Thursday 28 February 2013

Oh best juga My Bucket List

Blogwalking sangat best!!!

Hehe.. happy kan dapat start entry blog dengan ayat kat atas tu.. yang baca pun mesti happy kan, ataupun hanya orang yang ada blog atau tahu apa itu blog sahaja mungkin akan faham perasaan ketika blogwalking ni. Hari ni pagi-pagi dah start blogwalking.. oppsss.. salah la.. blogwalking lepas sarapan tosai Maulana Foor Corner, Seremban 2 yang sangat "nalarekek" (aku pun tak tau apa maksudnya, cuma saja je guna) dengan Fzal. Orang walking kat taman ke tasik ke ada la juga keluar peluh dalam erti kata lain senaman. Aku blogwalking je lah. Walaupun tak keluar peluh, tak juga keluar duit.. haha!!!


Sambil kutip ilmu-ilmu lain dari blogwalking. Aku tertarik dengan entry My Bucket List dari seorang crafter/ blogger ni. Kita selalunya dah biasa DENGAR atau dah biasa DENGAN To do List. Macam biasa nak masuk tahun baru, barulah berkobar-kobar pasang niat To Do List bagai ni. Dah seminggu tahun baru berlalu, lupalah jugak To Do List tu kan. Tunggu Awal Muharam, ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan atau ape-ape ulangtahun lah pulak baru teringat nak pasang niat baru atau RENEW To Do List baru.. haha. Apapun, My Bucket List memang idea yang menarik untuk dicuba.

Mulanya.. aku teringin nak senaraikan My Bucket List aku. Tapi dalam hati ada perasaan malu, nanti ape orang fikir.. apa orang kata.. tapi bila ingat balik ape Fzal selalu pesan, pedulikan apa orang kata & kita buat hal kita. Sooooo.. kita enjoyyyy.. haha.. Ye la kan, bak kata Fzal aku ni banyak sangat fikir, so tak perlu fikir banyak, baik fikir apa yang perlu disenaraikan dalam My Bucket List lagi baik. Senaraikan dan cuba laksanakan lagi baik. Aku happy, Fzal happy dan semua orang happy. Apa yang penting? KERJASAMA !!!

My Bucket List ni banyak kebaikannya bagi sape yang fikir positif la. Bagi aku ianya akan menjadi panduan kepada aku di kala aku kosong.. kosong ong ong.. bak kata Najwa Latif!!!. Pendek kata hari-hari kita online tu ada la juga perkara yang boleh menaikkan semangat kita coz of course la kan semua yang ada dalam My Bucket List tu yang happy-happy belaka, luangkan masa seminit dua berfikir untuk merealisasikan apa yang ada dalam My Bucket List yang sesuai pada masa tersebut. Ye la kan, manusia tak lepas dari kekangan kewangan dan masa serta lain-lain. So, semudah-mudah hal bagi orang lain tidak mungkin semudah yang disangka bagi orang yang lain pulak.


No comments:

Post a Comment