Atkins Recipe



Saya suka makan telur. Semua orang suka makan telur. Saya & semua orang suka makan telur. Saya sedang mengamalkan Diet Atkins (DA), so telur dah macam kawan baik la. Biasa kita sebut telur mesti ada ayat penyata ke ayat sambungan belakang tu tentang keburukan telur tu. Hellooo..tahu ke tak ni telur tu banyak vitamin-vitamin nya. Nah baca apa doktor ni cakap, kang saya cakap jadi versi lain lak telur ni.


Ada orang yang takut makan telor, kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata, jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%. (Sumber : Fb Dr. Hamid Arshat)  


Ok, dah baca kan. So, tak salah la kalau makan telur sebagai sarapan. Selalunya saya makan telur 2 biji sebagai sarapan & jumlah saya ambil telur setiap hari cuma 2-3 biji, selalu 2 biji je. Tengah hari saya akan makan sayur-sayuran hijau & lauk pauk yang sesuai. Malam pula ikut kerajinan nak masak apa..bhahaha. Apapun saya share resepi apa yang saya belajar masak sejak DA ni untuk rujukan saya di masa depan & di kala tak tahu nak masak apa.


Resepi ni sesuai juga untuk anda yang nak mula DA sebab selalunya anda tak ada idea lagi nak masak telur macam mana supaya tak bosan walaupun dari kecik memang dah biasa dengan telur ni. Ada resepi saya hentam sendiri & ada resepi saya belajar dari orang lain. Saya panggil resepi cepat masak sebab saya bukan rajin sangat nak masak sebenarnya..bhahaha..tapi sejak jadi atkiners ni saya rasa "macam" rajin sikit la masak..haha.. Layannn..




Atkins Diet Recipe : Breakfast
Egg Scrambled
Chicken Foldover
Spinach Omelette
Sardines Foldover



Atkins Diet Recipe : Lunch

                     Laksa Kedah                                       Chicken Patty



Atkins Diet Recipe : Dinner

2 comments: