Aku
Tak kan pernah berubah
Kerana selesa dengan apa yang ada
Tak kan begini selama-lamanya
Oh aku perlu berubah segera
Dia
Tak kan pernah tinggalkan
Kerana tak sanggup aku kesunyian
Tak kan sesekali membiarkan
Oh besarnya pengorbanan
Kamu
Tak kan pernah menghargai
Kerana aku tak sanggup lukai
Tak kan lagi membakar diri
Tak kan lagi membakar diri
Oh maaf buat kali ini
Mereka
Tak kan pernah bersyukur
Kerana semuanya sangat teratur
Tak kan lagi aku akurOh terima kasih budi yang ditabur
Aku akan mengasah bakat sendiri
Dia perlu mula belajar berdikari
Kamu terpaksa lakukannya sendiri
Mereka terpulanglah apa nak jadi
best puisi ni.. luahan hati ye..?
ReplyDeleteluahan hati bila sedih..bila happy xmenjadi lak nak buat puisi..haha..
Delete