Monday, 23 February 2015

Resepi Daging Dendeng Sodappp!


Nah tengok pic selepas dulu baru korang semangat nak baca..hihi..


Alkisah daging dendeng. Satu hari nampak orang share gambar dan resepi daging dendeng ni. Dek kerana gambar yang nampak sangat mabelesss tu aku pun save la resepi tu. Sekali baca mak ai macam susah je nak masak. Maka tersimpan la resepi tu dalam hp dulu. Dah lama rasa teringin nak cuba masak sendiri daging dendeng ni. Selagi tak cuba selagi tu la tak puas hati. Duduk rumah sendiri rasa tak best cuba resepi baru. Sesekali datang berkumpul adik beradik atau jumpa mak mesti ada je resepi baru nak cuba. So kali ni cuba la masak daging dendeng ni sebab ada ketua chef..sape lagi kalau bukan mak la..haha..lagipun dah tak ada idea nak masak ape untuk makan tengah hari.


Ok tak yah membebel banyak. Jom masak. Aku cuba guna ayat yang paling simple & senang faham ok supaya korang yang sama "rajin" dengan aku mesti rasa macam nak cuna masak. Kan dah bertambah kepakaran masak korang..hihi..


DANGING DENDENG SODAPPP

Bahan-bahannya :

1 kg daging
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 sudu besar cili kering kisar
4 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam
Gula
3/4 cawan kicap manis
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air rebusan daging


Cara-caranya :
  1. Potong dadu daging sebesar 2 jari dan rebus hingga lembut, jangan terlalu empuk.
  2. Toskan daging dan biar sejuk sebentar, simpan air rebusan daging.
  3. Mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga keemasan dan ketepikan.
  4. Potong daging tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal, tumbuk hingga habis dan goreng sebentar guna minyak goreng bawang tadi dan ketepikan.
  5. Guna lebihan minyak goreng daging, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
  6. Masukkan cili kering kisar, daun limau purut, serai dan kacau hingga pecah minyak.
  7. Masukkan garam, gula, kicap, asam jawa, air rebusan daging dan kacau rata.
  8. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Tutup sebentar hingga air sedikit kering.
  9. Masukkan bawang goreng tadi dan kacau rata.
  10. Tambahkan sedikit air rebusan daging jika terlalu kering.

Bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang halus.


Bawang besar, bawang putih dan halia yang digoreng keemasan.


Daging yang telah ditumbuk.


Daging yang telah di goreng sebentar.


Daging dendeng yang siap di masak.


No comments:

Post a comment