Friday 29 June 2012

Rezeki

Hari ini hari Jumaat yang indah, suasana di Oakland, Seremban 2 sangat mendamaikan hati, cehhh.. hehe.. ye suasana mendung lagi sejuk (coz opis aku ni memang suka pasang air-cond sejuk-sejukkk..). Hari ni aku rasa nak share ilmu tentang rezeki coz semua orang celik je mata dari tidur fikir tentang rezeki. Memang ramai orang fikir duit tu rezeki tapi bangun pagi fikir nak pakai baju apa juga berkait serapat-rapatnya dengan rezeki coz nak pergi kerja tu kan pergi mencari rezeki.

Pasangan baru kahwin macam aku ni (baru la juga.. hehe..) yang belum dikurniakan anak pun fikir tentang rezeki juga coz anak tu kan rezeki yang tak ternilai. Tak kisahlah apa pun maksud rezeki tu bagi kita. Apa yang penting, sama-samalah kita berusaha mencari rezeki dari segi kewangan yang halal & semoga segala urusan aku & suami tentang rezeki anak dipermudahkan. Beribu-ribu lemon tima kasih kat kawan-kawan atas segala ilmu & nasihat yang korang bagi ye.. :)))


Ya Allah! Ya Tuhanku,
jika rezekiku berada di atas langit,
maka kau turunkanlah ia.
Dan jika berada di dalam perut bumi,
maka keluarkanlah ia.
Dan jika sukar,
maka mudahkanlah ia.
Jika haram,
maka sucikanlah ia.
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia.
Ya Allah!
limpahkanlah kepada kami rezeki
seperti mana rezeki yang telah
Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.  


Segala yang dapat diambil manfaatnya adalah rezeki. Makna itu diambil berdasarkan kata 'rezeki' yang terdapat dalam terjemahan surah al-Baqarah ayat tiga : "...membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki...". Rezeki merupakan salah satu kata kunci dalam ajaran Islam kerana berkait rapat dengan konsep tauhid. Dalam surah al-Baqarah ayat 22 & 57, konsep rezeki dikaitkan secara langsung dengan masalah keimanan.

Dalam ayat 22, Allah SWT membicarakan tentang hujan yang menyirami pohon-pohon & menghasilkan buah-buahan : "yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu..."

Dalam ayat 57 pu;a Allah SWT menyuruh : "Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya diri sendiri."

Kedua-dua ayat itu menunjukkan bahawa masalah rezeki dapat menjadikan manusia menjadi musyrik & zalim, apabila mereka yakin bahawa rezeki itu dapat diperoleh daripada sumber lain selain Allah SWT.


Usaha  
Meskipun Allah SWT Maha Pemurah dan rezeki-Nya maha luas, namun manusia tidak akan dapat memperoleh rezeki itu jika tidak berusaha. Usahanya menjadi ukuran banyaknya hasil perolehan.

Dalam al-Quran ditegaskan : Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (al-Najm : 39).

Rezeki Allah SWT maha luas & tidak terbatas pada ruang & waktu. Rezeki-Nya itu bukan sahaja diberikan kepada manusia tetapi juga kepada segala makhluk-Nya. Hal itu dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan tiadalah sesuatu pun makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud : 6).


* Kredit : Bahagian Analisa dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

No comments:

Post a Comment