dari korang semua kalau ada
salah & silap dari kami. Selamat menyambut Ramadan 1433H untuk semua
umat Islam. Esok Sabtu, 21.07.12 (cantik tarikh kan..) adalah puasa
pertama aku sebagai isteri, gembira & tak sabar rasanya nak lalui
pengalaman baru berbuka dengan suami. Semoga di bulan yang penuh berkat
ini dipermudahkan segala urusan aku & suami dalam menjalani ibadah
puasa serta dilimpahi rezeki yang berkat disamping berusaha berubah
menjadi seorang yang lebih baik dari segala segi. Doakan kami diberikan
kesihatan yang baik & dikurniakan rezeki anak. Amin.
Tahun-tahun sebelumnya, aku sambut puasa sebagai awek single, semua persediaan mak ayah buat, so aku ada banyak masa nak lepak depan tv tunggu pengumuman puasa. Banyak kali aku sempat rakam coz bagi aku pengumuman puasa ni saat aku tunggu tiap-tiap tahun. Feel pengumuman puasa syahdu der bagi aku compare dengan pengumuman raya yang lebih teruja & happy. Tahun ni dah berdua, banyak kerja nak buat sampai aku tak sempat tengok.. cedey.. tapi tak pe, ambil gambar di google & tengok video di youtube la. Kredit la untuk mereka-mereka yang sempat rakam.